Sunday, November 25, 2012

Paru Goreng Berempah: tiru resipi Amie...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
25-11-2012


Sebenarnya Saya minat makan paru ni dah lama. Dalam rumah anak-anak yang besar semua ok saja, suka. Cuma MyToklaki saja yang tak minat.

Biasanya buat paru goreng saja. Jarang buat Sambal Paru sebab tiap kali buat manjang tak jadi. Paru jadi lembik semula wpun dah goreng garing.

Then, kerana kerap kuar-masuk blog Amie’s Little Kitchen, minggu lepas nampak resipi dia masak Peparu Goreng Berempah. Sebelum ni, tiap kali tengok setiap entri dia, memang geram sebab sedap-sedap belaka. Cuma kali ini nak cuba resipi paru kerana kami suka paru goreng garing camtuh.

Sebelum ni, Saya ‘goreng bodo-bodo’ saja dengan garam kunyit. Beberapa tahun lalu, sorang kawan ajar soh perap dengan lada hitam dan kicap. Pun sedap juga. Rupanya ada lagi resipi laaaagi sedap!

Agenda ke Pasar Pudu semalam, paru dibeli 1 kilo. Banyak tu 1 kilo sebab paru ni mampung dan ringan. Dah niat nak cuba resipi baru, kan?

 Sebelum digaul untuk diperap.

Perap seharian bermula semalam. Hajat nak goreng sebelah malam, sebab Dak Amoi kuar petang. Malam baru makan sama-sama.


Hasilnya malam tadi. Tak ler secantik hasil yang dibuat Amie.

Memang sedap, sebab ada rempah ratus. Cuma sebab Saya terbubuh garam sedikit lebih, jadi saya tak masukkan kicap seperti dalam resipi Amie. Ohhh... rasanya sedap. Seluruh rakyat dalam rumah puji, sebab paru menjadi lebih lembut gebu dan enak!

Boleh la buat lagi nanti. Terimakasih Amie....!

*****

Tayang-tayang:

Hasil buruan Dak Amoi semalam. Dia muda, bolehlah pakai merah.





~...sudah lama HISYAM tidak dipelawa memburu ke hutan dara mengejar rusa kerana SERI BULAN merengek hendak ikut sama dan Pak Utih sendiri bagai hilang yakin terhadap rakan perburuan dan semakin merasa curiga bimbang kaki terjerut di akar ara nanti disebut sebagai bunian mengacah...~


 




13 comments:

  1. Assalamualaikum,
    tak reti masak jugak...selalunya beli je ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paru ni memang leceh skit nak masak, sebab kena rebus dulu baru boleh dihiris. Banyak prosesnya.

      Delete
  2. Orang lama pun bole je pakai merah kalau kena caranya azie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh betul cikgu. Tapi saya yg kulit sedikit kelam ni, kalu pakai merah, terus jadi gelap gelita. hehehehe

      Delete
  3. cantiknye baju... merahnya mak ngah.. hehe
    bagitau Dak Amoi.. jgn lalu tepi lembu.. takut tak menang lari.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan kasut tumit tinggi tu, memang jenoh la nak lari. Hahahaha!

      Delete
  4. Assalamualaikum Azie,
    terima kasih sudi cuba resepi kita... he he ehh kembang setengah mangkuk dah ni hikhikhikkk...
    Memang sedap peparu ni, lagilah kalau kita jenis suka meratah, tak sedar habis sepinggan!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Azie,
    terima kasih sudi cuba resepi kita... he he ehh kembang setengah mangkuk dah ni hikhikhikkk...
    Memang sedap peparu ni, lagilah kalau kita jenis suka meratah, tak sedar habis sepinggan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih again Amie, tak kiralah U kembang 2,3 mangkuk! hehehehe
      Memang kami makan dengan nasi juga meratah ratah!

      Delete
  6. Best ni..
    Anak2 makchaq pun suka paru goreng ni.. Nak kena pi trngok jugak la resepinya...
    Tapi makchaq kalau goreng paru macam tak mau nak garing.... Kalau garing rangup tu sedap kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh garing MakChaq, kena goreng dengan api yang kuat. Memang bila garing memang sangat sedap!

      Delete
  7. sedapnya kak paru ni. paling syok dpt makan sambal paru dengan nasi lemak kak azie. huhu. terliur ni! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak ya? Wahhh idea yang baik juga tuh. Next time nak buat nasi lemak dengan lauk paru lah!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails