السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
23-11-2012
Sapa pernah tengok satu program di Astro Warna (Mustika 132), “Interpretasi Rabak”? Program ni baru lagi rasanya, dalam seminggu dua ni jer. Kami pun tak sedar bila mula, tahu-tahu bila tune, ada lak.
Sapa pernah tengok mesti tahu betapa lawaknya drama pendek ni. Drama ni tak lama, setengah jam saja, tapi ada 2,3 drama yang lain-lain. Setakat ini saya tidak melihat sebarang kesinambungan antara satu-satu drama tu. Lagipun drama tu sendiri macam takda plot tetap pun. Berterabur!
Sebab, ianya bukan drama asal tempatan kita. Ianya sebuah drama yang dialihbahasa (lipsing/miming). Drama yang muncul setakat ini, drama-drama dari siri telenovela mana ntah. Brazil ker...Filipina ker tak pasti plak. Tetapi dialog semuanya bahasa Melayu yang sangat kelakar. Merapu tahap Gaban!
Best bila dialog yang dituturkan dalam bahasa Melayu, seboleh-boleh cuba nak ikut gerak bibir yang ditutur oleh pelakun dalam drama tuh. Itu yang keluar dialog merapu yang tak menentu ‘story line’nya. Kelakar giler!
Memang terbahak kita dibuatnya! Sapa ler punya idea boleh buat siri cenggini. Menghiburkan walaupun merapunya jer yang lebih. Takda mesej apa pun.
Bukankah lawak itu suatu hiburan? Boleh buat kita lapang kepala dan terbahak ketawa itu sebenarnya suatu terapi yang boleh buat kita awet muda. Setuju?
****
Maharaja Lawak Mega 2012 juga sudah mula minggu lepas. Teringat kata juri tahun lepas, ‘orang lama lambat panas’ (Zainal Abidin Hassan). Cuma, bila juara tahun lepas OSBON, Abon berganding dengan Sathiya menjadi SABON... alahai tiada pembaharuan. Gaya masih sama, idea masih sama dan berulang-ulang.
Setakat ini, hanya JOZAN menguasai undi (lebih 60%). Kenapa? Kerana mereka muda, idea yang kreatif, segar, menghiburkan dan sentiasa memberikan yang baru.
Yang lain? Kenapalah peserta tahun lepas, bertanding lagi? Harap-harap biarlah tahun ini JOZAN pula yang menjadi juara. BOBOI pun nampak macam takda idea jer. Aduhai.. bosan pun ada.
Juri: Awie Wings (best tengok dia), Lisa Surihani (pelat R dia sangat ketara, sebab spontan live, kan bukannya filem boleh dubbing ker apa), juri dari Singapore pengacara terkenal yang popular sejak zaman 90-an, Najib Ali dan sorang dari Indonesia, penyanyi Wulan.
~...Mak Utih bercerita selamba sambil menganyam tikar mengkuang bersuluh pelita minyak tanah sambil dihadap SERI BULAN yang memaksa HISYAM turut menjadi peneman kerana Pak Utih pergi ke baruh menangkap udang dan mereka bersengkang mata berbalas sengih senyum kerana Mak Utih tidak sedar dia jadi pelawak terpendam bila terbuka cerita tentang malam pertama...~
bila tgk MLM 2012 ni.. rasa mcm Astruk dah x dak idea.. apa motif letak kumpulan Balas yg baru setahun jagung.. lawak dah laa dabel mining.. rasanya memang tak layak masuk pun... yang Bandung Jokers tu pulak dengan modal suara macam cengkerik tu.. huh! tak sabaq tunggu depa terkeluaq.. apa pun Jozan terbaik setakat ni..
ReplyDelete*wah! dah mcm ulasan juri... :P
Kak Azie tengok JOZAN jer. Yang lain memang skip berselang ejas tengok channel lain.
DeleteSuka sangattt tengok Awie. Najib macam ada kontrol2 lagi. Lisa sangat bersopan.
ReplyDeleteYer.. Awie sangat comel bila dia ketawa terbahak tengok JOZAN. Sampai kuar airmata. Hahahaa
DeleteKakcik memang tunggu JOZAN je... :)
ReplyDeleteSetakat ini, hanya JOZAN lah yang nampak menyerlah.
DeleteMlm neh ada kan? Nk kne g tgk kat umah MIL lah kalo mcm tuh.. Har3
ReplyDeleteYup, kena la tunggu kul 10 malam kang. Undi sapa?
DeleteKt umah ni payah nk tgk citer,,,asyik ank2 layan 616 je...tgk ogggy huhu
ReplyDeleteKat rumah ni, channel kartun 610–616 tu hanya boleh ditengok waktu siang sahaja! Malam kalu, no katun katun!
DeleteRumah kakak nie Azie manalah ada Astro. Apa lagi bila cuti sekolah anak kakak lebih suka buka Channel 5 (SBC punya). Kakak memang jaaaarng menonton tv. Dah tua agaknya memang gitu kot...
ReplyDeleteChannel SBC tu Singapore punya siaran ya? Saya pun tengok TV malam hari saja. Kalu siang-siang tu jarang juga. Banyak kerja lain dan banyak siri tak follow pun.
DeleteI pun suke gile program ni tau. kelakar habiss!! buat pecah perut dgn dia punya translation tu. gelak sampai kuar air mata. hadeh! T__T
ReplyDeleteBetullah kan? Tengok ulang-ulang pun takpa. Kelakar bila guna alihbahasa tu suara macam serak-serak orang tua. Sekali bunyi macam Doraemon pun ada, kan? Hahahaha!
Deletetak tau le boleh tengok free lagi ke mustika.. minggu lepas ada lagi.. saya tak subscribe.. kalo ada lagi, nak tengok gak ler jozan.. yang lain2 tu..huhuu, tamoh..
ReplyDeleteMustika ni memang kena langgan, Anaa. Kami mula langgan sejak mula dilancarkan. Awal dulu Raja Lawak tu kat siaran yang biasa, pastu ditukar ke siaran Mustika. So memang kena tambah package.
Deletesuka tengok JOZAN....
ReplyDeletesuka tengok citer lawak ni..boleh gelak sampai sakit perut...
Tengok ulang-ulang pun takpa kan? Kat rumah ni pun kalu JOZAN yang muncul, rela tinggalkan siaran lain.
Deletekak azie.. saya pun terbahak2 bila tgk rabak tu.. comel sgt rasanya sbb cerita, ayat dan gerakan mulut macam betul2 kena dan mengikut babak.. kalau MLM mmg tunggu jozan aje.. yg lain2 tu tak berapa nak minat..
ReplyDeleteMerepek sakan siri Rabak tu. Memang ceritanya semua ke laut!
Deletehahaha. memang betul, tengok iklan dorang sebut 'awan nano' la, macam-macam.
ReplyDeletesaya tak suka Sabon, macam over. nabil tu rasanya tak perlu masuk boboi, jadi merepek pulak.
jozan OK. Balas tu double meaning, tak sesuai utk budak-budak
Kadang tu siap berniaga petai la, tempe la, kan? Mengarut betul alih bahasa tu. Wakakaka!
DeleteAzie tahu tak, Bang Temuk jenis bila tengok lawak pecah dunia pun, Bang Temuk tak ketawa. Yang duduk di sebelah tu sangatlah hairan. Dia tak tahu Bang Temuk gelak sampai hancur dalam hati. Tapi tetap tanpa bunyi, sebab kalau dibunyikan, terangkatlah bumbung.
ReplyDeleteKetawa = satu terapi. Kalau tak bunyi = terapi berefikasi tinggi, hehe.
Wahhh Bang Temuk. Saya kena belajar cemana gelak dalam hati tak bunyi ni. Sebab saya kalu lawak sikit jer, gelak bagai nak rak! Bumbung tak tanggal jer lagi. hehehe
Delete