السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
11-04-2013
Selesai urusan di bilik, kami keluar ke Myeong-dong. Saya benar-benar tidak dapat mengenal tempat ini sebelah mana. Sebab kami menggunakan laluan subway. Penginapan kami kira-kira 15 minit berjalan kaki ke stesen subway Hyehwa. Kerana laluan adalah di tengah bandar (bayangkan macam Bintang Walk yang ceria, meriah dan berwarna-warni) jadi tak ada rasa takut atau bimbang.
Lihat aliran untuk laluan LRT di bandar Seoul. Berselirat dengan pelbagai laluan yang dibezakan dengan warna tertentu. Banyak stesen ‘transfer’. Bayangkan stesen Masjid Jamek yang menjadi stesen pertukaran antara laluan Ampang dan Kelana Jaya. Kita cuma ada satu macam tu, tapi Seoul ada berpuluh laluan.
Menurut Munirah, ada banyak syarikat yang mengendalikan laluan LRT di sini, tetapi sistem mereka adalah sama. Standard, tepat, koch pun panjang (tidak bersekat macam LRT kita). Jarak pun tidak lama, tunggu sekejap saja dah sampai next train.
Hampir semua stesen bertingkat sebegini. Sama macam di Masjid Jamek, malah ada yang bertingkat selapis lagi di bawah. Bagi yang ingin melancung gaya redah guna public transport, stamina kena jaga. Kaki kena kuat, sebab nak naik tangga yang bukan sedikit. Walaupun elevator di mana-mana, tapi sebahagiannya masih lagi bertangga batu. Memang semput juga la sekali sekala. Kasut kena sesuai.
Kami meronda sepanjang jalan yang seakan-akan Petaling Street (tetapi lebih luas dan bersih). Macam pasar malam. Barangan yang dijual kebanyakannya adalah untuk para remaja. Aksesori, mekap, baju pelbagai fesyen, jaket yang tidak murah pun... dan macam-macam lah. Kami tak beli apapun. Jamu mata boleh la...
Remaja Korea memanglah sangat mementingkan imej, fesyen, mekap, aksesori dan gadget. Depa tak berapa kisah sangat pasal makan pun.
Munirah membawa kami dinner di restoren Korea yang halal. Sekadar mencuba boleh. Saya tetap kata, beras kita lebih sedap dari beras Korea yang sedikit lembik (mana boleh berderai nasinya, sebab depa makan guna chopstick). Saya order Fried Rice topped with cheese tu, tak boleh habis sebab cepat muak.
Memang tak pedas pun. Jika tak boleh nak makan, pastikan bawa bekal. Kami bawa macam-macam termasuk nasi himpit, rendang daging, roti, tuna dalam tin, hotdog, maggi....
Nak juga merasa kimchi. Seakan jeruk. Memang jeruk pun. Dan dihidang sejuk. Agak kurang kena la dengan tekak kita yang sukakan nasi putih panas-panas, bila disuap dengan kimchi yang sejuk dingin... Hmmmm...
Hampir semua restoren Korea tak jual makanan dengan minuman manis. Langsung tiada. So jangan mimpi nak order Teh Ais ker... Sirap ker... Jus buah ker. Air suam or ais kosong diberi percuma (ambil sendiri). Cawan dan mangkuk nasi dari besi (besi ke tu?) Nasi putih dihidang bersekali dengan lauk di atasnya. Agaknya sebab itu lah orang-orang Korea sihat, gebu, tidak gemuk dan panjang umur. Sebab depa tak minum air manis. Menu depa pun banyak sayur, tahu, ikan dan telur saja.
*Saya tak sabar nak tunjuk gambar lawatan seterusnya.
**Munirah adalah pelajar di bawah tajaan JPA, yang masih ada 2 tahun lagi untuk menamatkan ijazah Chemistry. Bekas pelajar sekolah agama, anak jati Kelantan yang cemerlang dengan result SPM 12A1 (jika tak silap 12A... atau 11A).
Bestnya gi jenjalan di Korea....info yg bagus nie...Korea antara sebuah negara maju di rantau Asia..
ReplyDeleteKorea adalah negara maju Asia kedua selepas Jepun. Jepun merupakan saingan kuat Korea, sebab itu orang Korea tak suka dengar pasal Jepun. Jepun pernah jajah Korea, jadi depa sentiasa anggap Jepun adalah saingan dalam segala bidang.
DeleteSUKMA,
Deletekami beli tiket AA masa offer, harga seorang RM1,192 return + breakfast. Ground package pula RM1,500 seorang (termasuk penginapan, kos tambang, tiket masuk tempat lawatan, lunch & dinner). Dibayar kepada student Msia di sana, dan mereka beberapa orang akan uruskan percutian kami, dengan bawa/pandu arah kami ke tempat yang biasa dilawati oleh orang kita, tempat makan, ajar naik public transport.
Seronoknya menimba pengalaman walau mungkin tak semuanya manis untuk dikenang. :)
ReplyDeletebagus kak view tempat2 yang macam biasa2 je. yang mampu pergi dan rasa selamat. lagi bagus ada tour guide yg sgt membantu kan.
ReplyDeleteMakchaq tang masalah makan memang akan jadi penyebab susah nak berjalan rasanya.. masakan melayu & siam ja ok.. hat lain selalunya tak boleh pi..
ReplyDeleteTu yg pakchaq kata 'payah nak pi luaq negeri..'
Assalamualaikum, sy suka bc blog akak.
ReplyDeleteseronok bc post2 akak, simpel tapi best.
suka jg bc pasal seri bulan dan hisyam. ^_^"
bc post pasal p'gi korea, rasa teruja betul. dr kecik sy teringin p'gi jepun.
bila dah tersangkut dgn drama korea, nak pergi korea juga...hahaaa...
smbg cite lg ye. sy suka bc...^___^!
Terimakasih Mawar Kamila. Nanti bila ada masa yg sempat, Kak Azie berkunjung ke blog awak yaaaa....
Deletejemput2 la... blog mawar kamila sentiasa terbuka utk kunjungan semua... hahaaa ^_^!
Deletetapi blog sy blog novel/cerpen on9 yg sudah berhab0k. heheee...
as salam kak...beh nyer lah ai dpt menapak melihat negara orang...cerita lah lagi ttg vacation kak...teruja membaca nyer...
ReplyDeleteterujanya dapat pergi makan angin ke Korea....tak sabar nak baca lagi ni !
ReplyDeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeletetang berjalan jauh tu yg tak larat
Tak sabo nak baca sambungannya.Wah kalu budak2 kita kat negara lain buat mcm ni bagusnya,,,seanag dan agak jimat! mama tak larat nak menapak!
ReplyDeletesalam akak. time akak kat korea tu. tak de pape yg berlaku ke? kan ke ada serang menyerang ngn north korea?
ReplyDeleteTak la. Suasana tenang aman saja. Rakyat South sendiri menganggap rakyat di North adalah saudara sendiri. Sebab masih ada yang meninggalkan saudara mara di North. Tetapi memang rakyat di South dan North tidak boleh saling menyeberang pun. Rakyat North langsung tak boleh keluar dari negara mereka.
DeleteTetapi dalam setahun, diadakan suatu hari khas, macam gathering khas di sempadan di mana rakyat kedua-dua akan berjumpa di situ, bertemu saudara mara yang terpisah.
Rasanya, kisah nak perang nak bom tu, banyak dibesarkan oleh sekutu luar sahaja. Orang tempatan nampak relax jer...
Salam, boleh bagitau apa nama restaurant halal yang Akak dinner tu?
ReplyDeleteAlahai... sori dear. Tak catit sebab tiada sign board in English. Tak pula tanya. Jadi memang tiada info.
Deletetak sabar ni nak baca lagi...cepatlah kak update :)
ReplyDeleteBagus penerangan azie ttg pengalaman di korea..
ReplyDeleteOrg yg tak pergi pun terasa macam ikut sekali rombongan azie..
Teruskan cerita.,
(Kuaci ada lagi ni)
Kulit kuaci jangan sepah ehhhh....!
Deletetekak melayu,walau dimana pun tetap nak makan makan mcm kat tempat sendiri jugak,kan..
ReplyDeletebest..tak sabar nak tunggu new entry..
ReplyDeleteoo rasanya pernah baca pasal munirah..yang agak susah tu kan?untung orang bijak pandai, mudah2an dapat ubah nasib keluarga
Adoiiii...tak sabar nak tunggu next entri.
ReplyDeleteaduyai seronok dah sampai sana dapat tengok budaya orang sana.. teruja sesangat... mungkin sebabtuler diaorang tu sihatkan... makanpun ikut peraturan...
ReplyDeletebestnya jalan2 korea :)
ReplyDeletesemoga selamat sampai nanti
kimchi sedap wooo....chek suka! jeruk sayuran. tu la agaknya rahsia kulit orang korea mulus putih dan gevu..makanan diorang banyak berasaskan sayuran.
ReplyDeleteSeronok dapat pergi Korea.
ReplyDeleteKak Zai sentiasa bawa bekal kalau pergi melancong.
habis tak bekalan yang dibawa dari MAlaysia tu ...
ReplyDeleteMasa zaman winter sonata dulu..knah selalu berangan nak g Korea..haha..dapat tengok gambar pun jadilah..
ReplyDeleteSaya kena take note. Nak pergi sini, kena siap2 packing sambal cili api daripada Mesia. Kalau tidak, mesti tak berselera nak makan.
ReplyDelete