Saturday, November 24, 2012

Ada 5 menu, sila bawa Mangkuk Bertingkat 5...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
24-11-2012

Pagi tadi ujan renyai, tapi kami lakibini gigih juga pegi Pasar Pudu. Agak awal sebab tengahari Toklaki ada urusan nak pegi spital.

Plan dalam kepala yang kadang ada batu besar jugak duduk ni, selalu lari-lari. Sekejap nak masak itu, sekejap nak masak ini.

Tapi yang pastinya, kena memburu udang dan nenas hari ini.

Dan berjaya menghasilkan ini.



Kacang Botol (ada orang sebut Kacang Kelisa) digoreng mengkal bersama isi ayam. Snap dari kuali jer terus!



Petai rebus mengkal. Ini paberet MyToklaki, tapi saya malas nak buat sambal belacan. Yang benaq nya, stok belacan Kuala Kurau dalam rumah ni dah habis! Saya suka belacan impot dari Kuala Kurau. Takkan nak terus pegi Kuala Kurau semata-mata belacan, kan?



Ini menu wajib untuk bebudak esp. CHAK. Keli goreng. Tiap minggu keli mesti naik ke rumah. Dan tak boleh masak lain, selain goreng garing. Kalu masak lain, sorang pun takmo layan.



Dah banyak kali Saya menulis pasal tempe ni. Kali ini tayang saja.




~...bila Pak Utih penuh bangga menunjukkan udang nan sebakul yang berjaya diraih malam semalam, Mak Utih terus ingin menunjuk bangga daun kunyit hasil tangannya menanam juga segar menjulang pucuk lalu SERI BULAN ingin menjadi pendamai bahawa makan tengahari haruslah udang tanpa janggut dan HISYAM tanpa cerita pasal anak dara Pak Imam lagi...~


 




24 comments:

  1. saya baru balik makan kenduri..
    sebab kenduri ni tauke restoran maka lauk dia berbagai..sampai tk tahu nk makan apa..
    tp yg paling membuka selera sy ialah acar buah yg sungguh ohsome!!

    so tnguk lauk AA ni nampak menyelerakan kalau tapau untuk lauk malam ok gak kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh kalu tokey restoren yang buat kenduri, kompom la banyak menunya. Kalu boleh tapau lagi bagus. Sehari ni bolehlah gantung kuali.

      Delete
  2. Tumpang tanya,
    Kuala kurau... Dinperak?
    Kirim belacan boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak. Dekat kampung saya. InsyaAllah, jika ada rezeki nanti saya usahakan. Takda masalah...!

      Delete
  3. awat tak habaq awai2 boleh bawak mangkuk tingkat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu habaq awai, takut lauk tak jadi. hehehehe

      Delete
  4. Pagi tadi saya ke Puchong..Fiza beli bahan bakery..
    Tak teringat pulak nak ke Pasar Pudu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. jauh sangat tu dari Puchong nak ke Pasar Pudu.

      Delete
  5. kalau eja pi, bawak mangkuk tingkat 4 je.. sebab ikan keli tak amik.. hehe..pas tu petai tu amik kulit je bleh??

    apa pun udang tu mmg nampak sangat sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik takkan petai makan kulit saja? Rugi tak makan keli, sedap wehhh!

      Delete
    2. memang tak makan biji petai... makan kulit saja.. kalu buat sambal tumis.. kami dua laki bini buat sistem bater.. tukaq biji & kulit haha... :)

      Delete
  6. assalam azie..banyaknya..he he sedap tu azie..kalau acik udng masak tempoyak je..suka sangat he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam rumah tempoyak kurang mendapat sambutan.
      Kuah lemak saya ni macam tercair sikit. Santan banyak tak padan dengan benda. Sakanlah berkuah.

      Delete
  7. mak saya pun import belacan dari kedah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belacan dari Kedah pun tak kurang hebatnya. Sedap juga!

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    Sekarang ni (sejak seminggu dua ni) tetiba dah rasa sangat malas walaupun nak masak megi hu hu huhu kalau boleh tapaw, memang sangat best ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kan? Kalu lah dekat memang tiap kali masak memang takda masalah nak hantar!

      Delete
  9. Sedapnya... sedapnya nampak semuanya... kat perlis ada kedai yg menu specialnya ikan keli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu kedai Keli yang kat Perlis tu MakChaq. Restoran Anjung Keli namanya. Saya pegi Perlis 5,6 kali tapi belum sempat singgah restoren nih.

      Delete
  10. Ringkas tapi kelihatan amat menyelerakan.

    ReplyDelete
  11. Aina kalau malas nak buat sambal belacan ambik cili ketuk2 cedok tempoyak gu dgn petai tu...marbeles2...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails