Wednesday, June 8, 2011

“Jangan Baca Blog Aku...!”

Salam
08-06-2011
pagi Rabu yang mendung...


*sebuah entri berjadual, akan muncul ketika aku sedang bekerja.



Selalunya kita akan fikir, siapa yang akan buka dan baca blog kita? Ramai orang menulis juga tentang golongan sasaran yang mereka inginkan untuk menjadi pembaca tetap, seterusnya follower forever!

Masing-masing ada alasan tersendiri. Malah ada yang sanggup buat ayat copy & paste seperti berkempen supaya blogger lain masuk blog dia, follow dan komen selalu.

Semua itu perkara biasa yang tidak mengganggu. Alirannya memang begitu.

Tapi siapa pula yang anda TIDAK mahu dia masuk baca, atau paling utama TIDAK mahu dia tahu anda ada blog, or TIDAK mahu orang-orang tertentu tahu blog itu kepunyaan anda?

Seperti;

1. seorang isteri/wanita yang ada blog, tidak mahu suaminya/kekasihnya tahu dia ada blog kerana nanti tidak privacy untuk dia menulis tentang perasaan — ramai juga yang sebaliknya, sengaja hint bila ndakkan sesuatu. Sekadar mengusik pasangan.

2. seorang guru yang berahsia tentang blognya, tiada gambar wajah di profile, tiada cerita tentang kerja or sekolah kerana tidak mahu anak-anak murid membuat tanggapan or bercerita or menjadi bahan gossip di tempat cari makan. Seksa juga tu... — tapi ramai guru menulis perkara positif dengan niat mendidik dan berharap anak-anak murid memahami perasaannya pula di luar sekolah.


Penghargaan: Cenderahati kenangan dari seorang blogger yang selalu ke Kota Kinabalu, Sabah.


3. seorang blogger biasa, yang sangat biasa, merendah diri dan tidak mahu dikenali. Low profile. Tidak suka rakan-rakan sekerja mengetahui apa juga penulisannya di luar. Menjadi orang lain dalam blog dan berbeza dengan apa yang dilihat orang semasa bersama dalam pejabat. Membina jaringan persahabatan lebih dengan orang luar secara santai dan menjaga profesional sahaja di tempat kerja — AA lebih kurang kategori ini, tapi bukanlah merendah diri pun, sebab dia memang dah rendah!.

4. musuh anda! Anda ada musuh? Musuh perniagaan kerrr... musuh kerana pernah “ter”rampas boipren/girlfren orang ker? Atau pernah bermasam muka dengan sesiapa dalam keluarga? So bila anda ada blog, tentulah anda tak suka orang-orang tertentu masuk baca kerana BIMBANG akan dijadikan bahan untuk dijaja keluar dan merebakkan fitnah — ini banyaaaaaaaak sekali berlaku. Istilah paling tepat: benci tapi rindu. hahahahahaha!

5. STALKER..!
Aku tak tahu nak huraikan jenis pengendap maya ni. Apa tujuan depa? Peminat rahsia @ secret admirer? Atau diupah oleh seseorang? (macam selebriti plak). Atau dia mengumpul maklumat tentang seseorang, kemudian disampaikan kepada orang lain dgn niat nak menfitnah atau membawa cerita. Saja nak buat bahan gossip. Alaaa... macam cerita ABCD—XYZ tu berpusing balik macam boomering, sehinggakan masuk ke sms, “aku disuruh baca blog AA hari ini kerana dia menulis pasal aku..!” Satu entri penghargaan yang ditulis diharap akan dibaca, kan?


Kesimpulan, lebih ramai orang bimbang golongan yang tidak ingin menjadi pembaca blognya berbanding dengan siapa yang nak baca. Tapi semua itu boleh saja kita elak, bila kita menulis perkara-perkara yang tidak menyentuh perasaan sesiapa pun, terutama jangan sebut nama sesiapa. Kalu nak lepas geram, buat blog private!


*jika ada yang hendak ditambah dalam senarai, silakan....


~...seorang blogger AA hanya berani mengulang-ulang nama SERI BULAN dan HISYAM sahaja kerana dia begitu pasti pasangan itu tidak pernah curiga atau meragui, sebab begitu asyik menjaga sawah yang menguning, kambing nan sekandang dan lalang yang meninggi...~









38 comments:

  1. Kakak rasa brooch tu mesti kakcik yg bagi. Cantik... seindah bahasa blog AA tapi lama ketinggalan sebab kakak baca masa siang hari je.... Malam kena belajar sama dgn anak-anak....

    p/s: banyak N3 teman yg publish malam kakak tidak dapat ikuti.

    ReplyDelete
  2. saya ni telus aje..
    suami,anak2,murid2,teman2, sedara semua saya welcome untuk singgah..bukan ada apa pun, merapu jer lebih.

    ReplyDelete
  3. paling takut yg 4 dan 5 tu..huhu

    ReplyDelete
  4. AA saya kat no.3 kut.
    Paling tak suka kalau blog dijadikan platform untuk maki hamun, mengata, mengumpat dll yang sengakatan dengannya.
    Paling suka blog perkongsian ilmu.

    Psstttt suka kat blog ni kerana dot..dot..dot..

    ReplyDelete
  5. Jawab dulu komen kakzakie:

    BROOCH ITU BUKAN KAKCIK YANG BAGI SEBAB KAKCIK BUKAN SELALU KE KOTA KINABALU!

    Kalau ada pun, kakcik hanya mampu beri FM sahaja. :(

    Kakcik mungkin masuk dalam kategori no : 3. Agak2nya adake ofismet kakcik yang baca blog kakcik, ek?

    ReplyDelete
  6. tidak pernah menjadi orang lain, tidak pernah jugak cuba menukar identiti kerana aku tetap aku...sentiasa menjadi Junaina tak ubah pun jadi Junainah M Amin walaupun nama memang diilhamkan dari nama beliau...hihihiii...

    ReplyDelete
  7. konon2 saya nak jadi blogger misteri. tapi makin lama makin tak misteri. hehehe~

    ReplyDelete
  8. saya ni blogger hapa??

    he~~saya blogger stalker~~ble??

    ReplyDelete
  9. No 4 dan juga tak mahu kwn2 opis baca..pengalaman lalu(blog idalara) memberi banyak pengajaran supaya rahsiakan blog baru ini dr mereka...jika baca saja tkpe tp lepas baca dok mengutuk di belakang..tu yg tak sanggup tu..

    ReplyDelete
  10. bagus entry ni. suke! :)

    sy rasa sy no.4 sbb tu takde satu pun gmbr muka sy dlm blog. hehe. tak mau dikenali memadailah kawan2 yg rapat saja. itupun asalnya blog tu sape pun tak tau tpi tulah pusing2 kat situ jgk..stalker pun ada tapi lantaklah, biar dia sakit jiwa sorang2..haha. jumpa org yg pelik2 pun ada tp itulah manusia, mcm2 pesen dok ada. layan~

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    Opsssss! Saya sangat teringin gila-gila nak jumpa blogger ramai2, namun...saya tak mampu nak kawal blogger lain dari letak muka saya yang tak berapa nak comel ni kat blog mereka.

    Blog saya boleh dibaca sesiapa sahaja, namun...tak berapa nak berkenan muka kena tampal merata. Tak suka glamer sebenarnya ...risau kot ramai yang berkenan ;)

    ReplyDelete
  12. salam.......tumpang lalu.... ada brooch cantik nampak........Orang rumah saya asal aja ternampak benda tu pasti dia singgah... kekadang macam badge sekolah pulak, tepek kiri kanan dan bawah dagu

    ReplyDelete
  13. Setakat hari ini blog kak Zai tak ada halangan bagi sesiapa yang nak baca cuma kadang2 bila jumpa kawan2 diorang ceritakan pada yang belum baca,malu pulak rasanya hehe....

    ReplyDelete
  14. Dulu saya fikir 1000 kali samada nak dedahkan identiti tak(termasuk gambar) masa ber blog..

    Akhirnya, saya berpendapat, saya mahu jujur menulis, dan harapnya dapat berkenalan dgn kawan2 blog yang juga jujur..

    ReplyDelete
  15. haiyaaa apa pasat wa punya komen sume tarak kuar... haishhh nak sambung tido laaa

    ReplyDelete
  16. Pada mulanya memang nak rahsiakan kewujudan blog..akan tetapi telah dapat dihidu bos..adoyaaii..so,sekarang apa2 pun kena tapis..malu lah..!

    ReplyDelete
  17. harapnya tiada rakan sekerja yg baca lebih2 lagi boss

    ReplyDelete
  18. banyak kategori rupanya.... saya main bantai jer. tak kisah sapa nak baca, sape nak komen pun tak kisah. tapi kalau komen keterlaluan saya takkan siar.

    ReplyDelete
  19. KAK ZAKIE:
    Saya waktu siang memang sendat masa untuk blogging. Biasa online petang lepas kerja dan malam. Itupun ikut mood.



    KAK HANI:
    Merapu pun syiok gak. Saya suka merapu.



    KALAMHATI:
    Takpa. Menulis jujur tiada apa yang nak kita takutkan.

    ReplyDelete
  20. KAK SAM:
    Yang dot dot dot tu nanti bisik yerrrrrr....



    KAKCIK:
    Kak Cik bagi saya FM pun banyak ritu. Terimakasih KAKCIK. Ingatan itu penting buat saya. Harga lain cerita.



    JUNAINA:
    Ahaaa... penyanyi Junaina M Amin tu dulu top tauuu.

    ReplyDelete
  21. GADISBUNGA:
    Pasni turn balik jadi misteri. hehehe nanti terus diselubungi misteri.



    BUJAL X:
    Stalker gatai?



    NYANYISUNYI:
    Belajar dari pengalaman. Sekali sekala ok la sabar, lama-lama seksa gak, kan?

    ReplyDelete
  22. FATT:
    Stalker ni jenis orang yang suka perhatian jer. Lagi dilayan, lagi dia suka.
    Jika selesa tidak dikenali di luar, teruskan. Hak kita, kan?



    ANYSS:
    Salam.
    Jadi blogger low profile pun best. Bebas jer nak jalan mana suka. Takda orang nak bergambar macam selebriti, kan? hehehe



    PANGLIMA MUDA:
    Amboiii komen pasal brooch pulak.. hehehehehe
    macam badge sekolah? Lawak ler abang nih

    ReplyDelete
  23. KAK ZAITUN:
    Kalu setakat usik mengusik, takpa ler. Kita malu bila ada yang tergamak perli-perli tu.



    DADDY ZIYYAD:
    Jika 10 orang tidak jujur dengan kita, ada lagi beribu orang yang jujur. Don’t worry!



    ICE:
    Belum mandi ler tuh? Mandi dulu baru komen.
    Tido la sampai esok pagi.

    ReplyDelete
  24. SI PARA-PARA:
    Serupa tang mana tuh? Tang kerendahan tu kah? hehehehe



    SITI MURNI:
    Pasni tak bleh la nak kutuk-kutuk bos lagi, kan? hehehehe



    IBU INTAN:
    Kalu terkantoi, mesti bos senyummmmm jer, kan?



    EELOBOR:
    Elok juga ada verification tu. Bleh tapis komen yang tidak dikehendaki.
    Semalam Kak Azie tengok video budak yang nyanyi dalam Korea competition tuh. Nangis youuuuuuu!

    ReplyDelete
  25. tak pernah berahsia ada blog sendiri, kecuali kalau orang tak tanya, tak delah ngada nak beritahu.. :)

    sedaya mungkin saya menulis dari sisi positif, tetapi kekadang bertempik juga, cuma tidak disebuat nama sajalah...

    ReplyDelete
  26. suka dengan seadanya..
    suka dengan diri dan sahabat yang selalu berkunjung ke blog ayu..

    dan.. nak gak mencelah antara tahap yg kak AA senaraikan...
    tapi tak tau nak pilih y mana......

    PS; hanya hisyam dan seri bulan dihati ini...

    ReplyDelete
  27. kak AA. cantik brooch tu.. :)

    saya ni macam always in between.
    kadang nak org tu baca, kadang tak nak org tu baca. lebih kurang mcm tu la... at the same time, saya tak nak dikenali sangat, tapi saya tidak mahu berselindung sangat. transparent la kiranya. tp to be in between is not easy.... and almost IMPOSSIBLE.

    ReplyDelete
  28. best entry ni... saya masuk kategori mana eq..?? ermm.. hihi.. saya anggap blog ni sebagai diari.. tapi diari yang xprivacy.. huhu.. seronok berkenalan dengan blogger lain..:)

    ReplyDelete
  29. Boleh buka fakulti baru kat universiti ni...

    ReplyDelete
  30. entah ya! Tapi saya tiada rahsia. Sesiapa pun dipersilakan untuk membaca blog saya. Suami, anak2, emak, ayah, sedara mara, kawan2 yang kenal alam nyata, rasanya tiada rahsia. Sebab itu bila menulis saya berjaga2 juga, tidak mahu mengguris mana2 pihak yang membaca...

    ReplyDelete
  31. saya penyinggah yg jarang2 berkunjung..hehe

    ReplyDelete
  32. CIKGU NORMAH:
    Bila menulis, kita juga carry identiti sejati kita. Tentulah nak jaga, kan?



    AYU:
    Elok juga berada dalam keadaan neutral. Tidak cenderung mana-mana.
    *uikkk?



    EFFA SAHAT:
    Transparent itu pun antara yang terbaik. Between tu bergantung pada keadaan tertentu juga, rasanya. Kan?

    ReplyDelete
  33. CIKGU MIZI:
    Blogger lelaki jarang menulis tentang perasaan. Kebanyakan blogger lelaki lebih banyak menulis fakta.



    KHAYALKHAYAL:
    Sapa agaknya pensyarahnya?



    YUS:
    Bila tiada rahsia, semakin banyak hati yang perlu dijaga.

    ReplyDelete
  34. LORD ZARA:
    Sila. Baca boleh, usik jangan. hehehe



    HAMIZAH:
    Jarang-jarang pun, tapi kehadirannya tetap dinanti. :) Terimakasih.

    ReplyDelete
  35. salam kenal,
    saya baru belajar2 tulis blog, umur dah meningkat baru nak ikut perkembangan....punsama, saya rahsiakan nama dan takmahu kawan2 sekerja tahu kecuali yg rapat sahaja...takmahulah , takut nanti ditertawa....yg penting suami & anak2 tahu dn bagi sokongan...mailah ke blog saya, belum ada kawan ramai lagi...

    ReplyDelete
  36. TIRAIHATI:
    Salam kak. Terimakasih. Sila masuk.

    Untuk dapat ramai kawan, kita sama-sama belajar menjadi blogger yang baik yerrr..
    Nanti saya listkan blog Akak.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails