Wednesday, April 3, 2013

PBAKL 2013: saya berdebar menanti arahan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-01-2013


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah acara pesta buku tahunan yang terbesar dan penting pernah diadakan di negara kita. Kerana tidak saja melibatkan bukan penerbit-penerbit tempatan,  juga penerbit-penerbit dari negara-negara ASEAN dan antarabangsa.



Bertema “Dunia Tanpa Sempadan”, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL) akan bermula 26hb April 2013 hingga 5 Mei 2013. Masih di PWTC (Dewan Tun Hussein On, Dewan Tun Dr Ismail, Dewan Tun Razak 3, 4 dan Legar Putra PWTC).

Rasanya ada yang sudah sedia maklum, saya pernah jadi promoter part time di PBAKL. Rekod saya, 6 tahun berturut-turut dan setia dengan publisher yang sama juga.

Tetapi, untuk tahun ini, rasanya saya dah tak boleh nak buat keja part time tu lagi. Sebab tempat keja saya pun terlibat sepenuhnya sepanjang PBAKL ini nanti (Big Boss saya adalah salah seorang orang penting dalam PBAKL ini). Saya diberitahu setiap department akan memilih beberapa staf untuk berada di booth pada hujung minggu. (Hari biasa, orang store la yang jaga, agaknya).

Petang tadi, surat memo tentang PBAKL sudah keluar, tapi nama-nama petugas belum diisi. Saya sebenarnya tak kisah pun jika terpilih (rasanya tak kot... sebab saya masih baru), kerana saya suka kerja dengan buku. Andai nama saya ‘naik’ saya akan berada di PWTC lagi laaa...! Yeayyyy!

Mungkin saya boleh curi masa untuk jumpa beberapa orang penulis novel yang saya minat. Juga boleh borong buku-buku dengan harga yang sangat-sangat menarik.


Antara kawan baik saya sepanjang tugas. Novelis lelaki yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk menjadi promoter yang baik dari setahun ke setahun.



Jika ada rezeki, saya nak jumpa novelis terkenal ini lagi. Kali ini nak minta autograf untuk buku tebal yang baru itu pula. Novel hebat “I Love U Stupid!” yang saya baca hanya dalam masa 2 hari!






 ~...bila bulan tidak lagi kelihatan membulat penuh, tetapi tidak juga nampak sabit di mana-mana, SERI BULAN mula rasa gementar dan sebak bukan sebab takutkan musang yang kejap datang kejap hilang tetapi kerana HISYAM yang belum membayang juga risau kasih yang belum bersayang dan mungkin rindu belum mampu dapat dilayang...~




44 comments:

  1. Saya seronok pergi pesta buku...

    ReplyDelete
  2. Mass utk memborong datang lagi

    ReplyDelete
  3. errrr...saya boleh balik KL ke time tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... kena balik. Sila balik. Balik...! balik!

      Delete
  4. Best...nak cari peluang dan rebut peluang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rebut peluang selagi boleh selagi larat kata orang.

      Delete
  5. Replies
    1. Untung tang peluang tu jer la. Bila dah beli, untung tang baca.

      Delete
  6. bestnya dapat g di PWTC tgkk pameran buku nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tengok saja. Beli la juga. Harga murah gila gila. Offer dan diskaun pun best. Hari biasa memang tak dapat rega camtuh.

      Delete
  7. Assalamualaikum,
    Tiap kali musim ini -----> Daku sangat menderita!

    ReplyDelete
  8. salam..wah bestnya kalau dpt pegi
    trima ksih sudi follow..nnti nina follow balik k :)

    ReplyDelete
  9. kalau AA bertugas di sana nanti sy nk autugraf akak...boleh ?

    ReplyDelete
  10. setiap tahun pergi pesta buku tu..tapi tak de rezeki nak jumpa AA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada rezeki lagi tahun ni, sms me. Kita arrange.

      Delete
  11. Seronok nya pesta buku. boleh bawak anak sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesta Buku Antarabangsa memang besar. 10 hari tu. Memang enjoy layan buku. Budak budak mesti suka.

      Delete
  12. Seronok pergi ke Pesta Buku kalau ada peruntukan untuk membeli tanpa had. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada had, Kakcik. Bukit kena tarah pun boleh gondol. hehehe

      Delete
  13. Najwa Aiman tu kan? ke bukan?

    ReplyDelete
  14. sy tgguuuuuuu akk kt PWTC nnt ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Rin. Jika ada masa, kalu sempat, kita jumpa lagi...!!

      Delete
  15. Best dpt jumpa novelis melur jelita..novel baru dia keluar kt PBAKL ni....- yana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel baru dia MypI tu dilancarkan di PABKL nanti. Sila la datang. Boleh beli dengan dapat autograf sekali.

      Delete
  16. Sejak berkahwin, saya tak pernah lagi dapat pergi ke Pesta Buku. Hubby saya tak minat. Makanya, saya hanya shopping online saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pa. Jika dah minat membaca, banyak cara boleh order buku.

      Delete
  17. wah bestnya kalau dapat pergi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom laaaa... Kita dating dating nanti, nak?

      Delete
  18. kenapa novelis lelaki tak ramai yang terkenal ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ramai tapi yang hebat adalah novelis lelaki sebenarnya. Sasterawan Negara pun ramai lelaki. Kak Azie pun actually lebih minat penulis lelaki.

      Delete
  19. Jujurnya, saya tak kagumi novelis kita. Majoritinya ( bukan semua) hasilkan karya yang stereotype, sangat cliche, boleh dijangka jalan ceritanya. Anak jutawan/Datuk Seri/bisnesman yang bercinta dengan gadis miskin, kisah anak kampung yang berjaya lepas tu lupakan daratan, kisah bercinta yang dapat halangan keluarga, kisah korporat kerparat, ahhhh...terlalu cliche kan? :)

    Saya akui mereka menulis atas permintaan.
    Soalannya, sampai bila nak penuhi permintaan, dan di mana tanggungjawab menaikkan nilai moral penulisan novel Melayu?

    Ini terpakai sekali kepada drama & filem Melayu.

    ReplyDelete
  20. Saya setuju dengan DDZ tapi mereka juga menulis demi sebuah kehidupan, mencari rezeki. Mengikut permintaan pasaran.

    Rasa kaki K.Azie dah tak sabo2 nak melangkah kat sana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dah jadi rutin, tu yang nak buat lagi tahun ni.

      Delete
  21. kak azie memang ratu novel..memang 'saspek' lah! hehe..
    actually kelmarin chek ternampak banner promo ni kat pesbuk kalau tak silap..terus teringat kak azie...sebab ada baca cerita kak azie bertugas kat pesta buku tahun2 sebelum ni.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la ratu, ramai lagi yang peminat novel lebih hebat lagi. Buku depa sampai penuh satu bilik.

      Jom turun KL...!

      Delete
  22. Saya suka tajuk tu, I LOVE YOU STUPID.

    ReplyDelete
  23. takde peluang kita berjumpaan kak, saya pun tak terluang masa ke pesta buku tahun ni.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails