Thursday, February 20, 2014

Bila kita jadi terkenal...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
20-02-2014


Samada dikenali ramai atau setakat dalam kelompok kecil, kita tidak dapat mengelak dari dikenali orang. Samada dikenali sebagai hebat atau biasa-biasa, itu lebih baik dari dikenali dengan nama/rekod yang tidak baik.

Berada dalam dunia canggih hari ini, teknologi bergerak sepantas angin, dan media sosial menjadi kehidupan kita siapa yang boleh mengelak untuk tidak dikenal orang. Setidak-tidaknya dalam kelompok yang dia suka.

Selepas itu, hampir pula kita tidak dapat mengelak orang mengetahui tentang diri kita. Sedikit latar belakang kita, then peribadi kita dari masa ke semasa.

Lalu bersedialah untuk menerima samada orang suka, tak suka, benci, rindu termasuklah meluat menyampah dan dengki lalu khianat.

Memahami perangai manusia berbeza-beza dan tidak semua akan serasi, fikiran harus positif bahawa sesiapa yang tidak suka itu adalah masalah mereka sendiri. Yang dengki khianat atau cemburu lalu membawa dendam itu adalah ujian dari NYA untuk mereka berperasaan sebegitu.

Isu apa sebenarnya?

Ada orang cuba berkhianat kepada orang lain yang pernah menjadi sahabat baiknya selama bertahun.

Benar. Bila berbaik bertahun sekali pun, ketika hati sudah marah dek kerana beberapa sebab yang tidak dapat dipenuhi, lalu segala keburukan direka dan didedah dalam masa sehari sahaja lalu menutupi segala kebaikan dan pengorbanan selama bertahun itu.

Tidak adil tapi itulah yang selaaaaaaalu terjadi. Selaaaaalu kita jumpa.

Be positive.

Saya masih bertahan walaupun sudah 2 minggu berturut kerja sehingga 8:00pm setiap hari. Bak kata kawan ‘jahat’ saya: “inilah masanya nak tunjuk apa yang kita boleh buat, apa yang mampu kita berikan kepada syarikat.”

Tayang-tayang:

Cincin baru saya. Hanya RM5.90.





 ~...Mak Utih melarang keras SERI BULAN menyahut cabaran sendaan dari HISYAM kerana itu bukan sahaja nampak mengarut tetapi juga dianggapnya sebagai melalut apatah lagi sejak mengenali mereka dia sudah mahir dan cekap lenggok cakap HISYAM yang mana gurau yang mana perlu diluah di surau, dan juga rentak lawak mereka yang mana perlu digelak yang mana perlu dielak...~




25 comments:

  1. salam k.azieazah….saya baca n3 akak harini mmg kepala hangguk2 (setuju). btw bg pendapat saya tak kira zaman moden dgn teknologi canggih @ zaman batu kuno pun kak tapi dah mmg namanya manusia. sejak azali syatian dah berikrar nak cari pengikut dia ramai2 sebelum kiamat. so mmg tak heran laaaaaaa ramai yg bila utk jd pengikut syaitan. kalau bab putuskan silaturahim@tikam belakang etc tu bukan saja kawan2 kak malah adik beradik pun ada. kalau dah hati tu busuk mmg takleh nak bersihkan lagi dah. sabar ye k.azie…...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rostina. Silakan masuk.

      Dalam keluarga, memang tidak dapat dinafikan, semakin masa berubah hati perut ikut berubah sama. Kadang tu macam tak percaya jer kan. Masa kecik bukan main akrab tapi bila masing2 berkeluarga dan dewasa, sifat hasad dengki pulak yang ada.

      Delete
  2. Ada pro n kontra disitu..huhu.. Sebaiknya..dlm apa jua keadaan kita jadi sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk menjadi diri sendiri memang tidak pernah susah bagi orang yang tidak kisah hal sekelilingnya. Itu lebih baik dari kita pura pura nak jadi macam orang, nak tiru atau nak klon orang.

      Delete
  3. Up sket ye kak rege cincin tu?

    Dunia ni kecil je kak. Pi mai pi mai tang tu jugak la orang yang kita jumpa dalam kelompok kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM5.90 tu harga biasa bagi Kak Azie. Lain batu lain harga la. Dulu cuba cari cincin yang batu Korea lebih shining dan tahan lama, tapi tak jumpa lagi.

      Yup, dalam kelompok kita kadang orang tu lupa dia mengata kita pastu cerita pada orang lain, dan orang lain tu plak cerita balik kat kita. Berpusing pusing.

      Delete
  4. Jauhkanlah sikap itu dari kita semua..

    cincin tu cantik, nampak macam keronsang pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali pandang macam keronsang kan. Designnya memang macam keronsang.

      Delete
  5. Cincin ganti yg purple hari tu ke?

    Tak pe kerja keras kumpul duit bila sampai time cuti kita cuti betul2 sebab duit dah terkumpul...kita enjoyyy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Memang nak ganti yang pepel patah hari tu. Try kaler merah pulak la.

      Ahaaa. tak sabar nak bercuti nih!

      Delete
  6. Lumrah kehidupan...begitulah. Kecewa, tapi itulah yang menarik kita kembali ke dalam dakapan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bila kita berbalik kepada NYA, semua hasad dengki orang tu anggap kecil saja laaa.

      Delete
  7. dah lama tak pakai cincin macam tu....
    manusia nie hatinya tak boleh nak dibaca......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai cincin ni pun ikut mood juga. Kalu rasa nak melaram, memang pakai la.

      Delete
  8. Cantik cincin azie walaupun harganya tidak beribu2.

    Sudah menjadi lumrah manusia mudah lupa kebaikkan orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ribu ribu tu tak mampu la pulak saya Kak Zai...

      Delete
  9. alangkah susah mencari kawan, kebaikan kita disoroknya, bahkan didengkinya pula, kejahatan dicanang merata-rata... ( kata mursyid saya yg sangat tepat )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan la seramai mungkin. Tapi dalam kadar seadanya. Jangan berlebihan mendedah kisah peribadi.

      Delete
  10. salam. kalau org x nak kwn dgn kita biarlah dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abe. Takpa. Ramai lagi orang lain nak berkawan dengan kita. kan?

      Delete
  11. cam x cukup pepel la kak azie cincin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kaler merah. Sekarang nak try kaler merah pulak.

      Delete
  12. aman sekarang kak adik beradik pun boleh saling menganiaya.nikan pulak kawan..

    ReplyDelete
  13. kak... sy diduga spt diatas (sebijik cam akak taip) cuma sy tak reti nak positif sgt... wlpun tak balas apa dia buat tp hati seakan menyuruh sy balas... maih dlm mode menahan diri.. cuba sabar dan cuba senyum.. huhu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails