Saturday, November 20, 2010

Hai Hati, Hai Isi, Hai Tulang...

Memenuhi hasrat untuk merasakan kepuasan makan Sup Tulang, tadi menu makan malam:


Sup Tulang, daging korban. Tidak malu untuk mengaku, memang sedap.


Hati lembu ada sikit, buat Goreng Kunyit jer. Aku sorang jer makan, sebab rakyat serumah yang lain tak mo layan.




Kisah sisipan:
HISYAM sudah selamat kembali menambat perahu koleknya di pangkalan, senja tadi. Memikul buah tangan dari seberang sungai, sebelah hulu tidak jauh dari Segenting Kra.

SERI BULAN tidak sanggup menunggu kerana tibanya di kala senja, takut kena sorok oleh hantu “Ngangkung”.


~...perginya tidak lama, pulangnya kala senja membawa ke malam, meninjau kelibat pun susah, apa lagi hendak melihat bayang: keluhan rindu seorang SERI BULAN...~



17 comments:

  1. ckZahan baru saja goreng daging korban. taruk garam kunyit macam Azie buat hati goreng tulah, sebijik!


    ...anak semua layan air tangan abah mereka. cklah punya asam pedas tetel, mereka tak nampak pun. Huhu

    ReplyDelete
  2. CKLAH > Sebenarnya pernah gak I buat goreng daging mcm tu, paberet My TOKLAKI..

    Sebab hati tu sikit benor, campak2 jer dalam kuali tadi.:)

    ReplyDelete
  3. salam azie..sup tulang memang menjadi fav. seisi rumah.orang kata daging korban ni rasanya sedap n 'manis' tak seperti daging biasa.

    ReplyDelete
  4. Kambing tak ada ke? Kat sini dah dua hari berturut-turut makan kambing. I like...!!!

    ReplyDelete
  5. ehem2 tok guru...share resipi please...anak guru perlu banyak belajar lagi spya mak guru tak risau...hehehehhe

    ReplyDelete
  6. Azie...
    Terliurlah pulak malam2 menengok ni...menu esoklah

    ReplyDelete
  7. Hih! ganaz btol soup awak Azieee...
    kita pun dpt daging korban, harus esok ku korbankan jua menjadi soup!
    terimakasih entry yg membina idea ni ya.

    ReplyDelete
  8. azie...
    kami di melaka pun baru hari ini buat Qurban. Makanya puaslah kami makan sup tulang dan daging masak asam... memang sedappppppp......

    ReplyDelete
  9. saye belum lagi masak lg..dah beku kat peti ais tu...

    ingatkan esok jer la nk masak daging korban tu..

    ReplyDelete
  10. salam,
    Mintak sup semangkok...macam sedap je ;)

    ReplyDelete
  11. MAKCIK MERIAM > Daging korban ni kalu terus dimasak, memang sedap dan manis, sebab segar belum masuk peti beku.


    KHAYALKHAYAL > Ini tahun takda kambing la. I like kambing too.

    ReplyDelete
  12. HAMIZAH > Layan mata jamu maya jer lah yerrr...:)


    NORASHIKIN > Pengerasnya kain baju raya 4 meter. Harharhar!

    ReplyDelete
  13. CIKGU NORMAH > Oh nak masak esok ya. Elok tu, keluarga berkumpul di musim cuti. Makan sakan-sakan.


    QUEENIE > Ganaz macam tukang masak. Hehehehe

    ReplyDelete
  14. AKAK > Selain masak sup, kalu buat Daging Bakar/Panggang pun sedap gak. Buat lak Sos BlackPepper... Perrrh!


    AINNORAINI > Jangan biar beku lama sangat, nanti dah tak manis lagi, ilang seri. :)

    ReplyDelete
  15. ANYSS > Kalu dah sedap, semangkok mana cukup...:)

    ReplyDelete
  16. Seorang ustazah pernah pesan, elakkan beri makan anak-anak,organ dalaman ni.Saya sendiri pun tak makan juga...Wallahualam

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails