Monday, December 2, 2013

Perang mulut orang tua: sorang salah tegur, sorang tak boleh kena tegur...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
02-12-2013


Dah Disember dah pun. Buat pertama kalinya, saya tak sempat langsung nak buat header baru. Biasanya, saya buat header extra, dan setiap header baru akan digunakan untuk 2 bulan. Dan sebelum masuk bulan baru saya dah tukar. Tapi kali ini langsung tak sempat.

Apa yang saya sibukkan? Ntah. Kerja dah tentu lah. Ekoran dari rutin kerja yang mengambil masa yang panjang, lalu hujung minggu menjadi hari-hari yang sibuk untuk cover beberapa agenda terutama agenda keluarga. Nak buat aktiviti pun tunggu hujung minggu, yang kadang-kadang tolak masa pegi pasar, siang ikan ayam dan masak, dah ambil masa sekerat hari. Then letih...!

Hajat nak menyambung manuskrip yang tertangguh sekian lama... hmmm tunggu tahun depan lagi la nampaknya. Tu pun belum tentu.

Oh ya. Saya pernah sebut, ada beberapa orang dalam department saya yang tidak bercakap sesama depa. Since hari pertama lagi, saya dah diberitahu akan keadaan itu.

Last Sabtuday, ada kes baru berlaku. Depan mata saya. Dalam surau.

3 orang dari department saya (ini termasuk saya) dan 2 orang anak dara dari Lantai Satu. Borak kuat dalam surau bergurau dengan kakak Jay. So, Kakak Zek tegur dengan kuat, “Perlahan la sikit, orang nak solat nih!”

So anak dara dan Kakak Jay bercakap perlahan macam bisik-bisik. Lepas solat dan saya pun dah nak beredar juga, tiba-tiba Kakak Zek tembak lagi, “Masih borak lagi? Bila nak solat tu?”

So depa yang kena tembak terpinga lalu tanya saya, “Apa hal dia tuh?” Saya geleng. Malas campur.

“Dia ingat kita mengumpat dia ker? Kita orang borak hal kami jer.” Ahhh kenapa la saya harus dilibatkan? Saya saksi jer.

“Anggap la itu kelemahan dia.” Saya jawab lalu blah.

Bila Kakak Jay kuar dari surau dia terus serang Kakak Zek. “Apa masalah kau tadi? Cara tone kau tegur tu salah.”

Wahhh selepas itu ada beberapa baris ayat depa berbalah. Hahahah saya buat-buat tak dengar, sedangkan saya lah satu-satunya orang di situ yang jadi saksi tadi. I better shut my mouth.

Dalam hati dok kata, masing-masing ada salah sendiri. Tapi yang tak best, masing-masing dah berumur. Dalam erti kata, antara staf-staf yang senior di situ. Buat malu kat anak-anak saja!

Then, sorang dua mula himpit saya tanya apa kes, merisik cerita macam Joyah kepoh. Tapi saya geleng malas terlibat. Nanti, diaorang takda apa-apa, saya yang kena laser nanti!

Moral: jangan ikut kata hati nak tembak orang, takut orang tu lagi kebal dari kita, pastu kita kena tembak lagi teruk. Boleh tahan ker?

Tayang-tayang:


Kisah hari Jumaat. Kami order Domino’s Pizza. Tapi saya order Spagheti. Yang pada saya, sedap lagi saya masak!





 ~...hujan lebat lalu memberikan bimbang di hati ramai warga Kampung Separuh Desa, kerana di hilir air sungai sudah melimpah parah, majlis berinai nampak basah lembab dan suara orang berzanji bercampur irama air di bumbung zink, SERI BULAN terus teringat pernah suatu ketika dalam hujan dia terkepung berteman HISYAM dalam bangsal menunggu durian dan ketika itu hanya mata berbicara kerana tiada siapa berani meredah basah...~




19 comments:

  1. azie,
    Pernah berada dalam situasi ini.Kdg kdg tanpa tahu hujung pangkal kita pula terlibat sama...sesuatu yg paling tak suka.

    ReplyDelete
  2. mmg prna hadap org yg 'tua' dr sy..suka bercakap laser..prkara yg remeh temeh pn hndak d bt gaduh..ckp elok2 kn bagus..x rugi sesen pn..org2 mcm tu lg baik kita bt diam2 shj..jgn lawan..atlast nnt dia akn malu sendiri..sy bt mcm besa..bt2 mcm x tau..dan kena elak kan rapat dgn org2 yg mudah sentap ni..x boel jd kwn..sbb suka sgt cari gaduh...hihi...

    ReplyDelete
  3. susah jugak kalau jadi orang tengah nie kan...tak pasal-pasal kita yang terlibat sama.......saya tak campur ++++++.....huhu

    ReplyDelete
  4. Dalam banyak keadaan Aina lebih suka berdiam walaupun sebenarnya hati sakit sangat sebab kalau bercakap atau menegur buat tambah masalah jadi biarlah mereka fikir sendiri, bukan budak2 lagi.

    ReplyDelete
  5. Bagus macam Azi jadi tak ada musuh. Senang kata biarlah mereka berbalah sesama mereka janji mereka tak memusuhi kita.

    Dah tua-tua pun masih tak matang...

    ReplyDelete
  6. Masa awal saya baca tadi memang saya tak setuju berborak dalam surau. Ustaz saya pernah kata sekali kita berborak hal dunia dalam surau atau masjid, 40 hari (lebih kurang la tu) amalan kita tak diterima Allah. saya tak pasti sejauh mana kebenaran nya, tapi memang sejak itu masuk aje surau atau masjid memasing diam mulut, cakap apa yang perlu aje.

    yang kedua yang saya tak setuju tang nak tegur tu. tegur cakap la cara yang baik, cara yang orang lain boleh terima. tegur macam tu siapa pun akan marah. bila akak kata itu mak-mak budak, haish camne la anak-anak depa kat rumah tu ye? tak pe la itu hal mereka. tak yah gusar.

    ReplyDelete
  7. Saya setuju dengan akak. order spaghetti di Pizza Hut pun tak masuk tekak ni. masak sendiri jugak sedap. nak campur apa aje pun boleh.

    ReplyDelete
  8. salam... ini cerita orang perempuan....Dalam surau dan masjid ceritanya pun sama. Apakata kalau kita anggap ini "SOAL BIASA" Sudah menjadi budaya kita " sok sek sok sek"..... Kalau kita masuk negeri orang putih pun kita akan nampak cara mereka "sok sek sok sek". Jadi jangan fikir masjid hanya tempat kita tonggang tonggek tapi masjid merangkumi segalanya. Ya lah...kat mana lagi tempat yang senang nak TERJUMPA kalau bukan masjid surau dan pasar malam ?

    ReplyDelete
  9. nasib baik tak sampai gaduh tarik2 tudung.. kang tudung tiga tingkat tinggal setingkat, ahhaha

    ReplyDelete
  10. Kat surau pun sempat lagi nak cari pasal? …. huhu

    ReplyDelete
  11. Daripada spaghetti saya lebih sukakan kepak ayamnya ...

    ReplyDelete
  12. Saya sangat trauma berada dalam situasi tu. Masa remaja2 dulu, saya pernah terjebak, tup2 saya pulak yang di kotak katikkan nama. Aduhaiiii.

    ReplyDelete
  13. Salam AA,

    Bagi kak Ratna, semestinya beradab sopan tatkala menunaikan fardhu solat secara beramai dan kepada barangsiapa yang berbual dengan suara yang sederhana/terkuat sedangkan ruang tersebut kecil namun masih boleh menganggu kekusyukan solat tersebut oleh itu hukumnya haram,... apatah lagi sedangkan berzikir dengan kuat hukumnya makruh karena ketenangan nan murni dipinta ditempat ruang rumah Allah supaya suasana beroleh kedamaian yang aman tenteram bagi melaksanakan solat yang sempurna... seperkara lagi bersolat ditempat ruang kawasan pekerjaan/office sudah tentu banyak perkara yang akan bersimpang siur diminda tatkala menunaikan fardhu solat, oleh itu kerjasama dari pehak yang sudah selesai solatnya seharusnya meninggalkan tempat beribadah dengan segeranya bagi mengelakkan apa sahaja gangguan yang tidak disenangi...

    Kepada "sorang salah tegur dan sorang tak boleh kena tegur" keduanya mereka telah bersikap "biadab" (maaf dipinta dengan ayat yang kasar) semasa kejadian menegur dan yang ditegur menjawab karena telah mencemari tempat beribadah yakni rumah Allah dengan sewenangnya menimbulkan cebik-mencebik/persengketaan diantara satu sama lain dan pada keseluruhan keadaan ruang beribadah sudah menjadi tempat yang keruh bukan jernih sepertimana yang sepatutnya adalah ruang yang menjaga keimanannya...

    AA, diam mungkin berarti "sabar" namun jikalau AA berhasrat untuk mengemukakan penjelasan supaya yang keruh menjadi jernih seharusnya AA bentangkan bagi mendamaikan hati kepada semua yang terbabit... ini lah masanya kita sebagai muslimah yang beriman teguh membela keharmonian bersama ketika berada ditempat untuk beribadah.
    Jangan mundurkan diri didalam "ignorance/kejahilan, kebodohan yang keterlaluan atau ketidaktahuan" yang ketara walhal lebih elok diperbaiki dengan warasnya.. !


    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
  14. Kerana mulut badan binasa. Aduyai segan kt adik2 yg muda2 tu. Sepatutnya kakak2 senior menunjukkn cobtoh yg trbaik. Barulh adik2 junior respect....

    ReplyDelete
  15. Hu2..x pasal2 azie lak yang dikaitkan sekali yea..

    ReplyDelete
  16. kata2 kalau terlepas, mmg payah.. boleh jadi gaduh..

    spaghetti dominos memang tak sedap.. hee

    ReplyDelete
  17. masya-Allah .. kat surau pun ada kejadian tembak menembak .. nasib baik tak bertarik rambut. rasanya kat mana-mana surau kejadian seumpama itu biasa terjadi mungkin oleh sebab musabab yang berlainan.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails