Saturday, November 3, 2012

KIC – Kepala Ikan Cheras: peramah sangat terus dapat free...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
02-11-2012



Sebenarnya plan nak terjah Kepala Ikan Cheras (KIC) ni dah lama, cuma Saya jer yang asyik tangguh. Alasan, malas nak lintas jalan yang sangat sibuk tu. Lagipun lately, accident banyak sangat terjadi kat jalan tu.

Kawan dari Lantai Bawah dah pergi sekali meninjau. KIC ni cawangan yang baru dibuka. Dah 2 minggu dok nampak jer dari tingkap opis. (Kedai asal dekat area situ juga tapi kami tak pernah lagi pegi). Namun, nama KIC ni agak popular juga disebut orang.


Masih baru, belum ada deko yang menarik, tapi takpa. Terjah dulu tengok menu. Yang best, parking sangatlah luas di hadapannya. *dulu tapak lama bangunan Karpet Raya. Lokasi seberang Jalan Jejaka, depan Pizzahutt/AEon Taman Maluri.

Saya sangat setia dengan diri sebagai blogger, sebab tu tak segan plak nak terjah sampai ke dapur, nak snap itu ini. Sambil dok pot pet pot pet dalam tepon bercerita dengan My Buddy. Dia hantu Kari Kapla Ikan! Kiranya Saya ni jadi ‘food tester’ dia. Kalu Saya approved, insyaAllah sedap dan ok. Balasannya, tentulah dia akan belanja Saya. Ahaks! (bukan ker?)


Ni Kari Kambing. Kata tokeh, Kari Kambing dia nomot satu! Okeh, tapi Saya malas nak cuba, sebab kurang skit Kari Kambing. Tapi itu tokeh manyakkk baik hati. Dia kata, “tarak apa, saya kasi bungkus juga kasi awak rasa. Free saja!”

Kedainya nampak bersih. Mungkin masih baru. Periuk nampak lama, tapi kilatan periuk tu pada Saya, adalah kerana bersihnya.

 See, sampai 2 bungkus!

Alhamdulillah.. memang hampir menepati selera. Kari Kapla Ikan dia sedap. Kari Kambing dia merbeles.!

Cuma lazimnya kedai mamak, sayur adalah sangat failed! As mamak tu kata, “sudah 13 tahun meniaga, sayur tu jugak tarak tukar.”

ABC tu sebagai memenuhi hajat yang tak puas makan ABC ‘ais kasar’ di Pasembor Kg Baru pada hari semalam.

Bukti jelas lagi nyata, wpun makan sensorang tak berteman. Enjoy...!


Next time kalu ada geng nak ajak lunch-date, terjah sini jer lah. Kalu ujan, bleh main ujan terus!

*Dah beberapa bulan, Saya dah malas nak makan di bilik rehat di Lantai Atas.






~...kerana pernah dulu si Posmenita tiba-tiba jatuh hati pada HISYAM, surat terpaksa diletak di bawah tempurung di ujung ampaian, sehingga lenjun dek ujan malam lalu SERI BULAN menangis hampa kerana tak nampak tulisan lagi...!~




 




24 comments:

  1. naper azie kureng ngan kari kamveng? tengok kuah dia pun akak dah telan airliur degup2...

    tu ABC tuuu............mencik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, saya pernah kena Kari Kambing ada bau kuat. So saya jadi tak minat. Saya lebih minat Kambing Panggang@BBQ. Perrhhhh! Lamb Chop pun saya suka!

      Rupanya sedap Kari Kambing yg saya makan tadi!

      Delete
  2. wahhhh.... harus mencari utk lunch esok nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila. Kalu lalu jalan Jejaka tu dah boleh nampak besar banner dia. Park kat depan kedai tu terus!

      Delete
  3. Replies
    1. ABC tu boleh la dipuji. Cukup rasa. Cuma Buah Kabung takda.

      Delete
  4. Replies
    1. Kena la habiskan juga. Bayar penuh tuu.. hehehe

      Delete
  5. dulu dok cheras,idakle tau kedai ni kak.......



    sayur kedai mamak memang pesen lunyai......huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai mamak mana pun, memang bab sayur failed teruk!

      Delete
    2. Kak Zai memang peminat kambing tapi kena berhati2 sebab ada b/P.

      Satu lagi kat kedai mamak sayurnya tak berbagai.

      Delete
    3. Betul Kak Zai. Kedai mamak tak pandai bab masak sayur!

      Delete
  6. peehhhh

    kalau selicin gini. ayu sudi masakkan banyak2.
    hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu nak kata Kak Azie kuat makan ya? hahahahah takpa, kat FB pun depa komen camtuh dahh.. hahaha

      Delete
  7. Salam Azie,
    nak tanya ini yang depan depoh RapidKL dulu tu ke? Kelmarin pergi dah tak de..so dia dah pindah sini ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      ya betul Encik Kamaruzaman. Betullah tu.

      Delete
  8. La ni ada lagi kat situ ke??.. tadi lalu mcm x de je.... dah di pagar mcm ada projek je....

    ReplyDelete
  9. Ada sesiapa tahu tak kedai ni dah pindah ke mana?

    ReplyDelete
  10. Ada sesiapa tahu tak kedai ni dah pindah ke mana?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails