السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
25-11-2012
Dah lama sungguh tak buat karipap.
Saya kalu buat, tak boleh sikit. Sekali penat, biar berbaloi. Setiap kali ada Projek Karipap ni, hampir semua anak dara dalam rumah mesti turun padang dan dilibatkan. Chak dan Alia suka menolong menggelek dan Saya hanya mengisi inti dan mengelim. Biasanya Saya memang akan buat sebanyak 2 kilo tepung (untuk menghasilkan kira-kira 120 biji karipap).
Masak inti karipap sudah mudah sekarang, sebab saya masak gunakan rice-cooker. 15 minit, siap! Belajar dari kawan. Saya dah pernah tulis dulu. Dalam ENTRI INI.
Masak inti karipap sudah mudah sekarang, sebab saya masak gunakan rice-cooker. 15 minit, siap! Belajar dari kawan. Saya dah pernah tulis dulu. Dalam ENTRI INI.
Dak Amoi dan Ika akan bergilir untuk menggoreng. Tak susah sebab goreng ‘half cook’ saja sebab nak frozen.
Antara hasil ‘half cook’. Konon sebagai bekal kami untuk esok.
Semua selesai dalam masa hanya 2 jam, sambil duduk di depan tv mengadap citer “Brave” di Astro Best! Memang best pun citer tuh!
~...walaupun terlalu banyak rasa hati berentap dan tersentap yang telah disimpan oleh SERI BULAN, tetapi dia tidak akan sekali-kali menyebutnya secara bersuluh terang di hadapan HISYAM ataupun berkias penuh hiasan di sisi telinga Mak Utih ataupun Pak Utih...~
Banyaknya ... sampai 120 biji! Tapi memang menyenangkan kalau nak makan di kemudian hari...
ReplyDeleteMemang saya buat stok untuk kemudian hari. Cumanya, kemudian hari tu, hanya 2,3 hari jer Amie. Sekejap jer langsai. Tambah cuti sekolah sekarang ni...
Deletefuh seronoknya buat banyak2 lagi2 bila ada yang rajin membantu.
ReplyDeleteBuat banyak kerana rakyat dlm rumah sangat ramai. Kalu tak bantu, memang malas nak buat. Jadi sapa nak makan puas, kena la tolong.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerkonang2 kesedapannya hingga menjilat siku ;)
Oh baru teringat. Yeaaa itulah kali akhir saya buat karipap. Bulan puasa ler tu kan?
DeleteLama x buat.tengok k.azie buat ni...teringin nk buat
ReplyDeleteSila-sila. Cepat letak resipi kat pintu peti ais! hehehehe
DeleteWahh..nk buat jugk nant..sy suka yg inti keledek merah tu..
ReplyDeleteKak Azie tak biasa yg keledek merah. Kerana Kak Azie tak gemar, so tak buat dan anggap jer anak-anak pun tak suka juga. Hehehehe
Deletekemas nampaknya hasil kelim tuh..karipap kuih yg tak lapuk dek zaman, saya pun suka makan
ReplyDeleteSalam kenal Fadilah. Dulu memang Kak Azie tak reti bab kelim ni, tapi jenoh la juga berlatih. Boleh la tahan...
Deletekaripap memang sedap...
ReplyDeletesebab sekarang ni 3 biji singgit tapi saiz besor dua jari.. (kalau jari Eja memang besaq laa...)
Di KL dah tak dapat dah 4 biji singgit youuuu... Seketoi 4 kupang Eja oiiii.
Deletewah byk tu ttp boleh buat stokkan...senang kerja...nak makan goreng je.
ReplyDeleteMemang la itu tujuannya pun. Anak-anak pun boleh goreng sendiri bila saya pegi keja. Maklum cuti sekolah ni, lapar jer manjang.
DeleteAzie
ReplyDelete2kg = 120pcs = pengsan!!
Tiap minggu I beli frozen karipap (untuk bekal keofis my other half) tapi yg dijual kat s'market tu bukan semuanya sedap. Kena pilih2 juga. You tak nak jual ke?
Note: Jgn cadangkan I buat sendiri kalau tak 'I no fren you', heheh..
Alahai SOM.. I memang tak meniaga, tapi bila ada orang tempah insyaAllah boleh jer buatkan.
DeleteKalu U nak, I boleh tolong buatkan bagi U rasa. Bukan la meniaga, tapi kalu dapat kita ‘sistem barter’ I tingin nak request Cup Cakes U yang ohsem tu sebagai tukarannya. Ahaks!
saya kene cakap kat mak saya pasal masak inti karipap pakai rice cooker tuh! heheheh~
ReplyDeleteMak meniaga kuih kah? Orang berniaga kuih, memang elok ikut kaedah ni, sebab jimat masa dan tenaga!
Deletememang kalau karipapni favorite sampai bila2 tak penah jemu..
ReplyDeletememang kalau dalam fridgetu kenajer der karipap frozen...
senang keje nanti..
Yang tak bestnya, tak sampai pun seminggu dah selesai! hahahaha budak-budak dok ulang pagi petang siang malam.
DeleteKalau tak rajin tak menjadi juga Azie. Bab mengelim lagilah kena gigih. Kakak suka yg kelim tangan macam ni dari yg guna mould ketap tu..
ReplyDeleteKak Zakie, saya kena juga gunakan acuan tu, sekadar nak dapatkan saiz yang sama dan melipatnya. Kemudian kelim dengan tangan utk kemaskannya.
Delete120biji? aduhhh saya tak sanggup! tapi saya suka karipap, kak azie dah buat saya kecur liur pulak... aduhhh malasnya!
ReplyDeleteKalu malas, cuba la buat sikit dulu. Kalu buat sekaligus banyak, memang rasa seksa. Saya sendiri kena ada pembantu kecik tu, kalu tidak jenoh juga.
DeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeletenyam nyam....
Dah kenyang dah? hehehe
DeleteAssalamualaikum....
ReplyDeleteWah sedapnya projek karipap ni....order boleh?
Anyway MYideakini singgah baca, komen & follow blog aziezah...
Dijemput untuk join segmen MYideakini....
Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?
Terima kasih...
Terimakasih...
DeleteKalau ramai2 buat semua kerja jadi mudah.
ReplyDeleteAnak2 kak Zai kalau buat karipap tak nak tolong kononnya tak pandai nak buat tepi dia ishhh...geram.
Anak-anak dara saya pun, sorang pun tak reti Kak Zai. Tapi nak menyibuk juga. Jadi saya tugaskan depa sorang membulat-bulat adunan, sorang ambik bulat tu gelek. Saya hanya masuk inti dsn kelim. Agak cepat juga proses tu bila ada orang bantu.
DeleteAina dah lupa bila kali terakhir buat karipap!
ReplyDeleteKena bukak kitap balik!
Deleteehh.. karipap neh byk neh..
ReplyDeleteehemm. ehemmmm.. hikhikhik..
Sekejap jer langsainya tu nanti Iyra. Kalu berhajat, sms nanti Kak Azie buatkan yaaaa...
DeleteBerminat ngan kaedah buat inti ngan rice cooker tu. Kalau inti daging, boleh juga ngan rice cooker?
ReplyDeleteSaya tak jamin la pulak Cikgu. Sebab bimbang, 15 minit tu tak cukup untuk empukkan daging. Why not, rebus dulu daging then baru masukkan dalam kentang.
Deletetak sempat tengok cite brave tu. kena beli DVD jelah.
ReplyDeleteKami beli kat Astro Best. Cuma RM10, tengok 48 jam!
Deletewalaupun dah jarang komen tapi tak pernah tak baca, cuma nak tanya...
ReplyDeletemana pi entri latest yang keluar kat feed saya... hihi
kena tarik balik ke?
memang tak reti buat karipap nih..tahu makan aje..nantilah satu hari insyaAllah nak belajar..cantik karipap tu
ReplyDelete