Monday, November 26, 2012

Tak semestinya jadi Jawa untuk minat Tempe!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
26-11-2012


Sapa peminat tempe?

Ya saya tak ingat bila saya mula belajar makan tempe. Dah lama sangat, tu yang lupa. Di KL ni, mudah saja nak dapat tempe. Tak kira dalam bentuk cemana pun. Yang popular, bentuk tiga segi bungkus daun pisang, yang dalam plastik jernih dan yang paling klasik tentulah yang dibungkus dengan daun getah seperti dalam gambar di bawah:

Pic snap sendiri, tak cilok orang punya.

Tak kira samada goreng bercelup tepung, masak dengan sayur lain atau goreng ‘bodo’ macam saya buat seperti dalam gambar di bawah:


 Pic snap sendiri, tak cilok orang punya.


Yang pasti, kita tak perlu jadi Jawa untuk minat Tempe. Kan?

*****

Hujan lebat petang tadi, buatkan kami sangkut di Fed Highway sejam lebih. Ntah kawasan yang mana yang kena banjir.





~...juga pernah HISYAM menegaskan kepada Mak Utih dia dan SERI BULAN tidak perlu menukar diri dan pelat lidah dari Melayu jati kepada Melayu tidak berapa jati atau bersulam darah Bugis atau Aceh untuk tahu membungkus Burasak dan merendang Kerisik bersama Wadi...~


 




34 comments:

  1. Kakcik dan anak2 pun peminat tempe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah Kakcik rajin, anak pun ikut rajin makan dan rajin goreng. :)

      Delete
  2. Saya..,saya.., saya minat tempe, makchaq dari anak dara mula minat tempe, masa tu tempe tak semudah la ni nak jumpa..
    Tu pasai masa anak dara ada cita2 nak kahwin dengan orang jawa supaya boleh selalu makan tempe...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii sampai berangan nak kahwin dengan orang Jawa yer. Dasat.

      Delete
  3. betul azie..anak2 acik tak perlu jadi jawa..tapi minat makan tempe goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendekata hampir semua orang Melayu kita memang makan tempe, kan?

      Delete
  4. Mama mengaku Jawa, tapi kurang sikit...anak lelaki suka.
    Eh gambar tu sdg mendeklamasi sajak ke , apa ke? hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mama Ju. Gambar lama tu semasa saya menjadi MC untuk program baca sajak di Rumah PENA. Saya pun ada ler baca sajak juga sikit. :)

      Delete
  5. memang betul tu, saya pun suka tempe walau dari negeri budu...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Memang sedap dan boleh ketagih meratahnya, kan?

      Delete
  7. he he heh.. tempe banyak zat, sesiapa saja boleh makan tempe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja berzat, sedap pulak Pendekata macam snack orang Jawa nih. Ada resipi best utk tempe tak, Amie?

      Delete
  8. saya suka tempe goreng..betul ke makan tempe awet muda? hehe ntahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah ler. Tapi tak kira la, sebab tempe ni memang sedap!

      Delete
  9. Assalamualaikum Azie,
    Betul.. tak perlu menukar jadi diri hanya untuk mempelajari sesuatu yg baru. Ilmu Allah itu sgt "luas" hakikatnya. Samalah jugak Cik Asben akak yg x perlu utk menjadi org N9 kalau setakat nak makan semua yg "bercili".

    Btw, tempe di sini mcm biskut.. kejap ada kejap xda.. nasib2 la kalau jumpa dan sempat beli. Otherwise.. tunggu balik sana sahajalah. Nak buat sendiri.. tak reti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh Sham, kalu tempe pernah ada juga di Kuwait sana, kira hebat juga la tu. Ingatkan bende sebegitu tak sampai ke Timur Tengah.

      Delete
  10. salam kak azie, saya dalam rumah, saya je hantu tempe, mak saya kata saya anak orang jawa, hahaha, dekat sini ada jual, $4 satu, pernah beli sekali lah, goreng tepung paling sedap!huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. $4 utk satu, memang mahal la kan? Tapi ok la juga tempe masih boleh dapat di pasaran Australia. Nak puas makan, balik Malaysia, makan sungguh-sungguh!

      Delete
  11. saya suka makan tempe tapi tak pernah nak masak sendiri.

    pstttt, kawan kata makan tempe boleh jadi putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempe dibuat dari kacang soya, kalu makan masa mengandung, anak kita yang putih. Kita yang makan, payah ler nak putih rasanya. hehehehe

      Delete
  12. Betullah..dulu saya x pandai makan tempe tp bila kawen dgn org jawa...pantang jumpa tempe..lebih2 lg yg digoreng crispy...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan-jangan lebih handal masak tempe dari orang Jawa tu sendiri, tak?

      Delete
  13. tempe adalah kaya protein
    saya suka
    saya jawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jadi geng Jawa walaupun sepatah bahasa Jawa saya tak pandai. Tempe punya pasal. :)

      Delete
  14. Sambal goreng boh tempe, kacang dan ikan bilis...ngap2 sambil tengok tv. Saya jugak bukan jawa!

    Hari ini SMART tutup kerana sistem banjir beroperasi, walaupun merempit terasa sesak nafas dek kereta yang menghimpit2. Kita sampai opis hampir 8.30am lewat 20 minit dari biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Lama tak buat Sambal Tempe dengan Ikan Bilis Garing. Ohh tu makan dengan roti pun sedap, ratah pun enak!

      Delete
  15. yang jawa pun tak minat makan tempe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya dah jemu sejak dalam perut dah selalu makan tempe. Hehehehe

      Delete
  16. ya setuju statement kak azie...dan tak perlu jadi mamak untuk minat makan roti canai..hikhik...

    cuba jugak berjinak-jinak makan tempe, walaupun tak begitu kena dengan selera..akan tetapi kalau makan dengan lontong dan kuah lodeh..sebat jugak sampai licin..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita 1Malaysia. Kadang ramai jer orang bukan Melayu pun suka dengan makanan tradisi orang Melayu, kan?

      Delete
  17. munna suka goreng dan cicah sambal kicap

    ReplyDelete
  18. saya tak jawa.. tapi saya suka tempe.. goreng tebal2 .. masak sambal!! walllaa..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails