السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
16-04-2013
Isnin 08-04-2013, merupakan hari terakhir untuk kami menjelajah Seoul. Kami berhasrat juga hendak ke Busan, kerana ada perkhidmatan ketapi laju ke sana. Jarak yang dulu 5 jam kini dapat dipendekkan menjadi hanya kira-kira 2 jam sahaja. Busan sangat popular kerana tanah tinggi dan pemandangan yang indah. Banyak filem dan drama kita pun shooting di Busan. Tapi hajat tidak tercapai kerana masa yang suntuk dan kami sudah ada plan yang terancang awal.
Kami ke Nandaemun sekali lagi. Kali ini kami dibawa oleh senior guide di kalangan pelajar Malaysia. Rahir, orang Wangsa Maju. Yang sudah menetap di Seoul lebih 6 tahun. Fasih sungguh bahsa Koreanya. Malah dia membawa kami dengan kereta kerana mahir dengan jalan di Seoul. Apapun, kerana masalah parking yang amat-amat sukar, pengangkutan awam adalah paling mudah dan ketika kami bershopping, Rahir terpaksa menghantar kereta balik ke rumah. Parking keta di Seoul adalah W500 untuk hanya 5 minit. (RM15 untuk 5 minit? betul dak saya kira?)
Acara memborong brooch berulang lagi, kali ini mencari design yang lebih cantik, lebih moden dan menarik.
Cenderahati dari harga semurah W5,000 sehingga puluhan ribu. Ada pelbagai jenis cenderahati untuk dibawa pulang.
Kedai pengantin yang menjual pelbagai jenis kain. Saya jangka harga di sini agak mahal. Rahir akan membawa kami ke pusat jualan fabrik Korea yang lebih besar lagi.
Sapa ndak FM Korea? Nanti jumpa saya. Kalu sudi. Atau hantar pesanan. Saya boleh simpankan, dan bila-bila jumpa saya akan bagi. Kalu sudi. Yang mahu saya poskan, sila email alamat. Kalu sudi.
Kami bersiar lagi di pasar Namdaemun ni (saya harap saya tak silap, sebab catatan saya sedikit berterabur).
Cuaca yang terang, menjadikan pasar begitu meriah walaupun Isnin merupakan hari bekerja. Ramai senior citizen keluar membeli-belah.
Lebih kurang macam pasar pagi. Macam-macam barang ada berjualan. Di sini T-shirt boleh dapat lebih murah dari tempat lain. Ramai orang Malaysia yang saya temui, memborong T-shirt di sini. 3 pasang boleh dapat dengan harga W10,000 (kira-kira 3 helai = RM30.00).
Rakan saya mencari ginseng Korea sejak hari pertama lagi. Memang disebut murah, tapi tak semurah yang disangka (mahal dek tukaran wang tu). Tapi kawan saya beli juga. Saya tumpang posing saja. Lelaki Korea ramai yang hensem-hensem (tu pasal ramai wanita Malaysia tergila juga), dan wanita Korea berkulit putih mulus, gebu walaupun ada yang berkedut tapi kegebuan tu tetap jelas boleh nampak. Kagum tengok skin depa. Pompuan yang pakai mafla biru tu pun boleh tahan gak gebu dia, kan? kan? Hah hah hah!
Kami menyusur kaki lima lagi untuk ke subway seterusnya hendak mencari pusat textile yang menjual sutera Korea yang dikatakan bermutu tinggi.
Rahir membelikan kami Kebab di tepi jalan dan kami terus makan di situ. Memang agak berbeza jika dibandingkan makan dalam restoren menanti. Makan ala-ala redah ni, menjimatkan masa dan rasa santai sekali. *abaikan sarung tangan ‘menoreh getah’ saya tuh. Sejuk ya amat tauuu...!
Ehhh... citer kain ela dan sutera Korea tu next entry je lah.
Saya letih, minggu ni saya kena stayback. Ofis tengah kalut nak siap banyak projek menjelang Pesta Buku.
~...pengirim surat rayu-rayuan sudah semakin berani untuk mencabar mengajak SERI BULAN dating di tepi jeti sungai Menghijau Lumut tetapi sudah menjadi lumrah diri SERI BULAN untuk tidak berahsia dengan HISYAM lalu selaku teman paling setia lagi pelindung paling ampuh, HISYAM berazam untuk bersedia dengan Silat Pulut Tanak Tak Masak, seperti resminya ayam jantan diajak berlaga taji...~
nak fm kak....:-)
ReplyDeleteEmail alamat cepat. Sapa cepat dia dapat. Masa yang terhad sahaja.
DeleteKak Azie,
ReplyDelete1.) bestnya dapat pegi bercuti ke Korea :)
2.) Cantekla FM tu errr..nak boley? itu pun Kak Azie sudi *mode malu tersipu-sipu*
Sama kak....saya pembaca senyap blog purple ni. .Sangat berbesar hati jika akak beri fm tuuu.
ReplyDeleteSiti Anida (sak5540@yahoo.com)...:-)
Nak jugakkkkk
ReplyDelete(boley?)
tak mau fm... nak pi korea... heheheheh
ReplyDeleteserba serbi mahal kat sana yer...akak bawak duit berapa guni itu ari? hihihihi
ReplyDeleteNak jugakkk...nak juga...
ReplyDeleteCollect kat rumah Dato nanti boleh?
kak.. yg tang sarung tangan menoreh getah tuh buat sy teringat kat ibu sy.. huhu
ReplyDeleteas'salamualaikum, saya ni pembaca senyap dan minat kat FM! mudah2an ada lagi rezeki saya insya Allah :)) e mail - salmah10@yahoo.com
ReplyDeletewah... bestnya.. nnti kena cari pasar malam yg akak sebut lah.. sebab boleh borong baju I love Korea.. murah.. hehe.. kenapalah shad terlewat untuk follow blog osem nie... shad suka travel jugak.. happy traveling kak.. (sitinorsharifah@gmail.com)(http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/)
ReplyDeletebestnya kak boleh borong2 brooch...Saya tak sabar nak tunggu entry beli kain sutera tuuu
ReplyDeleteSarung tangan menoreh tu yg mahal....Baca pengalaman kak azie kat sana pun saya rasa seronok..
ReplyDeletenak jugak haha tak dapat g korea dapat fm pun jadi la:)
ReplyDeletejauh FM ni, rugi siapa yang tak nak...
ReplyDelete(qhaifa_nur@yahoo.com.my)
Saya rasa macam nak juga fm atau brooch yang Kak Azie offer, tapi saya tahu lebih ramai lagi yang layak dan rapat dengan Kak Azie.. Dahulukan mereka, yer... Saya dapat tumpang pengalaman akak pun dah cukup bersyukur dah....
ReplyDeleteOh yer, kebab tu kebab inti apa, kak?
nak jugak FM tu...hehe
ReplyDeleteJgn offer macam tu Azie... kalau semua nak macamana nak bawa balik FM bebanyak...
ReplyDeleteKakak tengok Azie posing dgn cikmek molek Korea dah Azie pun macam org Korea juga hihi...
wah kalu ramai yg mintak FM MCM mana?
ReplyDeleteMoga AA bahagia buat kerja skrg!
Bestnya akak jln2 Korea. Tetiba nmpk comel lak akak dgn beanie tu. Hehehehe...FM? Betul ke akak nak bg sy? Hehehehe...
ReplyDeletetu diaaa...lip lap lip lap brooch...mau rambang mata nak pilih...
ReplyDeleteOh, seronoknya kak azie dapat berjalan ke Korea...
ReplyDeleteentri akak jadi pembakar semangat sy nak ke Korea tahun depan, inshaAllah..
doakan perancangan kami berjalan lancar...
tak sabar tunggu entri akak yg seterusnya :)
seronoknya jalan jalan korea...
ReplyDeletesana sini semua orang duk citer jalan2 ke korea..
uii.. bila dapat ke sana agaknya...
ada duit semua jalan.. hehe.. =)
hahaha .. kalau awak tak tulis, tak perasan pun sarung tangan tu !
ReplyDelete* kalau ada fm tu berlebih, bolehlah simpankan satu utk abang ..
Dah bertahun kak Zai simpan brooch dari korea pemberian mak mertua adik tapi masih cantik langsung tak kusam.
ReplyDeletekak azie ckp 1000 won bersamaan rm3.30..so kalu 500 won kira2 dlm singget lbh je la kan..
ReplyDeleteakk..dgn muka x malu nk FM jg...simpan utk sy...kite jumpa kt PWTC nnt...
woooohh..brooch...rambang mata nak pilih tu. mesti kak azie shopping sakan kat sana...
ReplyDeleteakak memang cantik gebus je dalam gambar tu dan in person tau...sebagai reward, saya nak FB jugak. meh kita jumpa2 lepas ni :)
ReplyDeletecantik nya brooch dan FM tu...mmg berkenan. Tapi ada lagi ke utk saya. huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeletecantik2 belaka
simpan utk saya...he he
assalamualaikum ... klu pegi melalui tour n travel mmg x dpt la nak wat camni kan ! bleh lah wat rujukan nanti ... thanks sharing
ReplyDeleteBestnya akak jalan2 korea! sakan shopping :)
ReplyDeletenak jugaakkk akak..hehe
ReplyDeleteorg2 korea memang kulit bersih kan
kak, kalau ada lagi... nak!!!!!
ReplyDeletesy x bc entry korea akak kecuali yang i ni sebab jeles... sy nk jugak g koreaa!!!!! huhuuhuu
blh camtu?
Bab gebus tu..memang setuju. Wanita bermafla biru pipinya memang gebusss.
ReplyDeletecantik2..ada lagi ke FM tu..knah memang buat koleksi..=)
ReplyDeleteoooo baru saya tau busan tak jauh ye....2 jam ye....maksudnya boleh skalikan ke sini ngan busan la kan....wah brooch banyak pilihan....FM best, saya penggemar FM...kalau ada bgtau, saya nak juga!
ReplyDeleteassalam kak, boleh tak bg contact no Rahir tuh? terima kasih :) sysmoll_85@yahoo.com
ReplyDelete