السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
22-11-2012
Hari ini rezeki saya, dapat makan di Kepala Ikan Cheras (KIC) lagi sekali. Kali pertama ceritanya DI ENTRI KIC ini. Bukan makan sendiri dan bayar sendiri lagi, tapi seorang kawan sekerja dari department lain ajak makan. Ajak makan, bermakna dia nak belanja makan. Jommm...!
Sepelaung dari opis. Memang nampak belum meriah, tetapi persekitaran selesa. Parking luas, cuma kami yang berjalan kaki dari opis, kena melintas Jalan Jejaka yang sibuk selalu di hadapan Pizza Hutt tuh..
Snap dari depan Pizza Hutt.
Snap periuk Kari Ikan.
Kepala ikan. Ikan apa ni eh? Ikan Merah kan?
Kerana kami cuma berdua (berduaan), tak order pun Kepala Ikan yang besar tuh. Nasi dah menimbun. Air Bandung pelengkap menu.
Kami order sama. Ayam Goreng + Sayur Taugeh (yang sedikit lembik). Bersiram Kuah Kari Ikan dan Kari Kambing. Terlupa nak mintak Papadom.
Alhamdulillah, kenyang sangat! — masa ni teringat betapa negara kita mudah sangat nak makan sedap. Bila-bila pun. Itupun masih ramai yang menjadi pengkhianat negara. Hantar pegi Palestin, baru tau!
*Sedap dalam kategori dan penilaian masing-masing — ada orang, dapat makan Ikan Pekasam dengan Pulut Tanak dan Nyior Parut dah sedap. Ada orang, dapat durian rega RM2 sebakul pun dah sedap sangat dah. Dan bagi orang macam Saya, dapat sepinggan Chicken Cabonara dan segelas Tembikai Laici, dah nikmat sangat. Ahaks!
~...Mak Utih sudah menyebut hendak ke baruh mencari pucuk paku untuk membentuk kerabu makan siang, tetapi apabila HISYAM sukarela menjadi peneman sambil mengendong bakul mengkuang, Pak Utih tiba-tiba resah ditinggal berduaan dengan SERI BULAN kerana ambin tidak berdinding tetapi lawang mungkin boleh bercakap...~
perh sedap nampaknya lauk dalam pinggan akak tu.
ReplyDeletewah dah boleh upload gambo semula, kak turunkan ilmu ke saya kak...saya pun dah dapat masalah sama macam akak jugak, tak boleh upload gambo lagi :(
Nampaknya semakin ramai yang menghadapi masalah yang sebegini. Belajar dari tutorial di blog ini:
Deletehttp://qaseyhoney.blogspot.com/2012/09/tutorial-bila-picasa-album-penuh.html
Ann, jika dah cuba apply dan masih tidak berjaya, mungkin akan jadi sama macam Kak Q hadapi. Blogspot ambil masa (mungkin) untuk proses. Kak Azie haritu pun dah kecewa wpun dah ikut step. Rupanya selepas beberapa jam, benda tu dah betul. Berjaya selepas disemak semula beberapa jam. Kena sabar dan tekun.
DeleteSedapnya tengok kari kepala ikan tu..
DeleteKebetulan Nur pun baru menghadapi masalah yang sama pagi tadi. Memang rujuk tutorial QH ni, sangat membantu.
Alhamdulillah Nur... Betul, entri tu sangat membantu. Terimakasih la pada blogger Qaseh Honey.
Deletepekat melekat kuah kari dia..sempoiii..! mesti pedas dan penuh rasa rempah..
ReplyDeleteYang best adalah kuah Kari Kambing dia. Sedap. Rempah dia terasa sebab dimasak cukup.
DeleteSama tauke dgn Kari Ikan Kg Pandan tu ke?
ReplyDeleteSaya tak pasti Bang YB. Saya rasa tidak. Menurut tokey dia (masa kali pertama saya pegi dulu), dulu kedainya di depan LRT Maluri tu, tapi sejak depoh RAPID tu naik, dia terpaksa pindahkan kedainya ke lokasi sekarang.
Deletekak AA...
ReplyDeletemmg x jauh dari jusco tu la ek?..
eja penah keja kat pusat bahasa ernst tu..ntah ada lagi ke x tak tay laa kompeni tu.. mmg sibuk sangat jalan kat area tu..
Sign board Pusat Bahasa Ernst tu ada lagi. Tapi tak tau la ada lai ke idak pejabat tu.
DeleteJalan Jejaka tu banyak sangat accident, sejak pagar kuning di pasang di tepi, keta nak kuar lorong selalu tak nampak.
Asalamualaikum,
ReplyDeleteTakutnya nak makan kepala ikan yg besau tuh hu hu huu
Sama ler, Kak Azie pun takut gak, tapi kalu dah bersiram kuah kari agaknya boleh hilang takut.
Deletealaaa..igt mkn yg kepala td tu..seram tgk gigi ikan tuh!...hehehe
ReplyDeletetapi dlm byk2 gambar tu kan...sy terliur tgk air bandung tuh...
sedaaappp nye kalu masuk tekak sejuk2...legaaaaa!!!
Yeah.. Air bandung tu sedap. Tak puas segelas tu tadi.
DeleteKalau ada masa nanti kak Zai pun nak terjah jugalah hehehe...
ReplyDeleteKalu datang hari kerja, bolehlah saya tumpang sekaki. Hehehe
DeleteSepelaong je ni... keh keh keh...
ReplyDeleteHahh! bila lagi, nak laung-laung?
Deletesenang ja noh..berjalan kaki ja..
ReplyDeleteMemang dekat, tapi tak rajin la nak pegi tiap hari. Sejak dah terpacak situ 2 bulan lebih, ini baru kali ke 2 saya pegi makan.
Deletetu diaaa....penuh pinggan kepala ikan hehehe
ReplyDeleteKami tak order kepala ikan. Itu ayam goreng. Yang sangat besar dan rangup!
Deleteperghhh...sedapnya! meleleh air liur...kepala ikan kita punya paberet...:)
ReplyDeleteSaya pun sama. Tapi sebab kami makan berdua saja, tak order pun. Takut tak boleh habis.
Deletetembikai laici, mmg minuman feveret saya. hari2 minum pun ok jo
ReplyDeleteMinum hari-hari takut batuk pulak nanti. Tapi sebenarnya Tembikai Laici memang sedap kan?
DeleteMemang sedap pun. Nak join mari lah tapi U belanja. :)
ReplyDeleteSedappp nyee kak, nak2 klau org belanja nie ekeke, tapi kepala ikan tuuu besar tul :-)
ReplyDeleteMakan free, bila bila pun sedap. Kepala ikan tu besar sangat, sebab tu kami tak berani order. Nanti bazir kalu tak habis makan.
Deletesedapnya, kari kpala ikan mmng peberet saya tu...
ReplyDeleteSama ler kita. Mai turun KL, kita pekena sama-sama...:)
DeleteKat mana yer kedai nie... macam teringin jer..sebab peminat Kari Kepala Ikan tu... TQ :D
ReplyDeleteKat Taman Maluri, Cheras Kak Izan. Berdepan dengan AEON Taman Maluri tu.
DeleteSalam kenal..
ReplyDeleteKIC heheeee...ingat tadi tersalah eja KFC :)
ReplyDeletebesarnya kepala ikan tu haaa..dkna tak pandai makan kepala ikan..
Hahaha bukan awak sorang salah sebut, KIC jadi KFC.
Deletetogeh kalau dah lembik tak syiok dah.. suka togeh yg bila makan.. kruk-krak-kruk-krak bunyik masa ngunyah tu...
ReplyDeleteMemang lah kan? Taugeh tu kan ulam jer, kalu dah masak lunyai, hilang seninya. Cewahhh... Mana-mana kedai mamak pun masak camtuh.
DeleteKari yang marbeles...
ReplyDeleteBila-bila mai la sini. Kita pekena sama-sama.
Delete