السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
29-11-2012
Dah Khamis? Time flies.
Selamat bercuti kepada yang sedang bercuti dan akan pergi bercuti nanti. Nikmatilah percutian anda dengan sebaiknya, kerana setiap orang berhak untuk menikmati cuti dengan berehat dari memikirkan perkara utama selama ini iaitu kerja.
Saya melupakan hal kerja bukan sahaja waktu cuti, tapi bila kuar saja dari pintu opis memang jarang saya dok ingat apa pun pasal kerja saya. Lagipun kerja saya tak memerlukan sangat saya nak fikir atau nak bawak balik ke rumah. Semua boleh tinggal di atas meja. Jarang saya terpaksa sambung buat kat rumah.
Semalam, MyManager bercakap panjang dengan saya, dalam sesi “meluah perasaan”. Tentang apa yang dia rasa, kekesalan, kekecewaan. Tidak banyak lagi kegembiraan dan keseronokan bagi dia. Saya tadah telinga, kerana saya dan dia berbeza. Saya level kuli, dia level management. Tentulah kehendak saya dan kehendak dia tak sama.
Kesimpulan, saya sebut: Jangan fikir sangat kelebihan yang dinikmati majikan. Saya sendiri tutup mata sebelah dan tutup telinga sebelah dengan kerenah bos saya yang berdua itu. Saya tidak mahu kerenah mereka itu mempengaruhi graf kerjaya saya. Balik ke rumah saya lupa pasal apa yang saya lihat dalam opis. Selagi kita membandingkan, selagi itu kita rasa geram dan kecewa.
Tayang-tayang:
Lunch saya semalam. Sekeping cukup. RM2.99
Selagi saya bergerak Lone Ranger sepanjang di area kerja, saya selesa. Saya selesa kerana kerja saya mengikut rentak saya sendiri tanpa perlu menunggu orang lain. Selaku orang matang, saya harus tahu apa yang saya perlu usahakan untuk menjadi pekerja yang baik dan mengikut kehendak semasa.
Jangan merumitkan keadaan dengan merumitkan diri sendiri. Saya tidak suka memberi peluang kepada bos saya bercerita panjang lebar tentang benda yang tiada kaitan dengan kerja. Saya tidak pernah beri ruang untuk diri saya duduk lepak dengan mereka semata-mata untuk dengar cerita dia semalam semalam dan semalam. Cerita tentang adik beradik dia. Cerita tentang rumah baru dia or sofa baru dia. Tiada kesan kepada saya pun.
Baik saya layan lagu di radio saya atau layan FB di hp saya!
~...sudah lama meninggalkan gitar tidak dipetik talinya, HISYAM mula merasakan rindu itu bukan sahaja kepada irama yang pernah tercipta tetapi juga kepada insan yang pernah ada sebutan dalam irama itu sendiri...~
























