Sunday, April 14, 2013

Korea: Naminara Island selepas 11 tahun Winter Sonata...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
14-04-2013



Hari ketiga. Ahad 11-04-1013. Kami dibawa oleh student Malaysia (Mechanical Engineering) bernama Zulaikha pula hari ini.  Menaiki tren laju menuju Nami Island. Pulau buatan yang menjadi sebutan pelawat Korea. Pendekata, tempat mesti pergi.


Pemandangan dari atas ketapi laju. Kira-kira 45 minit. Dari stesen mana, saya tak ingat. Alahai...


Turun di stesen Gapyeong. Ambil teksi untuk ke jeti dengan tambang 2,400 Won. Hanya 10 minit perjalanan.


Ia dinamakan ‘republic’ konon untuk memberikan gambaran bahawa Nami Island ini adalah sebuah negeri baru yang wujud walaupun ianya pulau buatan semata. Ia dibina untuk penggambaran siri drama Korea yang popular lagi menjadi fenomena sekitar 2002/2003 dahulu, Winter Sonata.


Tiket untuk masuk ke pulau termasuk tambang feri adalah W8,000 seorang. Macam kita naik feri untuk ke Langkawi tapi tempat duduk tidak banyak (sekadar bangku kayu panjang sahaja)  kerana perjalanan hanya kira-kira 10 minit sahaja. Ramai pelawat lebih memilih untuk berdiri di bahagian atas dan luar feri menikmati keindahan tasik.



Pengunjung boleh naik di bahagian atas feri untuk melihat pemandangan sekeliling tasik dan pulau. Pemandangan memang cantik lah! Lihat di atas sana, itu adalah kabel untuk flying fox.


Pokok yang ditanam berbaris dan tegak itulah yang menjadi identiti Pulau Nami ini. Memang cantiklah. Tak puas-puas nak snap sana sini. Ohhh indah sekali. Patutlah drama Winter Sonata tu ramai sekali peminatnya. Saya sebenarnya tak follow pun drama tu. Tengok sikit-sikit jer. Endingnya, saya masih ingat heroin mati di tepi pantai selepas pertemuan penuh trajis di sebuah rumah di sebuah pulau. Keseluruhan cerita, saya tak tau.


Mula-mula dok ingat yang putih bergayut tu belon, rupanya lampu kalimantang putih dalam mentol bentuk belon.


Banyak gambar dan barang kenangan dari siri drama tersebut yang dipamerkan dengan cara yang menarik dan penuh nostalgia. Juga gambar hero kedua drama tersebut Park Yong Ha yang sudah meninggal kerana bunuh diri pada tahun 2010.


Gambar besar Bae Yong Jun & Choi Ji Woo (hero dan heroin Winter Sonata).


Replika hero dan heroin dalam bentuk batu tembaga (ker gangsa?) juga ada.


Basikal untuk disewa bagi mengelilingi pulau secara santai dan lebih menjurus cara pelakun drama ini. Sapa yang nak rasa cemana Winter Sonata tu, boleh la kayuh beskal ni. Basikal yang berkembar dua pengayuh pun ada, sebijik sama macam dalam drama tu. Tapi saya tak sempat nak snap.


Nampak macam panas terik (syukur cuaca sangat baik) tapi suhu masih sejuk. Saya jangka masih sekitar 3–4°C.



Dari sudut yang lain pula. Tepian tasik. Memang cantik.


Saya sengaja snap awek Korea yang cun lagi bergaya ni. Tengok depa berfesyen memang kagum, cuma kita tak boleh nak ikut. Rata-rata berjaket hebat tapi berseluar ketat. Jarang yang berskirt, sebab cuaca masih sejuk dingin.


Beberapa unggun api dalam tong atau di atas tanah, di beberapa tempat. Bagi yang tidak tahan sejuk, boleh berkeliling api untuk memanaskan badan sebelum menyambung jalan-jalan lagi.


Di bahagian tengah pulau, ada pentas kayu dan beberapa persembahan diadakan. Semasa kami sampai, ada band sedang bermain muzik. Saya layan juga sekejap. Juga ada persembahan nyanyian dari penyanyi popular Korea (saya tak kenal, tapi audiens memang sorak dan tepuk sakan), juga ada perasmian sesuatu dan acara melukis sepanduk oleh seseorang yang penting. Macam menteri gitu.


Sebelum bertolak balik semula ke feri (pulau ditutup pukul berapa ntah, malam tak buka rasanya lupa nak tanya Zulaikha sebab kami berjalan bersepah-sepah), juga ada pentas lagi. Ada kumpulan penyanyi dari Mexico yang tiba-tiba menyanyikan lagu ‘Bésame Mucho’. Terus buat saya teringat seseorang!~






 ~...pernah menjadi sejarah mereka berdua dahulu bersama kumpulan meninjau tapak buruan komersial, HISYAM begitu angkuh berkata dia tidak akan pernah merindui sesiapa kecuali keluarga sendiri tetapi bila masuk hari kedua dia mengigau spontan menyebut nama SERI BULAN dalam amarah yang gah macam lelaki maskulin bengang dikata pondan...~




42 comments:

  1. wow! happy nya ..tahniah ke korea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan sejak Julai tahun lepas. Booked tiket time offer, tu pun tak ler murah sangat. Still mahal.

      Delete
  2. salam AA
    Tak beli handbag kulit belut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dengar disebut orang, tapi kami tak jumpa. Kawan-kawan saya beli handbag sampai 3,4 tapi saya tidak.

      Delete
  3. Bab duduk depan hero n heroin winter sonata tu yg x boleh tahan.., bile le nak bersua muka dgn depa selain tenung kat tv je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 11 tahun berlalu, rasanya depa pun dah tua tua belaka dah. hehe

      Delete
  4. Saya pun tak ikuti drama Winter Sonata tu. Jadi saya tak kenal hero atau heroinnya. Kalau pergi ke Nama island ni saya cuma dapat nikmati keindahannya .... huhu

    Macamana Azie dapat kontek Zulaikha tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulaikha adalah anak kepada kawan Ketua Grup saya ni. Zulaikha menjadi ketua kepada beberapa orang pelajar kita yang buat kerja sampingan mengendali lawatan orang Malaysia ke Korea. Cara ini depa dapat wang saku extra utk menampung hidup dan study.

      Saya tak kenal mereka, kerana yang uruskan semua bayaran ground package kami adalah Ketua Grup saya tu.

      Delete
    2. salamkak,saya plan ke korea nov nnt. boleh akak bgtau saya apa emel address @ fb @ cara lain utk contact zulaikha? saya akan ke sana bersama keluarga dan anak2 yg masih kecil. jd jika ada orang kita boleh bawakkan, perjlnan akan jd lbh mudah.

      Delete
    3. Boleh hubungi Siti Zulaikha di email: jericle@hotmail.com

      Delete
  5. pulau nami tu mmg sinonim dgn winter sonata. Rindu pulak nk tengok drama tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama tu dah lama berlalu. Kalu kat You Tube tak tau ada ker idak. Or kena cari CD nya la.

      Delete
  6. assalamualaikum ... winter sonata ? wah! mmg cantik tempat tuh . nampak romantik jer ... park yong ha , yg mana yer ... u tube lah jwbnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Park Yong Ha tu saya pun tak kenal. Saya baca info jer. Saya tak follow pun drama tu, wpun drama tu meletop waktu tu.

      Delete
  7. salam sis
    Wah jalan jalan makan angin
    Lawatan pg tirana aduka sis azie azah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks TA. Sori lama tak blogwalking. Tak sempat, dok kalut lagi ni.

      Delete
  8. bestnye kak azie. rai akan btolak ke korea ptg ni. doakan rai selamat sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga selamat pergi dan selamat kembali. Enjoy your holiday!

      Delete
  9. oo dorang buat pulau ni semata2 untuk drama winter sonata?hebat betul..

    ReplyDelete
  10. besnya madam azie. Saya nak pergi nak tunggu hubsband dapat cuti lama sikit, susah. Sebab tu saya salu jalan berdua je ngan my boy. Tapi kalau dah jauh sampai ke Korea, kenala dia ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie pergi pun dengan kengkawan berempat. Jika berdua saja, tak berani sangat juga.

      Delete
  11. Saya pun x follow langsung cerita tu, tapi saya tau gambar2 dia ahsemmm..!! Err, 3-4 darjah suhu tu, kira cuaca baik yer kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhu 3-4°C tu masih sangat sejuk. Yang disebut cuaca baik tu ialah matahari bersinar terik, tidak hujan. Tapi suhu masih rendah.

      Delete
  12. bestnya.... winter sonata citer pertama korea yg munna tgk ... sejak tu terus jatuh cinta dgn drama korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa, sejak Winter Sonata la orang kita sangat sukakan drama Korea.

      Delete
  13. Bestnya dapat sampai kat pulau yang famos dengan drama Winter Sonata.Kak Zai sampai beli CD tengok berulang kali hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ada jual lagi CD nya, saya pun nak beli lah.

      Delete
  14. Aina dah lupa cerita Winter Sonata tu.

    Bestnyaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita. Tak ingat sangat. Dok ingat pasal pantai, pasal kayuh beskal dalam taman tu jer.

      Delete
  15. paling sukaa gambar awak kat tepi tasik tu...rasa nak terbang ke sana!

    Winter Sonata..saya ikuti dan mmg tertarik dgn latar blkg dia sbnrnya, juga kisah cintanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang memang follow Winter Sonata ni, pasti lebih menghayati suasana di pulau ini, kan? Wahhhh

      Delete
  16. azie kata pergi sendiri2 tak ada guide...you mean bukan pergi dgn tour group?

    senang ke cari tempat/jalan2/ makan2 tanpa guide?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya makcik. Saya dan 3,4 orang kawan saya ni memang sejak akhir-akhir ni berjalan ke luar negara dengan cara sendiri saja. Lebih jimat, lebih selesa dan lebih adventure. Kami memang tak ikut tour group, sebab selalunya lebih mahal. Tempat yang dibawa pun selalunya tempat shopping yang mahal-mahal dan tempat lawatan yang kurang menarik (apalagi jika kita berniat nak shopping saja). Ikut tour, terikat dgn jadual masa yg kadang-kadang merimaskan.

      Apapun, kami tetap memerlukan orang tempatan (or student kita di sana) untuk menempah penginapan dan memilih tempat makan. So far, tak pula rasa susah.

      Delete
  17. Wahh bestnyaa g Nami Island, takde rezeki untuk ke sana lagi so nengok jelah orang pergi pun dah cukup happy. Saya pun tak pernah nengok citer Winter Sonata tu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak masih sekolah lagi kot masa Winter Sonata ni tengah top...

      Delete
  18. saya follow citer tu kak, memang sampai sekrg pun kalo free masih tgk citer tu. mmg best. last citer. hero dia buta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh hero dia buta? Heroin dia mati bunuh diri di tepi pantai, kan? Ingat ingat lupa jer ni...

      Delete
  19. wah! seronokkk!!! best la dapat p pulau nami...
    tp kak, sy rasa ending citer winter sonata akak tu tertukar dgn citer stairway to heaven... ^_^"
    heheee.. sbb ending winter sonata agak happy ending jgk w'lau hero n heroin bertemu kmbali slps terpisah lama n hero dia buta...
    ape2 p0n bestnye pulau nami~~~ ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opsss ya ker? Kak Azie ni main agak-agak jer. Sori my dear. Thanks kerana membetulkan Kak Azie.

      Delete
  20. Winter Sonata, sampai sekarang masih terasa penangannya.

    ReplyDelete
  21. cantiknya tempat ni kan, saya pun tak tgk cite winter sonata, tapi kagum betul ngan tempat ni, cantik!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails