Saturday, April 13, 2013

Korea: Namsam Park — Beruang Seribu Cinta...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
13-04-2013


Sebelum saya meneruskan cerita jalan-jalan selanjutnya (korang jemu tak?), saya nak cuba jawab soklan dari Pakngah Al-Lavendari ni:


Sejujurnya, saya memang tak tahu. Mungkin batu tu tak rata disebabkan kesan kemusnahan Jepun dulu, atau juga mungkin hakisan air hujan dan salji. Atau mungkn juga kerana di situ tempat askar berkawad, hentak kaki, hentak tombak... ehehe tak lojik nya.

Mohon Pakngah pula bagi jawapan. Pleaseeeee....


Selepas lawatan Gyeongbokgung Palace, kami menaiki bas ke Namsam Park. Taman terbesar di Seoul. Tapi Sori Berlori, saya memang tiada info tepat (kalu rajin korang Google lah). Berapa ketinggian taman rekreasi ni pun saya tak tahu. Kami berjalan mendaki bukit dalam keadaan gerimis. Suhu hanya 3°C okeh! Ohhh... rasa tak mahu lalui, tapi kemudian terfikir alangkah bestnya cabaran sebegini. Kena selesaikan juga. I did it!.


Kabus agak tebal menutup pandangan walaupun belum senja. Bila angin meniup kuat kabus, sekali sekala boleh nampak ke bawah bukit sana bandar Seoul dan juga N Seoul Tower di atas puncak Namsan Park.


Tower yang sempat disnap ketika angin kuat menolak kabus. Kemudian kelam semula. Snap dari bawah pondok (macam wakaf). Kami bersolat di bawah wakaf terlebih dulu sebelum masuk ke dalam.



Museum Teddy Bear. Paling sesuai untuk kanak-kanak or couples. Tiada yang istimewa sangat, kecuali kami masuk lebih nak panaskan badan. Heater dalam museum sangat best sebab kami dah terketar-ketar di luar.


Sebahagian yang saya snap. Semua patung teddy bear ni bergerak mengikut konsep. Jika sedang bermain musik, semuanya akan bergerak macam hidup. Jika sedang bertani, bergerak macam petani sedang mengerjakan ladang. Yang berkuda, yang memasak... dan sebagainya lah.


Semua ni robot sebenarnya.


Yang sweater kuning tu, ‘Mak Beruang’.

Kemudian kami melawat sudut Thousand Locks of Loves. Inilah tempat yang sering menjadi sebutan ramai pengunjung ke Korea. Nak singgah ke tempat ini. Tempat ini juga popular di kalangan peminat siri Running Man yang “femes giler tuh” sebab ini salah satu lokasi penggambaran siri tersebut.


Kawasan ini bertingkat. Yang berlantai papan ni di tingkat atas. Boleh nampak ke bawah bukit, tapi kabus tebal, apa pun tak boleh!



Ribuan kunci bergantungan dengan kata-kata romantis. Tak kuasa saya nak belek satu-satu. Basah dek hujan plak. Dah la di puncak angin sangat kencang, sejuknya taktau nak citer cemana. Sampai nak tekan butang kamera pun jari menggeletar. Mujur saya bersarung tangan, tu pun ketar jugak.



Tercapai juga keinginan nak tengok tempat ni. Saya tak tahu bagaimana idea gantung kunci cinta ini bermula. Tak tahu apa cerita di sebalik gugusan kunci yang beribu-ribu ini.  (Ini kelemahannya bila kita melawat tanpa tourist guide orang tempatan)


Kawasan luar, semasa kami mula nak berjalan turun. Menanti lampu menara dipasang.


Cantik bila lampu menara mula dipasang menjelang senja.


Berjalan turun bukit yang licin kerana hujan belum berhenti, agak curam sebenarnya tidak mudah. Silap sikit akan tergelincir dan sangat bahaya. Saya pun seriau. Tapi tengok orang Korea (yang couple) naik turun selamba dengan skirt pendek, suar pendek, kasut boot tumit tajam, saya yang ngeri. Uishhh... kalu slip skit mau tergolek tuh. Hehehehe...

Alhamdulilah, kami semua selamat turun ke bawah dengan jayanya tanpa kecederaan. Tapi kaki sakit dek lenguh kerana berjalan banyak.





 ~...HISYAM pernah berangan untuk berada di suatu puncak di sebelah baruh sana meninjau pemandangan yang ingin dikunci di dalam pandangan mata, sebuah angan-angan yang hendak dipaku dalam kepala tetapi SERI BULAN lebih berminat hendak memetik cerita-cerita lama tentang mereka berdua semasa musim sibuk dengan kertas kerja dan mesyuarat penting suatu ketika dulu...~




6 comments:

  1. hehe mama tak jadilah nak ke Nam Sam!

    ReplyDelete
  2. comel nya teddy bear..! geram!

    okey..nam sam park tu agak mencabar bagi orang yang ada 'penat' macam chek..panjat bukit..sejuk pulak tu..huhu

    ReplyDelete
  3. Darah orang Korea terlebih panas agaknya... :)

    ReplyDelete
  4. drama melayu pun ada buat kat sini kena..awan dania rasanya
    cantik la..kabus tebal, gambar nampak kelam je kan

    ReplyDelete
  5. Muzium Teddy Bear macam dalam cerita The Princess Hour (Goong). Bestnya!

    ReplyDelete
  6. ingat pe, rantai kunci rupanya....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails