Thursday, April 11, 2013

기념 Korea: info berterabur...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
10-04-2013


Saya dah start keja hari ni, wpun memang saya tak cukup rehat. Apa nak buat, dah keja kita.

Usaha nak pilih gambar pun, tak la sepenuhnya selesai. Tapi saya pilih mengikut peringkat. Sebenarnya, bila saya Google, sudah ramai orang kita (blogger) yang menulis tentang percutian, lawatan atau catatan perjalanan ke Korea.

Jadi saya tidak mengharapkan apa yang saya tulis adalah yang baik, lebih baik atau boleh dijadikan info sepenuhnya. Please... saya masih keliru tentang info percutian ini kerana, pertama masalah bahasa. Papan tanda tidak banyak dalam English. Nama-nama tempat dalam bahasa Korea juga begitu sukar untuk diingat wpun saya catit sedikit sebanyak. Tapi saya masih keliru.

So, saya akan menulis sekadar yang saya tahu hanya melalui apa yang saya lihat. Maklumat utk digunakan sebagai panduan lawatan anda kelak saya rasa baik dicari di blog lain yang lebih lengkap.

****

Kami tiba mengikut jadual, di Incheon International Airport jam 3.20 pm (waktu Malaysia, 2.20 waktu Korea — mereka awal sejam). Kami disambut oleh Munirah seorang pelajar Malaysia yang sudah lebih 2 tahun belajar Chemical di sebuah universiti di sini. [kami berurusan dengan sekumpulan pelajar Malaysia untuk menjadi pemandu arah sepanjang lawatan ala-ala belasah-redah ni].


Airport hanya di tepi jalan. So ramai penumpang yang turut sama menanti bas khas (macam feeder bus) untuk ke destinasi bandar Seoul. Semua bas adalah bernombor dan kita perlu beratur mengikut destinasi yang ditunjuk di papan info. Mudah saja sebenarnya.






Pemandangan awal sepanjang perjalanan kira-kira sejam menuju bandar Seoul, tidaklah begitu menarik. Kerana cuaca sudah samar senja, berkabus (jerubu). Suhu sekitar 16°C, dan disebut panas dan sangat baik untuk jalan-jalan, kata Munirah. Saya yang terperanjat, sejuk macam ni disebut panas? Alahai... kalu biasa-biasa berapa suhunya?


Tasik yang kering agaknya. Sangat luas. Winter baru saja berakhir, musim bunga baru nak mula. Kami sangat berharap untuk melihat banyak bunga kali ini. Hmmmm....








Dah hampir malam. Bersaing dengan penduduk Seoul yang balik kerja. Percutian kami tidak menyewa sebarang van or bas khas, jadi public transport menjadi pilihan. Selain murah, tak perlu bimbang kerana sistem transport di sini sangat cekap, tepat dan banyak.
Pemandu bas akan memeriksa setiap penumpangnya bagi memastikan semua orang pasang tali pinggang keledar sebelum bergerak. Kat Malaysia, ada?

Setiap dari kami diberikan kad T-Money (touch&go card) untuk digunakan sepanjang percutian ini. Munirah sudah menyediakan kad dengan nilai 20,000 Won setiap orang. (Nilai 1,000 Korean Won = ±RM3.03)

Kami menginap di guest house, Wind Road Flower di Jongno-gu berhampiran daerah Myeong-dong. Saya harap saya tak silap tentang daerah itu.

*Sambung lain kali.




 ~...HISYAM sudah mula merengek tak ketahwan hala bahasa kerana sengaja ingin membalas dendam tetapi malu untuk menyebut rindu, tidak mengapa kerana SERI BULAN sudah lama faham...~




31 comments:

  1. Ok... Tunggu cerita selanjutnya pula. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besnya Madam Azie ni heh Kakcik.. asik berjalan-jalan je kerjanya...ye..

      Delete
  2. kak azie .... rai btolak ke korea isnin nie.... cepat bg inFo....

    ReplyDelete
  3. Akk..agk2 munirah tu brape lama lg yek dia ddk kt sn?mn tau kalu sy nk ke sn thn dpn,bleh sy gn khidmat dia...insya allah...

    ReplyDelete
  4. Boleh bagi contact number Munirah? ..... hehehe

    ReplyDelete
  5. menanti episod seterusnya ...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Hmmmmm dah ramai yang nak merisik Munirah ni ;) hu hu hu hu

    ReplyDelete
  7. Baca berita semalam north korea suruh foreigners keluar south korea..acah ke betul tu.
    Masih ramai ke pelawat masa tengah N dn S korea duduk nak berperang,siap peluru berpandu,bom nuklear lagi.Or maybe CNN,BBC saja buat cerita.

    ReplyDelete
  8. 16 darjah tu panas...? Wah, saya nak dok sana lah...hehehehehe

    ReplyDelete
  9. wow bestnya. tempat winter sonata tu....hehehehehe. ok saya tunggu sambungan citer kat korea. tak sabar2 ni

    ReplyDelete
  10. kunjungan perdana gan..
    salam kenal dan sukses terus..

    ReplyDelete
  11. Salam kak azie..

    wah.. bestnya ke korea.. terima kasih berkongsi cerita.. saya yang tak pernah sampai ke sana jadi excited nak membacanya..

    ReplyDelete
  12. Good info terutama untuk backpackers...tak sabar tunggu episod seterusnya.

    ReplyDelete
  13. nasib baik dpt Munirah tu, sng le nak berjalan. ada guider org melayu.

    ReplyDelete
  14. salam sis AA...

    Wah melancong ke korea erk.....ada ole-ole buat TA ke..?
    huhuhuhuhuhuhu.....
    next episode pls.........

    ReplyDelete
  15. bestnyer bestnyer bestnyer..
    harap2 ada rejeki nk melancong ke sana nnt..
    aamiin...

    ReplyDelete
  16. ok gak main belasah-redah ni ek?

    ReplyDelete
  17. Mesti best kan kak dekat sana :) Anis nak sangat2 pergi tapi tak berkesempatan lagi. InsyaAllah 1 day..amiin :)

    ReplyDelete
  18. Bila guna public transport di negara orang..baru terasa dekat negara orang tu di hati kita. Banyak ragam masyarakat boleh kita perhati..saya lagi suka macam ni berbanding ikut tour. Semuanya limited.

    ReplyDelete
  19. Lain orang, lain pengalamannya dan lain jugak cara bercerita. Jadi walaupun baca kisah 3-4 orang pi melancong tempat yg sama, tetap rasa fresh evri taim gitu :)

    Naik bas ada seat belt? Kagum la..

    ReplyDelete
  20. Tak sabaq nak baca sambungannya..

    ReplyDelete
  21. Kuaci dah siap kunyah
    Tunggu sambungan...

    ReplyDelete
  22. Salam kak AA..insyaAllah hujung Mei nnt sy pulak akan ikut jejak akak ke sana..hehe tak sabar rsnya!!

    ReplyDelete
  23. BERAPA COSTNYA KALAU NAK KE KOREA....?

    ReplyDelete
  24. T-Money card tu untuk kegunaan dalam masa sehari ke kak or perlu topup setiap kali menggunakan public transport?!!

    ReplyDelete
  25. Puas baca cerita akak ke korea tau, saya baca dari entry terkini sampai lah entry mula ni, hehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails