Saturday, April 13, 2013

Korea: Gyeongbok Palace — membayangkan gundik...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
13-04-2013


Selepas lunch, Nawal membawa kami bergerak melawat istana Gyeongbok, bersebelahan dengan The National Palace Museum of Korea. Istana ini memang sentiasa menjadi kunjungan pelancung, termasuk juga penduduk Korea sendiri. Orang Korea ni sangat patriotik, menghargai sejarah negara sendiri.


Berjalan dari stesen LRT menuju kawasan istana ni melalui terowong pejalan kaki yang boleh tahan jauh. Lebih panjang dari subway di LRT Masjid Jamek nak ke Putra tuh. Laluan berbatu yang sejuk dingin, sepanjang dinding dihiasi dengan gambar dan barangan lama yang mempunyai sejarah tersendiri.

Info dari Google:
Gyeongbokgung, also known as Gyeongbokgung Palace or Gyeongbok Palace — is a royal palace located in northern Seoul, South Korea. First constructed in 1395, later burned and abandoned for almost three centuries, and then reconstructed in 1867, it was the main and largest palace of the Five Grand Palaces built by the Joseon Dynasty. The name means “Palace” [Gung] “Greatly Blessed by Heaven” [Gyeongbok].

In the early 20th century, much of the palace was destroyed by the Empire of Japan. Since then, the walled palace complex has been gradually restored back to its original form. As of 2009, roughly 40% of the original number of palace buildings still stand or are reconstructed.


Overview of Gyeongbokgung:
Gyeongbokgung was built three years after the Joseon Dynasty was founded and it served as its main palace. With Mount Bugaksan as a backdrop and the Street of Six Ministries (today’s Sejongno) outside Gwanghwamun Gate, the main entrance to the palace, Gyeongbokgung was situated in the heart of the Korean capital city. It was steadily expanded before being reduced to ashes during the Japanese invasion of 1592. For the next 273 years the palace grounds were left derelict until being rebuilt in 1867 under the leadership of Prince Regent Heungseon Daewongun. The restoration was completed on a grand scale, with 330 buildings crowded together in a labyrinthine configuration. Within the palace walls were the Outer Court (oejeon), offices for the king and state officials, and the Inner Court (naejeon), which included living quarters for the royal family as well as gardens for leisure. Within its extensive precincts were other palaces, large and small, including Junggung (the Queen’s residence) and Donggung (the Crown prince’s residence).


Saya memang tak pandai nak story, jadi saya terpaksa la paste info dari Google. Nawal membelikan kami tiket masuk kemudian dia pergi mencari tempat untuk solat dan berehat. Hujan dan angin memang tak boleh tahan. Kami bergerak sendiri di dalam kawasan istana yang banyak bangunannya, luas lagi lapang. Sayang kerana pokok baru nak keluarkan pucuk dan daun hijau. Nak cari pokok berbunga pun susah.



Walaupun terpaksa berpayung, bertopi dan menahan angin menampar muka (sampai kebas pipi) tetapi peluang melihat sendiri keunikan istana dan kesultanan kerajaan Dinasti Korea ini, tidak harus dilepaskan. Memang cantik dan mengagumkan.


Deretan dinding ini menunjukkan betapa banyaknya bilik-bilik dayang (gundik?) dan pekerja istana. Seperti yang kita tengok dalam drama-drama Korea bercorak lama. Sebenarnya, itu hanyalah dinding batu yang dilukis dan dihias seperti bilik-bilik yang banyak.


Hiasan dan lukisan di siling bahagian laluan di depan bilik-bilik tersebut.


Replika takhta, di dalam salah satu istana. Tidak boleh masuk dekat, hanya boleh tengok dari luar, snap dari pintu sahaja.


Pengawal (kesatria?) ini memakai pakaian seperti di zaman kesultanan Maharaja mereka dahulu. Ada 2 kumpulan pengawal yang beraksi. Ini adalah untuk pertunjukan sahaja. Agak kecewa kerana saya tidak dapat melihat kumpulan pahlawan ini beraksi di hadapan istana kerana hari hujan dan angin kencang. Jadi mereka ini hanya berdiri di bawah bumbung, sekadar beraksi tegak untuk tatapan para pengunjung. Petugas membuat pengumuman, tiada performance kerana cuaca buruk. Saya membayangkan kumpulan ini beraksi dengan gaya berkawad, atau berkungfu atau melompat ninja. Hehehe..

Lihat kumpulan lain di belakang sana, yang mengadap jalan besar berhadapan bangunan pencakar langit di tengah-tengah bandar Seoul.


Saya suka tengok kesenian pakaian mereka, lengkap dengan pedang dan perisai serta tombak.


Ini kumpulan yang mengadap pintu masuk utama.




Walaupun hujan renyai, angin sangatlah sejuk, peluang untuk bergambar bersama ‘mamat hensem yang sepet’ itu tak harus dilepaskan. Balik kang teringat pulak....


Kawasan istana ini sangat luas. Di bahagian belakang, masih terdapat beberapa lagi istana kecil (mungkin rumah untuk para pegawai, menteri atau dayang-dayang kot..) tetapi sekadar dapat dilihat dari luar sahaja.


Juga kawasan lapang yang penuh dengan pokok. Saya mengandaikan itu taman bunga untuk puteri-puteri raja.





Agak sayang, kerana rumput belum menghijau bunga belum berkembang.





 ~...rindu SERI BULAN pada tanah leluhur tidak begitu luhur tetapi masih jujur, wasangka kepada HISYAM memang dia tidak pernah menduga seperti mencari lalang di tanah lapang dan terus sahaja teringat saat berebut layang-layang di sawah kontang selepas padi dipikul ke gudang lalu untuk merajuk pun sudah menjadi cerita sejuk...~...~




6 comments:

  1. bestnya dah dapat jejak korea..

    ReplyDelete
  2. Kakak ingatkan macam kat muzeum mereka tu patung kisahnya org betul ye Azie... penat dia dok tegak macam tu..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    hu huhuhu saya juga terjebak dengan pergi ke tempat 4 musim tapi sangat awal musim bunga. Bunga tak sempat kembang pun lagi hu huhuhu derita sangat. Sblm balik, jumpa juga sepokok dua sakura & tulip yang berbunga...sib baik. Kalau tak, kempunan!

    ReplyDelete
  4. dapat tengok gambar pun jadilah =)

    ReplyDelete
  5. Siap hujan..huuiii memang sejuk tu!
    Seronok baca pengalaman orang lain melihat tempat orang, diri sendiri rasanya dlm mimpi ler nakm jejak tempat orang macam tu.

    ReplyDelete
  6. dalam gambar 4 dari bawah, awak perasan tak lantai batunya tidak rata ? awak tahu tak kenapa ? kalau tahu, cer cerita sebabnya dalam next entri !

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails