السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
22-11-2012
Hari ini ulangtahun kelahiran Alia Khalidah, ke 14 tahun. Ya, dua orang budak dalam rumah ni, lahir hujung tahun.
****
Saya pernah tulis pasal ex-maid MyBoss, si Cindy Lauper @ Tanggang Leste. Yang masih dok contact ‘Mummy’ dia kat opis. Merayu, mengadu dan memohon untuk diambil dan ‘diselamatkan’ dari agency. Ntah apa sebenarnya yang berlaku. Yang pasti, tentulah dia dalam kesusahan dan sudah melihat langit yang tinggi dan yang rendah.
Mujur ‘Mummy’ sudah tidak berminat untuk mengulang kisah lama. Lagipun CL sudah dikira ‘haram’ sebab passport ditinggal dan laporan polis sudah dibuat. Dan yng kabur adalah dia sendiri dan tiada siapa menghalau. Sendirik mau ingat. Cuma yang merimaskan asyik dok sms dan call tiap jam tak kira masa.
Bila saya disebut dan diberitahu, saya kata: “Beritahu dia, U tak suka dan tak mahu diganggu. Jika dia tak tahu apa yang U rasa, dia akan terus kacau.”
Sebenarnya saya dah bosan dengan kisah depa ni. Kerja saya sendirik pun banyak, bukan ada sapa tolong pun.
Dah ler semalam, depa meeting sakan berjam-jam. Rupanya, management dapat spot satu job kena ‘kotor’ dek ex-senior yang berenti dulu. Saya sendiri tak sedar pasal project tu ada yang tak kena, tapi sebab depa lagi pengalaman, tengok ‘Spot UV’ jer dah tau ada yang silap. Itu baru 1,2 job yang depa dok jumpa begitu. Pasni takut, ada lagi job yang dah kena niaya. Alahaii... manusia ni. Nak berenti, berenti sajalah. Tak yah la nak ‘penaya’ project yang tinggal. Bila nak reprint, bukan nak lebih mudah, saya kena re-do balik.
Lunch saya yesterday. Saya dah jumpa
lagi satu gerai yang jual makanan panas, murah tapi tak boleh selalu.
Tukang masak tu asyik buat masin jerrr... Nak menikah lagi kot!
Nasi Goreng Cina — silap saya tuang kicap. Masin berganda!
~...bukan sekali pun HISYAM terasa hendak mengenakan SERI BULAN dengan melempar selipar kesayangan ke telaga buruk, atau menyorokkan ampaian dari pandangan mata, tetapi yang akan menadah telinga kelak adalah telinganya juga, lalu dia menukar rancangan dengan menghantar katak di dalam kotak bersalut bintang berkilat...~
kat pejabat sekarang tengah hebat isu dinner. tak ramai staff yang join.
ReplyDeletenak join cam ner , dah lah buat malam hari kerja , kat tengah tengah KL lak tu ...
bos dah hangin siap hantar email lagi tuuuuu
Sebenarnya annual dinner ni bertujuan nak menghargai staff. Dan kebajikan staff harus diambil kira dulu. Kalu buat pada hari kerja, jauh dari rumah masing-masing, amatlah tak sesuai dan jadi menyusahkan pula. Tak patut...!
DeleteNasi tu nampak sedap. Kat mana kedainya Azie? :)
ReplyDeleteNampak saja sedap Kakcik. Tapi saya pun takmo rekmen, tak berapa sangat. Makcik tu masak masin dan berminyak. Saya suka sebab murah dan banyak bahan. Tekak saya terima, tapi tang masin dan minyak tu, kalah juga saya.
DeleteIsh...scary nya org mcm tu. Mmm, kes maid dianiaya majikan tu mgkn boleh dibilang jari. Tapi kes amah yg aniaya majikan sendiri? Entahlah...
ReplyDeleteMajoriti majikan di Msia ni baik dan lembut hati. Sebab tu ramai dah maid dari luar (esp Indon) ni besar kepala!
Deleteazie...dah ulang 3 kali ngan 3 alamat berlainan..still sangkut der...
ReplyDeleteSaya cuba jawab di blog Kak Q. Good luck! Saya yakin Akak boleh!
DeleteSelamat hari jadi alia khalida.. :)
ReplyDeleteSekarang ni lagi susah nak dapat maid kan...my sis nk bersalin ujung bln pun duk risau agen senyap jee..aduhh kesian dia
Terimakasih ucapan itu (bagi pihak)
DeleteAlangkah bagusnya, jika kita sanggup bayar beratus kadang beribu RM tu kepada rakyat tempatan yang jaga anak kita. Kompom cakap Melayu!
Boss akak Azie tak geti ke nak berkeras dgn cindy loper tu?
ReplyDeleteMemang busuk punya perangai tau, bila nak berambos, sabotaj tempat kerja lama..kalau geram kat boss pun, fikir lah nasib kawan2 yg masih tinggal di situ..
Masa dia belum berenti lagi dah nampak ciri-ciri nak sabotaj projek company.
Deletehappy birthday buat alia.....
ReplyDeletenampak sedap je nasi goreng cina tu....
Terimakasih (bagi pihak)
DeleteNasi Goreng Cina tu boleh tahan sedap, sebab banyak bahan. Ayam, sotong, udang besar. Tapi masin dan berminyak. Aduhai...
Selamat ulang tahun Alia... untung lahir hujung tahun, muda di antara rakan sebaya...
ReplyDeleteTerimakasih (bagi pihak). Ya. Bukan saja muda, tapi nampak sangat kecil di kalangan rakan sebaya. Saya sebut, kemetot! hahaha
DeleteHappy Birthday Alia. Bercakap pasal kerja nie, memang banyak politiknya.
ReplyDeleteTerimakasih (bagi pihak).
DeleteSaya rasa politik di tempat kerja orang lain yang berskala besar lagi besar politiknya, kan?
kak..sy pun kekadang masak termasin.. nak nikah lg kah.. ?? hehehe
ReplyDeleteAlahai ko Yana. Jangan mengada eh.. hahahaha!
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteNiat masa nak keja dulu tu blm betul lagi....sbb tu sanggup sabotaj.
cer niat dia betul...
Mula-mula tu niat dah betul, tapi sebab marahkan majikan, semuanya jadi tak betul.
Deletehappy belated birthday to Alia Khalidah
ReplyDeleteTerimakasih Ann (bagi pihak).
Deletespesis CL tu kalu boleh hantar balik Indon naik rakit je.. biaq kena baham dek jaws.. eh ada jaws ke kat laut kita?
ReplyDeleteKalu jaws takda pun, biar lanun jer amik dia.
Delete