Wednesday, November 28, 2012

Konvo ke-77 UiTM: Kami berhak untuk bangga, dia layak untuk dibangga...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
27-11-2012



Ni citer semalam, 26-11-2012.

Akhirnya, selesai sudah Sidang Kelima, majlis istiadat Konvokesyen UiTM, ke-77.

Alhamdulillah, Dak AMOI berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian Kelas Pertama — ada satu semester dia tergelincir sikit, so terlepas nak dapat ANC lagi seperti masa Diploma dulu.

Kami tiba di Dewan Agong (dewan baru) seawal jam 7.00 pagi. Dapat masuk awal dan duduk di L1 berdepan dengan pentas.

Dak AMOI dapat giliran nombor 80 (giliran mengikut kelas kepujian). Graduan Fakulti Perakaunan adalah yang paling ramai. Dibahagi kepada 2 Sidang. Syukur kami terlibat Sidang sebelah pagi. Itupun jenuh menunggu kira-kira 1,178 orang graduan selesai menerima ijazah/diploma masing-masing.


Dalam dewan, ketika ucapan Pro Canselor, seorang ibu di sebelah saya sempat berbisik, “Dulu masa saya grad, dia juga...” Saya faham dia sangat bangga bila anaknya kini meneruskan legasi, naik pentas menerima Ijazah. Tapi saya pula tidak mahu anak saya meneruskan legasi saya yang tak berapa pandai ni.

Saya anggap dia merintis jalan mengubah kehidupan. Kehidupan kami.


Alhamdulillah, laluan dia agak mudah sejak sekolah rendah lagi. UPSR dengan 5A, melayakkan dia ke Sekolah Aminuddin Baki, sebuah sekolah yang hanya mahu 5A sahaja. Kemudian dengan result PMR 9A dia ditawarkan ke MRSM, Taiping. Dan dengan SPM 10A1, dia terus di UiTM Shah Alam (sebenarnya dia layak untuk ke oversea juga lain-lain kursus profesional seperti Medic or Engineering, tapi kerana tidak mahu memaksa anak-anak, kami ikut saja keputusan dia yang dibuat sendiri untuk ambil kursus Accounting). Menyelesaikan Diploma hanya 2 tahun dan Ijazah juga 2 tahun, sebab dia dapat Fast Track. Berdikari sejak di Tadika lagi, sebab dia sudah berani tinggal di rumah sensorang lepas balik Tadika sementara menanti kami balik kerja.


Walau saya tahu, saya sedar sangat ramai di luar sana, anak orang lain lebih pandai, jauh lebih cemerlang dan gemilang serta terbilang, saya tetap mahu menulis sesuatu tentang hari bersejarah semalam. Kenapa tidak, kan? Cebiklah jika meluat, tapi saya sebagai ibu yang melahirkan dia, saya berhak untuk merasa kebanggaan seperti ini. Syukur.

Nur Laily Azwa, seluruh ahli keluarga especially Mak & Ayah, we’re so proud of you!


Sekian terimakasih.... (lap airmata)





~...ketika hujan renyai memberikan irama bukan padang pasir dari cucur atap bangsal menunggu durian, SERI BULAN sedar tidak mungkin sejam dua mereka terkepung di situ sedang HISYAM masih tidak nampak kelibat datang, lalu Mak Utih nekad untuk melangkah meredah rumput berpacat...~



 




43 comments:

  1. ALHAMDULILLAH....
    ( Dah kering air matanya Azie..)
    Memang harus Azie berbangga...
    untuk Dak Amoi
    dan untuk adik2nya.
    Tahniah buat Azie dan Dak Amoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akakkkkk.....! Terimakasih Kak!
      *mujur saya ingat nama kedua Akak ni. Sebenarnya, akak boleh gunakan nama profile yang sama juga utk 2nd akaun, asalkan nama setting beza.

      Delete
  2. lebiuuu very strong laa dak AMOI... hahahaa chiiiillllll ler makkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dok chill ler niii... tapi kalu ko dok gelak panjang kat sini, chill tu boleh jadi chilli tau!

      Delete
  3. Tahniah dak amoi! Smbglah lagi utk mqster lak. Hehehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cita-cita tu memang ada, tapi buat masa sekarang tumpu pada kerja dulu.

      Delete
  4. Tahniah Dak Amoi & tahniah gak utk kak Z yang berjaya didik Dak Amoi :-)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Saya mewakili bangsa Melayu & agama Islam, bangga gak dgn dia...sangat2 bangga.

    ReplyDelete
  6. tahniah Dak Amoi....tumpang bngga dgn kejayaannya...

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada laily azwa atas keputusan cemerlang juga tahniah atas berkat kesabaran ibu dan bapa membesarkan sebutir dari 6 intan permata yg akan menyinari alam fana ini. *kini ianya bermula* pelita minyak tanah ke lampu limpah* aminn

    ReplyDelete
  8. Emm...di hujung cerita i pun turut lap air mata..tumpang bangga dgn nur laily azwa... :'(....
    dan tumpang bahagia utk u jgk
    Tahniah buat u suami istri n laily azwa jgk

    Sama laaa i pun taknk anak2 ikut jejak i yg tak habis belajar nii...

    ReplyDelete
  9. Kakcik tumpang bangga meskipun anak2 kakcik sendiri belum ada yang seberjaya Amoi. :)

    ReplyDelete
  10. touching betoi tang ayat last tu...

    tahniah tahniah tahniah utk dak amoi... semoga berjaya membalas penat lelah mak & ayah juga menjadi role model pada adik2 yg masih belajar...

    ReplyDelete
  11. Salam AA, sambil lap airmata (gumbira didalam diam...)dari jauh nun disana, Ratna mengucapkan terdahulunya buat AA&Suami sejambak Tahniah juga se-bouquet Tahniah cemerlang nan gemilang sesungguhnya dengan anugerah kelas per-1 yang diraih oleh Laily Azwa, seribu Tahniah dari tante Ratna...

    sesiapa yang mampir ke-blognya AA dengan menjuih cebikan&meluat bermaksud mereka tersebut tidak tahu bersedekah dengan seikhlasnya dan bersikap pemurah setulus hati bukan amalannya, biar kan lah mereka digelumangi sebegituan sikap angkuhnya,walhal ajaran agama sudah digengam erat... bagi Ratna sebagai seoarang Ibu, AA begitu mutlak berhaknya merasa bersyukuran lantas tercuit kebanggaan yang berbunga-bunga, Alhamdulillah...

    Salam manis semanis madu.

    ReplyDelete
  12. Tahniah kak. Hadiah yang paling bermakna untuk kedua ibu bapa. Moga anak2 akak akan terus sukses.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah... tahniah, memang...berhak untuk berbangga dan dibangga... bukan mudah jalan yang dilalui. moga dipermudahkan laluan dimasa akan datang

    ReplyDelete
  14. Nur Laily Azwa - tahniah kerana berjaya menyejukkan perut ibu anda dan mengukir senyuman yang lebih manis di bibirnya. :)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...sekalung tahniah untuk anakanda Nur laily Azwa... tahniah untuk mak dan ayah...mak Q pun tumpang berbangga (lap airmata juga)....

    biarlah apa org nak kata azie...tp rasanya takder yg akan mengata...hakikat dah terbentang di depan mata...kan?

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, tumpang seronok atas kejayaan Nur Laily Azwa. Tahniah buat dia & kedua ibu bapanya jugak :)

    ReplyDelete
  17. Tahniah Amoi, AA dan jugak keluarga.. Makchaq tumpang bangga dengan kejayaan Amoi..

    ReplyDelete
  18. nah tisu, kak azie... sy pon terharu neh. rejeki Nur Laily Azwa@Dak Amoi... org yg ada bakat dari kecik dah nampak. bole tubuhkan kelab 'fast track' neh. ahli2nya Azri (anak bongsu uncle dato' abdullah), wana (the only doter of kak azwa kamar) n dak amoi...eheehhehe

    ReplyDelete
  19. assalam akak..tetiba rasa nak kongsi sapu tangan...dil pun tetiba sebak....sob sob..perasaan seorang ibu kak...mmg kita akan bangga dengan anak kita..dil yg baru punya anak 2 tahun 8 bln dn 4 bln ni pun kalau dia buat sesuatu yang buat kita bangga rasa nak terbang dah dah,ni kan pula akak.mabruk alaik amoi....semoga terus berjaya dalam dunia pekerjaan pula...

    ReplyDelete
  20. Tahniah Azie...apa yang lebih membahgiakan selain kejayaan anak2...ketika mereka berhempas pulas menuju puncak sudah tentu dibelakangnya berdiri teguh tiang sokongan yang tak mudah patah iaitu ibubapanya...tahniah dak Amoi...dan tahniah sekali lagi untuk Azie.

    ReplyDelete
  21. Tahniah...dia mmg layak untuk dibanggakan...U should be a proud mom. Tiada apa yg lebih membahagiakan kita selain dr keputusan cemerlang anak2...TAHNIAH tu you too.

    ReplyDelete
  22. Azie
    Tahniah tahniah tahniah.. (tumpang gumbira dan tumpang kesat airmata dipinggiran).

    Tak salah you berkongi kegembiraan atas kejayaan anak2 bersama kawan2 disini sekiranya mereka benar sahabat waima dialam maya sekali pun. Sahabat tidak akan mencebik dgn kejayaan sahabat.

    My Amoi sedang menyiapkan diri untuk examnya awal bulan depan. Semoga ia mencapai kejayaan sama seperti dak Amoi juga, insyaallah.

    ReplyDelete
  23. Akak, tulis kita di blog bukan utk mencebik atau mendabik dada....tulisan utk jadikan sesuatu kenangan ug amat berharga dan khazanah utk anak cucu ( jika blog pjg umur la...hehehe...)...Saya pn sama, akak catatkan setiap aktiviti kami sekeluarga.....bila boring sy akn baca kisah2 lepas.....gembira sgt rasa...

    Naluri kebahagiaan seorg ibu trpancar diwajah...ibu mana yg xbangga bila dikurniakan anak2 yg bijak dan cemerlang dunia n biarlah ia juga cemerlang di akhirat....
    TAHNIAH utk anaknda Amoi...moga terus cemerlang bila masuk ke dlm bidang pekerjaan...aminn......

    ReplyDelete
  24. tahniah dak amoi dan tahniah kak Azie Azah.
    bangga, siapa tak bangga. saya tanam azam supaya anak-anak saya nanti pun berjaya, lebih berjaya daripada saya yang tak mengaji tinggi ni.

    #sebak.

    ReplyDelete
  25. tahniah buat dak Amoi juga buat Kak AA.. ;)
    Ibu mana yang tak bangga melihat anak-anak berjaya..

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah...

    kak Azie memang patut berbangga. Tahniah buat anak akak dan akak juga. Dari zaman yus dulu mmg yg terbaik je biasa dpt pergi MRSM Taiping, anak akak resultnya mmg antara yg terbaik. Semoga terus sukses.

    ReplyDelete
  27. Tahniah buat kak azie dah anaknya..kak azie memang patut rasa bangga.

    ReplyDelete
  28. setiap ibu pasti berbangga dengan kejayaan anak2...tak kira samada ianya besar mahupun kecik...cukuplah kalau ia boleh membuata anak itu berbangga dengan kejayaannya sendiri...

    ReplyDelete
  29. Tak mampu nak senyum dah kakak nie Azie. Tapi airmata kakak luruh bangga dgn anak Azie. Dari kecik jelas memang cerdik dan cekal. Kalau tak mana mungkin tadika boleh balik duduk rumah tunggu ayah/ibu balik kerja.

    Muka dia pun tahu dia pandai. Tahniah sayang!!

    ReplyDelete
  30. tahniah utk Dak Amoi
    sumpah saya tak jeles tpi ingin tumpang gembira
    moga anak2 saya juga akan ke menara gading
    jgn jd mcm saya..x sempat merasa pakai topi 4 segi pun

    ReplyDelete
  31. tahniah to dak amoi. pandai anak akak. saya tumpang happy bagi pihak akak. sebagai seorg ibu mmg kita patut sgt merasa bangga dgn kejayaan anak kita. semoga anak2 saya pun boleh sepandai anak akak, insyaallah. bila tgk dak amoi konvo, teringat saya dulu, konvo tempat yg sama ngan dak amoi tapi tahun 96 le...hehehehe

    ReplyDelete
  32. Tahinah AA, Amoi dan sekeluarga. Syukur penat lelah AA dan suami dalam membesarkan anak-anak dihadiahkan dengan kejayaan anak-anak. Tahniah sekali lagi.

    Nota:- Bestlah konvokesyen makayah datang, aku dulu sensorang je, cian aku...makayah aku takmampu beli tiket kapalterbang nak gi US. Tapi, insyaAllah aku usahakan datang konvo anak aku nanti(lagi bebebebeberapa tahun) walau di mana pun.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  33. tahniah buat dak amoi.... dari kecil dah terserlah kepandaianya dan kecemerlangan dia ... tahniah buat akak juga

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Azie,
    Mabrook.. hanya Ibu yg melahirkan tahu akan erti sebenar kegembiraan ini.
    Semoga kejayaan yang dikecapi pada hari ini akan berterusan untuk perjuangan akan datang.

    ReplyDelete
  35. saya tumpang gembira!! tahniah pada kak azie dan amoi sekali! =D

    ReplyDelete
  36. Hak kita sebagai ibu hak dia sebagai anak, patut rasa bangga dan menjadi kebanggaan. Luahan kita moga menaikkan semangat mereka. TAHNIAH buat Kak Azie dan suami serta TAHNIAH jugak buat Dak Amoi. Semoga masa depannya lebih gemilang...

    ReplyDelete
  37. Sejunjung tahniah buat Nur Laily Azwa....kebanggan ayah & ibu..

    Tahniah buat kak azie & suami, yg berjaya mendidik anak anak hingga berjaya..Moga moga saya boleh turuti jejak langkah akak dlm mendidik anak anak

    ReplyDelete
  38. salam bangga dan bahagia Azie..

    alhamdulillah...
    tahniah buat AA dan pembawa bangga kita dak amoi, Nur Laily Azwa..
    jujurnya perut akak pun kembang kempis menahan terharu...
    sebenarnya cerita dan berita sebegini mencetus inspirasi dan memberi motivasi pada para ibu...memang indah bila dikongsi...

    terima kasih atas perkongsian...

    salam tahniah..

    ReplyDelete
  39. turut serta lap airmata gembira..sapa tak bangga dgn kejayaan anak..Tahniah buat dak amoi dn AA..

    ReplyDelete
  40. Kak Azie,

    Share cerita bagaimana mendidik anak dgn saya! Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... :')

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails