السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
21-11-2012
Ada ketika kita lupa untuk bersyukur. Lupa bahawa dalam banyak keadaan, mungkin kita jauh lebih baik dari orang lain. Setidak-tidak mungkin kita makan 3 kali sehari sedangkan ada orang mungkin cuma makan sekali sehari. Diet kot. Memang banyak pun kita baca, tonton ada keluarga yang tinggal di hulu ceruk kampung mana ntah cuma makan nasi sehari sekali. Memang masih ada kemiskinan di negara kita.
PRAY FOR GAZA!
Apa maksud kemiskinan pada anda? Takda rumah sendiri? Atau gaji kecik makan kais pagi makan pagi saja, petang nanti cari lain? Atau hutang keliling pinggang sebab gaji kecik tapi mulut banyak nak disuap di rumah?
PRAY FOR GAZA!
Ada orang selalu sebut dia miskin, sebab dia tak mampu pakai keta besar, takda rumah besar bertingkat, takda gadjet hebat seiring kecanggihan yang laju bergerak sekarang, tiada duit dalam purse (kadang purse pun takda).
PRAY FOR GAZA!
Tapi jika masih boleh makan sekurang-kurang sekali sehari, masih boleh pakai baju, masih boleh tidur di atas tilam walau mungkin cuma setebal seinci... bersyukurlah. Jangan banyak meminta. Kalu nak kaya, kena usaha. Belajar kena rajin, kalu cemerlang, dapat kerja yang bagus dan gaji banyak. Kalu dah kerja, kena rajin gigih dan ikhlas. Berkat. Jangan aniaya kawan, jangan buruksangka...
dan,
yang penting, jangan jadi stalker pada kawan pejabat sendiri! Saya tak suka, tapi saya tak kuasa nak cakap depan-depan. Saya masih kuat dengan prinsip saya untuk jadi Lone Ranger...!
...walaupun jauh.
PRAY FOR GAZA!
PRAY FOR GAZA!
~...HISYAM tidak pernah sekalipun mengakui profile diri kepada sesiapa pun tetapi dia tahu SERI BULAN cukup kuat menjaga amanah rahsia sehingga Pak Utih tidak menduga lelaki itu pernah lahir di atas dulang emas, membesar di bumbung kilat bersinar dan bernaung di banglo indah yang berpagar tinggi berpengawal seorang Benggali...!~
Saya pun lone ranger jugak. Lebih selesa begitu.
ReplyDeletePray for Gaza!
Saya Lone Ranger di tempat kerja, atau jalan-jalan beli barang. Waktu lain, suka juga ada teman. Kadang-kadang berdua lebih baik.
DeleteMoga Allah berikan kekuatan pada mereka..
ReplyDeleteAamiin... In Shaa Allah.
DeleteSy ni lglah lone ranger...tp selesa gk gitu.. lagi2 time shopg..
ReplyDelete...asal kita tidak menyusahkan orang lain, kan?
Deletesama la kita.. kat skolah eja pun ada stalker jugak.. walaupun skolah kecik je... siap boleh judge eja ni cemana orang nya...
ReplyDeleteSabaq jer lah. Buat dono saja.
DeletePray for Gaza!
ReplyDeleteAamiinnnnnn
Deletebila dibandingkan kehidupan kita dengan saudara plastin umpama macam langit dan bumi, sepatutnya membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada..semoga Allah swt melindungi mereka..
ReplyDeleteSepatutnya begitulah. Rakyat di sana sangat menderita, jauh lebih susah dari kita.
Deleteada kerja boleh dilakukan sendiri dan ada kerja perlukan satu team utk laksanakan...
ReplyDeleteDi situ kita boleh lihat kejayaannya atau tidak, kan?
Deletesentiasa bersyukur dgn setiap kurniaan Allah.......Kesukaran kita, ada org lain lebih sukar dr kita.........
ReplyDeleteSyukur walaupun sy selalu takde motivasi keje di sini. Hari2 kena pijak dgn bangsa mrk. Tapi yg sedihnya, bangsa sendiri lagi sadis pijak bangsa sendiri. Aduhai!!!!!!
ReplyDeleteEh, sy merungut lagi!!
Orang sekarang sudah tak kira siapa. Ramai yang mementingkan diri sendiri..
Deletebersyukur sangat dengan apa yg kita ada.. semoga setiap org tahu untuk menghargai dan menjaga apa yg kita ada sebaiknya.. pray for gaza.. semoga saudar kita di sana sentiasa dilindungi, insyaALLAH..
ReplyDeleteAda ketika, bila kita terlalu mudah mendapat nikmat, sering pula kita terlupa dan terlalai...
Deletesaya suka lone ranger, adventure dan tak menyusahkan orang.
ReplyDeletebersyukurnya kita di bumi malaysia. pray for gaza, aminnn
Bukan semua keadaan sesuai untuk kita jadi Lone Ranger, dan begitu juga sebaliknya. Pandai-pandai kitalah nak sesuaikan keadaan.
DeleteBetul tu Kak Azie, bersyukurlah kita. Tiba2 ada perasaan macam baca ILUS oleh Melur Jelita pula. Bila baca kepayahan Islam Kemboja, betapa beruntungnya kita di Malaysia.
ReplyDeleteBukan hanya di negara miskin sahaja kita akan lihat kepayahan itu. Ada ketika umat Islam di negara maju pun ditindas dengan pelbagai cara.
Deletebersyukur apa yg ada sekarang.... nasib baik opis munna ni kecik je.... cuma 3 kerat jadi tak banyak kerenah dan perangai
ReplyDeleteOpis kami pun tak ramai. Department saya cuma saya seorang, dan seorang manager saya. Tapi sikit sebanyak kita tidak boleh mengelak politik yang ada.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKalau ngendap je tanpa buat apa2, buat2 x tau je...paling risau, dah la ngendap, buat sesuatu supaya kita "tak bergerak" @ "bergerak dgn sgt perlahan"
susah betul kalau hati dah hitam ;)
Jika dah sampai tahap kita tak boleh bergerak dek kerana karenah orang yang kita tak kenal, memang sangatlah susah hidup.
Delete