Tuesday, November 27, 2012

“EJA, PB ada durian lagi tak?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
27-11-2012


Saya masuk kija hari ini, setelah semalam bercuti sehari. Semalam hujan lebat betul sebelah petang. Mujur urusan rasmi selesai sebelah pagi.

Lately, saya sangat teringin rasa nak cuti... cuti dan cuti lagi. Bukan pasal kerja saya tak best, tapi hujung tahun memang projek tidak begitu mendesak. Maklum client sendiri (editor/journalist/author) pun cuti jugak.

Oleh kerana saya memang tiada assistant, tiada orang nak back-up job saya jika cuti, saya harus berfikir dua kali atau plan dengan sebaiknya. Dalam kepala dok plan nak cuti Krismas sampai Tahun Baru. Ke mana? Saya plan nak pegi lepak kat rumah kakak saya di PB. 

Ada durian lagi tak area sana by that time? Kena contact blogger EJAESCOBART nih...

*****

Sudah lebih 2 bulan, saya berenti sekejap baca novel. Kenapa? No reason pun. Saya dilanda hilang mood kepada novel. Sedangkan sepanjang tahun sebelum ini, saya tak pernah berhenti membaca novel, dan kegilaan membeli novel sangatlah kuat juga.

*Hari ini konon-konon ada lunch date, harap-harap menjadi sebab saya nak belanja dia makan Kari Kepala Ikan di KIC...!
Sapa nak join, meh laaar...!
**Entri Tempe belum sempat dibalas komen. Tunggu balik kija nanti.



~...kenapa mesti merasa sesuatu yang silap jika kita bukan ahli silap mata, dan SERI BULAN mula bosan melihat begitu banyak adunan tepung yang salah diadun lalu Mak Utih naik geram terasa hendak melempar tepung ke muka anak dara keras hati itu...~


 




21 comments:

  1. Org kate, badan kerja tapi otak dah cuti - tak boleh pki. Tapi klu badan cuti, otak asik pk keje - lagilah tak leh pakai.

    Dilema kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah cuti pun nak fikir pasal keja, baik jangan cuti. Buang karan, kata orang. Parah la hidup kalu cenggitu.

      Delete
  2. mak aih.. siap buat entry tu...

    ada kak.. banyakkkk lagi nih.... berderet kat depan Dewan Ramli Ngah Talib... dengaq cita kat Batu 5 rega jatuh lima kupang sekilo..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batu 5? Mai dari mana punya? Bukit Gantang ker Batu Kurau punya? Murah tu 5 kupang sekilo!

      Delete
    2. tak sure mana punya durian... yg dr sg kecik & serdang pun dalam 2 hengget sekilo

      Delete
    3. 2 hengget sekilo masih dikira murah sangat tu!

      Delete
  3. Saya dah tepu dengan kerja dan esok start bercuti sampai weekend, yeayyy!!

    ReplyDelete
  4. Tengahari semalam kakcik pergi makan kari kepala ikan di Jalan Kg Attap - 3 beranak. Terbang RM100! huh... Abg Mus punya pasal la ni... suka sangat makan kat situ!

    ReplyDelete
  5. Kalau Kak Azie belanja nak saja...ahaksss...

    Motorku buat perangai tengahari terpaksa le cari klinik moto. Kot dak nanti ada yg kena jalan kaki balik kerja.

    ReplyDelete
  6. bulan 12 ni jom la cuti. sy pon insyaAllah cuti n honeymoon berdua plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh tak habis lagi berhoneymoon ya. Bagus tu, selagi masih berdua, pergilah bercuti puas-puas.

      Delete
  7. Iima kupang sekilo durian? Wow... meleleh air liur baca komen kat atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan Cikgu? Lima kupang sekilo, rasa nak borong 2,3 bakul!

      Delete
  8. lajak mai balik pulau lah, kak azie. durian balik pulau tengah rancak ni...tapi jangan la lewat sangat. kalau hujung bulan 12 tu buah dah tak banyak pilihan dah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan? Kalu dapat lajak sampai ke Penang pun best juga. alahai....

      Delete
  9. PB tu hape?

    Parit Buntar?
    Pengkalan Badak?
    Pusat bandar?

    hahaha

    Saya pulak kena angin minat baca novel..
    Baru 5 page lah tapi..hahaha..start malam tadi baca The Hobbit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faizie, jawapan objektif tu patut tambah lagi satu: “semua di atas”. Hehehehe ya betul, Parit Buntar. Jommmm...!

      Delete
  10. Sebelum ni, kalau ai cuti.. risaunya nak tinggalkan kerja.. tapi lately ni, ai jadi seorang yang kejam.. apa guna kita buat kerja orang tapi sikit pun takde ucap terima kasih.. walhal kita bertungkus-lumus bagi clear takde sangkut kerja dia time dia cuti.. <--- komen emo.. huhuhu..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails