Thursday, October 17, 2013

Katerer promote syarikat di blog saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
17-10-2013


Semalam, sempat saya semak beberapa entri lalu ternampak komen berikut di satu entri lama saya. Berkaitan katering kenduri kahwin. Entri bertajuk “Kenduri katering tu murah, tapi...”, berkaitan saya menulis tentang menu sebuah katerer.

Saya tak berniat pun nak komplen hingga menjatuhkan mana-mana katerer, tapi sekadar kritikan seorang pengguna.

Kemudian saya jumpa 2 komen berikut:


Bagi saya perniagaan adalah persaingan. Walaupun kita berniaga dalam line yang sama, atau kita berada di atas sekali dalam bidangnya, itu bukan bermakna kita boleh menafikan kebolehan syarikat lain, atau menyebut sesuatu yang buruk tentang mana-mana saingan kita. Saya anggap itu tidak sihat.

Seorang dealer jenama direct selling pernah sebut pada saya (puluhan tahun dulu), “Untuk jual produk kita, jangan sekali-kali hentam produk lain. Cukup menyebut, produk itu bagus tapi produk kita LEBIH bagus”. Saya setuju.

Apapun, saya mengalukan mana-mana orang, or syarikat sekalipun nak perkenalkan produk masing-masing di komen entri saya. Media sosial sangat berpengaruh dan besar kesannya hari ini. Baik buruk, kita yang kawal.

Again, saya suka nak sebut saya tidak pernah berniat untuk menjatuhkan mana-mana produk or syarikat. Tapi saya berpendapat, kritikan itu perlu. Sentiasa perlu.

Cuma jangan mudah sentap jika kena kritik. Kali setakat jual produk baru 2,3 ratus pun dah mudah sentap bila kena kritik, cemana nak berniaga ribu riban. Alahai....




 ~...beberapa kali disindir-perli tentang betapa masamnya Laksa Asam, betapa pedasnya Asam Pedas, sungguh garing si ikan goreng juga amat panjang si kacang panjang tetapi tidak pernah sekalipun SERI BULAN merasa serik untuk terus memikat hati dan perut si HISYAM yang cerewet itu sehingga Mak Utih pula yang merasa serik...~




Wednesday, October 16, 2013

WW: rini Rabu bukan Senin...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
15-10-2013


Kerja semula. Dijadualkan akan stay sampai 8:00 malam ini.

Tayang-tayang yang ulangtayang:



Diiring oleh Rendang Minang daging korban. Saya tak snap, tapi saya gunapakai semula koleksi gambar lama.







 ~...HISYAM ke mana gerangan tidak berpesan tidak beramaran lalu SERI BULAN hampir penasaran...~




Tuesday, October 15, 2013

Daging tu musuh, tapi sedap....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha, Hari Raya Aidil Adha
15-10-2013


Kami dapat kira-kira 2kg daging korban tahun ini. Lebih kurang sama jer tiap tahun. Alhamdulillah, surau taman saya tahun ini mengorbankan 12 ekor lembu.

MyToklaki juga dapat sedikit tulang lembu yang kompom la kena dibuat sup. Dia memang peminat sup tulang, sup ekor, sup kambing dan segala adik beradik tulang lah. Kita sedia faham, memang kaum lelaki sangat minat sup, kan? Tu sebab restoren yang jual sup boleh berniaga dan maju terutama kalu ada sup Gear Box tuh.

Sebenarnya, daging adalah musuh bagi kita jika diambil berlebihan. Pesakit kanser langsung tak boleh sentuh. 2 orang rakan sekerja saya bekas pesakit kanser (yang sudah dibedah dan sembuh), langsung tidak dibenarkan sentuh daging. Kerana daging dikatakan boleh merangsang pertumbuhan sel kanser.

Saya tak gemar daging, begitu juga anak-anak. Jarang saya beli daging dalam setahun. Tapi kami tidak menolak daging. Sekali sekala terutama musim kenduri or raya, makan tetap makan.

Daging korban hari ni dah siap di-rendang-minang-kan petang tadi. Saya segan nak amik gambar, sebab tak cantik pun. Tapi rasa dia, ‘sedap habaq hang!’

Tulang tu saya tak leh nak agak berapa banyak, almost 5kg kot. Seperiuk sup untuk kami meratah malam ni. Masa taip ni, sup dah siap tapi belum boleh dihirup sebab bos besar blem balik dari surau.

Sebagai blogger ketegaq, amik gambaq tu dah kira kemestian:


Hmmmm... Pulut Kuning sedang dikukus. Esok pagi akan ‘diarun’ dengan santan. Untuk sarapan dan juga memenuhi hasrat beberapa orang kawan di tempat kerja yang kepingin Pulut Kuning saya.




 ~...walaupun belum bertahun menetap di Kampung Separuh Desa dan menjadi penghuni paling disayangi di Teratak Nyatuh, SERI BULAN sudah memahami waktu mana harus dia menanti HISYAM melintas di laman, ketika mana dia hanya perlu berlindung di balik kain tutup tingkap menjeling pandang, tapi dalam banyak keadaan dia sangat berharap HISYAM akan singgah walau hanya dengan alasan ketagih kopi...~




Lambaian Baitullah TV9: jangan menangis kerana anak-anak....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin, malam Raya Haji
14-10-2013


Dalam sibuk masak itu ini (ringkas jer pun), saya sempat tonton satu drama khas sempena Aidil Adha bertajuk Lambaian Baitullah, di TV9 lakunan hebat Ahmad Tarmimi Serigar, Delimawati, Fahrin Ahmad dan Intan Ldyana (dll).

Drama yang best, bermesej dan menyentuh hati tentang pengorbanan ibu ayah kepada anak, adik terhadap abang, abang terhadap adik-adik. Arahan Murali Abdullah, drama ni memang bertepatan sekali dengan makna pengorbanan.

Saya suka dialog ni, “Jangan sekali-kali menangis kerana anak-anak. Setitik airmata tu akan menyeksa anak kita. Doakan mereka.’

Lagu latar drama ini yang sebenarnya lebih memberikan kesan di hati dan jiwa. I like...!

Pergi Haji — Haddad Alwi (featuring Ashilla)

Pergi haji ke tanah suci
Menjalani niat yang murni
Wajahnya berseri-seri
Penuh rahmat dari Illahi
Semoga Tuhan memberkahi
Amal ibadah insani

Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la
Innal hamda wa ni’mata
Laka wal mulk la syarîka la
Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la

Pergi haji ke tanah suci
Menjalani niat yang murni
Wajahnya berseri-seri
Penuh rahmat dari Illahi
Semoga Tuhan memberkahi
Amal ibadah insani

Pergi haji ke tanah suci
Menjalani niat yang murni
Wajahnya berseri-seri
Penuh rahmat dari Illahi
Semoga Tuhan memberkahi
Amal ibadah insani

Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la
Innal hamda wa ni’mata
Laka wal mulk la syarîka la
Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la

Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la
Innal hamda wa ni’mata
Laka wal mulk la syarîka la
Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la

*****

Tayang-tayang:


MyToklaki dapat t-shirt sebagai ahli pasukan melapah esok di surau. Tahun ni kaler hijau.





 ~...melihat dan merasai sendiri sentuhan kasih sayang orang lain terhadap mereka berdua, SERI BULAN pernah berkata kepada HISYAM, “kenapa mereka sangat sayang kepada kita tetapi tidak pernah bercerita sekali pun berkisah tentang anak sendiri?’ lalu HISYAM pernah terfikir hendak menyelidik tapi bimbang diherdik...~




Monday, October 14, 2013

Aidil Adha: pengorbanan yang menjadi tuntutan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
14-10-2013


Walaupun hari ini hari bekerja saya, tapi persiapan untuk Aidil Adha esok, berjalan lancar seperti sepatutnya.

Barang basah sudah dibeli dari pasar semalam. MyToklaki sepagian semalam berada di surau, sebab terlibat sebagai pasukan melapah, lalu acara mengorek lubang untuk sembelihan lembu berlangsung dengan  jayanya.

Bagi yang bercuti, selamat bercuti dan selamat balik kampung.


Inilah tahun pertama kali saya menyambut Raya tanpa cuti tambahan. Aidil Fitri lalu pun saya tak bercuti tambahan.

Saya anggap ini juga merupakan salah satu pengorbanan kecil yang saya buat, dengan niat saya bekerja pada hari itu untuk memberi peluang dan ruang kepada orang lain yang lebih memerlukan cuti.




 ~...HISYAM sudah pandai merengek setiap kali Mak Utih mula memerun api dapur kayu sedangkan SERI BULAN tahu itu hanya sekadar hendak merebus telur sebagai pelengkap Nasi Lemak Kampung, tetapi seorang ibu tua seperti Mak Utih mana mungkin dia sampai hatinya hendak menghampakan hasrat si anak teruna yang walaupun bukan dikandung dan dikendung tetapi kasihnya sering memberikan rasa resah kepada Pak Utih kerana bimbang suatu hari nanti harus terpisah...~




Sunday, October 13, 2013

Paralgin Forte tu sejenis dadah rupanya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
13-10-2013


Hari ini merupakan hari di mana saya berhenti batuk sepenuhnya. Sejak pagi saya yakin saya telah pulih sepenuhnya dari batuk, selepas 3 minggu. Alhamdulillah.

Jenuh juga saya makan ubat doktor, sirap batuk, 2,3 jenis gula-gula sakit tekak, 2 botol besar madu dan lemon. Tu belum masuk saya pantang makan, tak sentuh air sejuk (kebetulan saya jarang minum ais), tak sentuh yang berminyak, akhirnya seorang makcik yang jual nasi lemak bagitau saya, beli la pil di farmasi.

Lalu saya dicadangkan pil yang bernama Paralgin Forte ni oleh ahli farmasi. Rakan doktor saya bagitahu sesuatu tentang pil ni:





Saya makan 6 biji saja. Selepas ni saya hanya nak habiskan antibiotik yang doktor bagi tu jer.





 ~...melihat sendiri bagaiman Pawang Ujang begitu bersungguh merenjis air longkang sambil menyulam secebis tulang bersepuh emas, sehingga memberikan rasa seram sejuk kepada SERI BULAN dan ngilu kepada HISYAM kerana tidak pernah menduga masih ada orang ingin direnjis sebegitu juga dijampi serapah dengan bahasa sampah...~




Saturday, October 12, 2013

Maruku Pagoda yang sering saya tergoda...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
12-10-2013


Hari ini hari bekerja saya. Semalam arahan kuar, saya diarah bekerja sehingga 2:30pm, tapi selepas setengah jam tiba-tiba saya diarah stay sehingga 4:30pm pulak. Alasan, saya kena tolong cover projek orang lain yang nak balik kul 2:30pm.

Wahhh meletup saya sekejap! Apa, ingat saya takda keja sendiri nak buat? Saya pun ada job urgent nak kena handle. But.. yeah arahan tetap arahan. Bengang pun saya buat juga. Sebab lepas saya sudah bertenang hasil dari ‘meletup’ tu, saya terfikir yang mungkin saya dilihat capable untuk handle projek urgent tu, lalu itu suatu kelebihan. Cewahh pujuk driri sendiri dengan statement perasan. Positif... positif.

Sejak dulu, (wpun sekali sekala ada juga terasa tertekan) saya sudah mendidik diri (dan hati) untuk terus gigih dan kental walau berapa teruk pun saya ‘dibuli’ atau diarah  untuk sesuatu yang saya rasa berat sebelah. Bila saya set minda saya untuk sentiasa positif camtu dengan buat tak pot pada hal yang kurang berpekdah (such as pot pet gossip hal peribadi or kutuk orang atasan), saya dapati saya boleh fokus pada kerja saya dengan lebih baik.

Cukup lah saya berani kata pada diri sendiri dan tulis di blog: bahawa saya sangat komited dengan kerja, gigih untuk maju dalam kerjaya dan saya bukan jenis cincai macam setengah orang yang buat kerja lebih nak penting diri sendiri saja. Saya sentiasa pegang kuat pada prinsip, hasil kerja yang baik akan memberikan ganjaran yang baik samada lambat atau cepat. Tidak kira apapun bentuk ganjaran itu. InsyaAllah...

Tayang-tayang:


Boleh campur. 3 bungkus = RM5 or sebungkus RM2.

Jajan waktu petang yang paling popular paberet saya ialah Maruku Pagoda. Saya beli dari pelbagai ‘versi’ samada timbang kati di supermarket (selalunya Aeon Maluri) atau stall roda tiga dekat stesen LRT, or stall kecik depan bank dekat rumah... or yang ready packed jenama Tesco.

Lama-lama ramai pula rakan sekerja saya yang terikut gemarkan maruku ni, lalu selalunya saya jadi tukang beli.


Walaupun di lantai work station saya, ada yang berniaga jajan e.g. kacang dan kepek lain, tapi Maruku Pagoda sentiasa mendapat sambutan.

Cuma jangan makan banyak sangat, sebab rempah maruku boleh buat kita sakit tekak dan batuk. Macam saya sekarang... huhuhuhu! Pantang makanan bergoreng dah masuk minggu ke-3 dah nih...!





 ~...walau sedia tahu juga sedia maklum HISYAM bukan penggemar siput kerana bimbang gout tak mampu berpaut, tetapi setiap kali SERI BULAN diajak ke jeti di sebelah baruh dia sudah dikenal pasti sebagai pemborong kepah tanpa sepah sehingga Mak Utih tak upaya menolak permintaan si anak kesayangan yang sanggup makan sampai tahap ‘calat tunggoi’...~




Friday, October 11, 2013

Kenangan Mengusik Jiwa: biskut biji asam....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
11-10-2013


Korang percaya tak, kalu saya sebut saya tak makan biskut punya orang? Betul. Saya bukan jenis orang yang makan biskut, apa lagi nak sebut suka makan biskut. Tapi stok biskut sentiasa ada di rumah untuk bebudak, tapi saya langsung tak heran. Tak rasa langsung nak makan. Sangat jarang saya nak makan biskut. Sebab tu saya tak pernah ada stok biskut di tempat kerja saya.

Kenapa? Agaknya sebab masa kecik-kecik dulu saya dah ‘jenuh’ makan biskut kot. Masa kami kecik dulu, MyArwah Ayah selalu belikan kami biskut — zaman dulu memang dah ada maam-macam jenis biskut kering — sebab kami jarang dapat peluang beli jajan macam budak sekarang.

Kerana keluarga kami besar (saya ada 11 siblings) jadi apa saja makanan adalah banyak. Jika musim buah, dia akan beli rambutan sampai 1 guni baja. (ada yang tak tau apa itu guni baja?).

Jadi dia selalu beli biskut dalam tin biskut yang sebesar tin minyak tanah. Boleh bayang besar mana tin biskut tuh? Yang jenis empat segi ada kaca pada satu sisi untuk nampak biskut di dalamnya.

Macam gambar di bawah ni:

Saya snap di pasar malam, Selasa lalu. 

Biskut zaman sekarang lebih pelbagai dan lebih ‘moden’. Zaman saya dulu, ada banyak jenis juga tapi selalunya MyArwah Ayah belikan biskut  lemak (ada orang panggey ‘biskut mayat’, biskut kapal (bulat sedikit keras tapi mampung, ada rasa macam jagung skit), biskut lutut (biskut keras bulat macam kepala lutut, selalu makan dalam pantang bersalin), biskut panjang (adik beradik biskut lutut tapi panjang macam tongkol jagung), biskut tangkup dan 2,3 jenis yang saya dah tak ingat.

Walaupun zaman sekarang biskut tu masih ada, tapi saya dah berenti makan biskut. Semulajadi macam tu, terasa tak teringin dah. Sekali sekala ada tapi selalunya memang saya tak teringin langsung. Pelik tapi itu lah, dah jenuh kot...

Biskut paling seronok dibeli masa saya kecik dulu ialah biskut bulat-bulat yang ada kuntum bunga gula ising (keras warna-warni) yang kami panggil ‘Biskut Biji Asam’. Orang lain mungkin sebut nama lain.


Masa kecik dulu, beli dengan harga 2 kupang (20 sen) boleh dapat sampai 2 genggam. Tapi makannya cuma gula ising tu jer. Biskutnya tinggal kasi mak makan. Hahahaha!

Saya tak pernah beli biskut sampai 1 tin besar macam tuh. Sekarang biskut sudah dipek cantik dalam bungkusan yang mudah disimpan. Anak-anak suka Chipsmore (yang mahal ya amat tuh...!) juga biskut Oreo (lagi mahal..!) juga biskut dalam tin bulat yang susah nak sebut namanya tuh (Butter Cookies Kjeldsens’).

Ada satu saja jenis biskut yang saya layan sekali sekala. Biskut kering mentega. Pernah makan? Biskut yang dibakar kering dengan majerin dan gula dibakar sekali tuh... Cicah air kopi. Sedap habaq hang!


*Pic Google.





 ~...bukan tidak pernah Mak Utih berpesan dan Pak Utih beramaran tetapi anak dara Pak Imam bagai sengaja pula membuang malu menjengah Teratak Nyatuh setiap kali HISYAM ada bertandang datang dan SERI BULAN bagai teruja hendak menghalau pulang tetapi kedegilan itu rupanya memberikan suatu keseronokan pula kepada HISYAM dan sering dicebik dek SERI BULAN sebagai, “Ahh jantan!”...~




Thursday, October 10, 2013

Iklan bombastic? Nampak benor pembohongnya...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jumaat
10-10-2013


Kita semua tahu, iklan sangat penting. Sangat-sangat penting. Saya pernah tulis esei berkenaan kepentingan iklan dan kesannya.

Iklan dengan kita hari ini sudah sebati. Tanpa iklan, tak akan kita faham sesuatu info dengan sekadar baca jenama. Nama brand gah, tapi kalu tak faham fungsi dan bendanya, tak mungkin produk dapat dijual. Iklan menjadi suatu industri mahal hari ini. Pengeluar produk sanggup kuarkan bajet berjuta untuk iklan. Dan ramai yang terlibat dalam dunia iklan — dari model kepada pengarah juga hingga ke orang yang sedia prop — boleh kaya raya dengan melibatkan diri dengan iklan. Kan?

Iklan menjadi penaja hampir sebahagian program di tv. Itu belum masuk menaja konsert lagi. Di tv, iklan mengambil hampir separuh masa sesuatu rancangan. Itu biasa. Malah iklan turut memberikan impak yang besar — baik buruk bergantung kita menggunakannya — dan ramai golongan kanak-kanak yang suka sangat iklan. Ada budak yang bila tiba time iklan, menganga depan tv.

Tapi pernah tak tengok iklan yang tak munasabah? Yang melampau-lampau? Yang saya suka sebut sebagai iklan ‘bombastic’? Bukan iklan bom, tapi iklan mencantikkan diri.

Semalam saya tengok satu iklan krim pencerah wajah (kenapa wajah saja?)

Dua gadis remaja yang ‘soooooo vain’ posing amik gambar sendiri dengan hp kamera. Then gambar tu di‘forward’ kepada boyfriend sorang pompuan tuh. So, lelaki tu ajak dating dan sebut ‘Ajak la kawan awak yang putih-putih melati tuh!’

Hahahahaha tergolak aku. What? Putih-putih melati? Sebab dalam gambar tu, depa touch-up dulu gambar tu kasi cantik. Elehhh... macam ramai orang buat kalu upload pic ke FB tuh!

Hakikatnya, pompuan tu tak putih sangat. Maklum kulit orang Melayu kita kan ke sawo matang? Lalu si kawan perkenalkan krim ‘ajaib’ yang boleh mencerahkan kulit dengan sekelip mata. Aku tergelak sebab ada perkataan sekelip mata tuh... Wahhh hebat dan bombastic betul iklan tuh. Ada ker krim yang boleh cerahkan wajah dengan sekelip mata camtuh? Itu namanya bedak putih kot..

Tak pa, apa pun slogan yang depa nak guna kita harap sebagai pengguna kita bijak menggunakan produk. Yang penting sesuai dengan kita, bukan beli semata-mata kerana iklan yang bombastic camtuh, or semata-mata nak nampak hebat di mata orang. 

Tayang-tayang:


Bekal saya hari ini. Ikan tenggiri dikari bersama bendi. Sedap habaq hang!






 ~...setiap kali tiba hari istimewa HISYAM akan terpinga mencari habuan kerana tahu SERI BULAN sentiasa kepingin rusa tanduk bercabang yang hanya muncul datang bila bersiul dengan buluh halus warisan Pak Utih tetapi bila kali ini hari istimewa tiba di musim tengkujuh dia hanya mampu menjinjing sebakul udang galah yang diangannya tengahari kelak udang akan digulai lemak, belacan akan dibakar hangus dan pucuk beragas akan diulam-raja dan sirap selasih sebagai tanda dia memang sentiasa kasih.....~




Wednesday, October 9, 2013

Koci Labu: sedetik saya rasa macam nak nangis tak berlagu....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
09-10-2013


Semalam, semua staf yang sama aliran dengan saya dibenarkan balik awal tanpa perlu buat OT. Sebahagian besar staf di lantai yang sama dengan saya selalunya akan ‘dikerah’ (can I use that word?) stay sehingga jam 7:00pm tapi selalunya sehingga 8:00 malam sepanjang minggu dan Sabtuday pula stay sampai 4:30 pm.

Memang jarang kami dapat pelepasan sebegitu, kecuali waktu-waktu tidak mendesak bila job masih belum berada di bahagian kami. Mereka sebut, ‘job belum naik.’ (sebab kami berada di tingkat paling atas.

Dengan cuaca yang membahang sepanjang hari selama lebih sebulan ni, jerebu yang on-off dan saya yang batuk dah masuk minggu ke-2, peluang balik awal adalah sangat awesome!

Ehh ehh! Citer pasal balik awal pun sampai 3 para? Cehhh...! hahahaha

Okey okey.. lets tayang-tayang:


Seorang kawan sekerja berjaya beli Kuih Koci Labu Manis di gerai area rumahnya di Ampang. Lalu saya dapat seketul.

Saya tak pernah jumpa Kuih Koci Labu Manis nih. Selalunya orang buat Kuih Koci guna beras pulut hitam, kan? Unik sungguh kuih tradisional kita.

Arwah MyMak Mertua dulu sangat handal buat kuih tradisional termasuklah Kuih Koci nih. Zaman anak-anak kecik dulu, arwah memang meniaga kuih-muih di berek polis. (Yup, MyToklaki tu anak bekas polis, sebab tu disiplin macam askar Jepun!)

Huhuhu sedih teringat arwah MyMakMertua yang sangat rapat dengan saya.


Rasa dia? Ohh sangat lazat. Inti kelapanya cukup lemak manis, kuah santannya cukup garam dan lemaknya, labu manisnya pula cukup lembut dan wangi... Ahhh!

Walaupun saya cuma dapat seketul (buat rasa katanya), tapi peluang nak snap gambar tak harus dilepaskan. Bukan senang nak jumpa kuih lama cenggini. Kan?




 ~.....SERI BULAN: “Saya tidak tahu akan bagaimana keadaan saya tanpa awak kerana awak sentiasa tahu apa yang terbaik untuk saya.” HISYAM: “Apa yang terbaik untuk awak, adalah kemanisan hidup bagi saya, apa jua keadaan awak akan menjadi keadaan kepada saya dan saya akan terus berada di sisi awak selama mana awak kukuh menyokong saya tak kira saat tegak atau condong”....~




Tuesday, October 8, 2013

Pak Asyiem Songkok KLfm meninggal dunia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
08-10-2013


Seorang teman, sahabat masa KLfm dulu, yang sudah lama menjadi menjadi sahabat dan kenalan, malah pernah beberapa tahun menjadi AJK dalam suatu organisasi yang kami terlibat sama. Setelah lebih 2 minggu koma di Hospital Pantai, KL akibat penyakit asma yang kronik, PAK ASYIEM Songkok meninggal dunia pagi ini kira-kira jam 2.52 am.

Arwah terkenal dengan semangat patriotiknya terhadap negara. Beberapa kali masuk akhbar dan tv berkaitan semangat beliau.




Jenazah dikhabarkan dibawa ke Melaka kampung halamannya untuk disemadikan.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang diredhai. Aaminnn....

*ya... benar. Kita akan meninggal pada hari kelahiran kita. Hari ini adalah juga hari kelahiran Pak Asyiem.



 ~....mati itu pasti, hidup insyaAllah..~




Lontong + Serunding + Sambal Goreng — rasa nak baring....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
08-10-2013


Hari ini hari ulangtahun seseorang Seseorang yang sudah ibarat menjadi sebahagian keluarga, selain juga sahabat baik kadang-kadang partner dalam beberapa urusan rasmi bisnes. Dan paling banyak adalah menjadi kawan balah saya yang selalu tak mahu kalah bila bertekak. Hahahaha....! semoga terus sejahtera dan bahagia, buddy!

Saja suka nak tayang sarapan pagi saya yang masuk kategori sakan-sakan:


Set Lontong tu ada telur rebus, serunding dan sambal kacang. Sambal Goreng Jawa tu untuk pelengkap drama di meja makan. Cewahhh....!

Kegilaan saya snap gambar makanan, sudah menjadi pandangan lumrah pada kengkawan sekerja saya sekarang. Walau ada yang masih perli-sakit-hati, tapi “Ada aku kisah?”



Selepas dicampur semua. Kenyang sampai tengahari...!

Lontong enak dari Restoren Tahu Bakar, Kota Damansara (Taman Sains Selangor 1, tidak jauh dari Pasar Muhibbah (or uptown Seksyen 6). Ada yang tahu tak? Dulu kami pernah melanggan lunch dari restoren ni, tapi kerana masalah pekerja, tokey restoren tu tak sanggup nak buat delivery.

Saya pernah order Mee Rebus Tulang yang juga menjadi menu istimewa restoren ni. “Sedap habaq hang!”


Puan restoren khabarnya orang Muar. Jawa rasanya, sebab menunya banyak ciri Jawa yang enak dan saya suka!

Cuma peluang untuk selalu ke situ amat terhad. Kami cuma sempat singgah sebelah pagi sahaja, di mana hanya menu Nasi Lemak dan Lontong + Sambal Goreng jer yang siap.

Terus teringat, saya pernah merasa Nasi Ambeng cuma sekali saja. Itu pun beli di pasar Ramadhan (tahun bila ntah). Tapi saya rasa macam tak sedap pun. Ingin sekali nak merasa Nasi Ambeng yang original ‘pure’ Jawa tuh!





 ~...sebenarnya HISYAM seorang yang hampir sempurna di mata SERI BULAN, dia cukup tinggi untuk mencapai julai jambu, cukup kuat untuk memikul sebeban kayu getah, cukup perkasa pula untuk membelah kayu getah itu menjadi kayu api, juga cukup manis bila tersengih Mak Utih sering melayannya ibarat putera raja, tetapi paling tak tahan dia keihatan cukup jahat bila dapat menyakat SERI BULAN yang sering diejek nenek kebayan tidak bersikat...~




Monday, October 7, 2013

“Karya sastera PERLI...”’: editor Sinar Harian terlepas pandang?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
07-10-2013


Saya jarang dah beli paper sekarang. Saya baca berita secara online saja, tengok berita di tv dan kadang-kadang di radio.

Semalam saya baca berita online dan ternampak tajuk berikut di web Sinar Harian:


(Abaikan iklam BMW X5 tuh).

Tidak sepatutnya tajuk besar sebuah berita boleh silap sebegitu. Kerana dengan hanya satu ‘character’, ia akan membawa makna yang lain, yang sangat berbeza. Nak salahkan siapa? Wartawan yang taip atau editor yang tak semak?

Kita boleh terima beberapa kesalahan ejaan dalam tulisan kecik yang lambat ‘ditangkap’ oleh mata, tapi please... come on lah! Ini tajuk besar.

Bertahun-tahun (I can say, puluhan tahun) bekerja dengan buku dan ejaan, saya ada suatu kelebihan di mana, mata saya cepat dapat menangkap sesuatu ejaan yang silap walau dengan sekali pandang. Even buku tu English sekalipun, saya boleh rasa ada yang silap jika saya nampak sedikit ‘lain’. Kata orang, kita mungkin tak pandai bercakap, tapi ada orang pandai menulis dan boleh mengesan vocabulary yang tepat.

Dialog dalam filem P.Ramlee: Bahasa jiwa bangsa, tau!

Cerita lain yang berkaitan:


Ya, of course la saya perasan. Saya pernah menang esei terbaik masa Form 6 dulu. Hahahaha ..! (apa kaitan ntah...)

Memang lately saya suka gunakan tajuk entri yang panjang. Tak tau kenapa. Saya suka dan rasa sedap dibaca.




 ~...ketika Mak Utih begitu teruja hendak melayan kehendak HISYAM yang kepingin merasa apa yang disebut orang sebagai juadah penganan, SERI BULAN mula terasa dia masih perlu banyak belajar hal rumahtangga kerana seorang HISYAM yang walaupun pernah berada bertahun di negara empat musim rupanya masih kuat jati diri sebagai orang Tenggara yang suka belacan dan jajan juga masih gemar wanita yang berdandan...~




Sunday, October 6, 2013

Sexs seram? Wooooiiii....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
06-10-2013


Duduk-duduk di hari minggu. Semak sana semak sini.

Dah lama tak tengok perkembangan Nuffnang.

Hahahaha keywords blog saya:


Lihat searai terkahir tuh. Sexs seram? Apakah??




 ~..,kerana memahami makna, berkorban sesuatu untuk mendapatkan sesuatu, SERI BULAN terus bertekad untuk berada di Kampung Separuh Desa walaupun terpaksa menukar menu menukar lagu, sarapan ubi rebus sudah tidak lagi jelak dan berjalan ke baruh pun sudah tidak terasa lenguh dan HISYAM terus dengan sengihnya kerana setiap kali bermain mata pun, SERI BULAN tidak berani mencubit atau mengetip...~




Friday, October 4, 2013

Menjawab soalan blogger di ruang komen, untuk mereka lebih mengenali...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
04-10-2013


Saya selalu tersenyum, kadang-kadang tergelak bila baca komen-komen menarik di setiap entri saya. Saya tahu, saya sedar ramai sekali yang sudi mengomen malah ramai yang menjadi pengomen setia di blog saya. Saya hargai.

Saya petik beberapa komen di ruang entri yang kebelakangan ini, yang saya ingin highlight di sini.

Antaranya:


Mama JU, saya bukanlah budak lagi. Heheheh... saya sebenarnya orang Perak. Kampung saya di Tanjong Piandang, Perak. Tapi sejak setahun dua ni, MyBonda sudah bermastautin di Jinjang, tinggal bersama adik bongsu yang sudah balik menetap di Malaysia.

Next:


Ini pasal makan Chicken Chop tu la. Sebenarnya, memang tak pandai buat pun, sebab tak pernah cuba pun nak buat sendiri. Tapi kalu gigih nak buat sendiri, belajar haruslah jadi pandai ye tak? Hahahaha... Dak T.A.T.A ni antara pengomen setia saya. Sayang awak ketat-ketat...!

Seterusnya, Diana orang Kedah ni:


Siap mimpi-mimpi kita ni, apahal eh? Semalam mimpi lagi dak? Kalu cukup 3 malam berturut dok mimpi saja, haruslah Kak Azie kena bawak kain batik dengan telur rebuih nih. Hahahahah!

*****

Tayang-tayang:


Dah banyak hari, ini lah air minuman saya. Batuk saya memang selalunya lambatttttt baik. Paling biasa, 2–3 minggu. Seksa rasanya.






 ~...memang sudah agak lama mereka menjadi pemastautin tetap di Kampung Separuh Desa, tetapi tidak ramai yang sangat mengenali dan memahami HISYAM sebagaimana SERI BULAN yang sentiasa faham bila lelaki itu murung macam ayam kena kurung, muram macam budak kepala dijeram, sugul macam kaki tersepak tunggul malah dia sangat mengerti bila suatu pagi HISYAM bangun termenung bersama surat terbentang di depan mata kerana tidak tahu hendak membaca atau mengulas...~




Thursday, October 3, 2013

Chicken Chop semurah RM6.50: saya terkujat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
03-10-2013


PMR hari ini, paper English & Geografi.

Hmmm... minggu lepas balik dari menziarah MyBonda, saya ajak sepupu-sepupu saya pegi makan-makan. Tapi depa yang tunjuk kedai paberet depa. Chicken Chop di foodcourt Kampung Pandan.

Lama sungguh saya tak pegi makan area situ. Dolu-dolu rajin ler jugak. Rasanya sesapa yang tinggal area Pandan, (esp. Kampung Pandan) harus tahu foodcourd nih. Berdepan dengan flat perumahan Desa Pandan, tidak jauh dari IKM dan bersebelahan saja dengan Klinik Kesihatan Kg Pandan.

Rupanya depa suka makan Chicken Chop kat situ. Saya pernah makan situ sekali dua, tapi dah lupa rega berapa.

Walaupun foodcourt tu nampak tak eksklusif, tapi rata-rata tempat duduk (meja panjang konkrit ber‘tiles’) memang sentiasa penuh. Terutama bahagian bakar sate tuh!



MyMakMenakan order Chicken Chop Nasi Goreng.



Dihidang di atas hotplate. Berasap you! ABC tu bukan saya punya, sebab saya batuk tak berani sentuh langsung.



As usual, “Sedap habaq hang!”

1 set = RM6.50 sahaja. Terkejut saya. Walaupun presentation memang lah tidak boleh dibanding dengan kedai western lain yang pernah saya pegi makan, tapi saya puas hati sebab portionnya cukup kenyanng. Black Pepper Sauce nya enak.

Hmmmm... nak pegi lagi lah!





 ~...semalam ada senyum terukir sampai ke pagi apabila SERI BULAN menyebut akan menenun pelikat berbenang lima dan HISYAM berangan hendak menyarung di Hari Raya...~




Wednesday, October 2, 2013

Cuti tambahan Aidil Adha dibekukan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
02-10-2013


Buat pertama kalinya, tahun ini semua cuti tambahan untuk Raya dibekukan. Aidil Adha bakal jatuh pada 15hb Selasa, right? So ramai yang berangan nak ambik cuti pada Senin, then ada juga yang nak sambung terus sampai Rabu.

Menanti-nanti form cuti untuk di‘tick’, akhirnya petang semalam diumumkan semua cuti tambahan untuk Aidil Adha tahun ini dibekukan. Langsung tiada siapa dibenarkan apply cuti extra kecuali bercuti pada hari Raya sahaja.

Semua department terlibat. Well, adil begitu. Hanya untuk kes-kes yang tak boleh diubah seperti, ada staf yang dah booking tiket flight untuk balik ke kampung (terutama ke Pantai Timur) sahaja yang nampaknya dapat pelepasan.

Well, sementelah saya memang tidak berhasrat ke mana-mana jadi isu ni tak jadi hal kepada saya. Semua orang tak boleh apply. Alasan, kerja terlalu banyak.

Ini semua kerana bulan lepas, sebuah company yang dulu puluhan tahun gah dalam ‘this line’ terpaksa shutdown (read: tutup operasi), lalu beberapa projek dari client yang sedia ada diambil alih oleh company tempat kija saya. Lalu projek jadi berganda-ganda. Kalu hujung tahun ni takda bonus, haruslah ada yang mengamuk ugut nak berenti kija! Hahahaha...!

**************


Minggu lepas, saya bawa sepupu-sepupu saya menziarah MyBonda di Jinjang. Jika Raya Haji nanti saya tak sempat nak balik ke Jinjang (MyToklaki akan busy dengan acara korban di surau), sekurang-kurangnya, saya sudah menziarah dia bulan ini.


MyBonda, sejak dulu kalu ada anak kecik memang dia akan bacakan beberapa doa di ubun budak. Sebagai doa kesejahteraan, terang hati serta lain-lain yang baik-baik.





 ~...menanti sesuatu yang boleh disebut acara tahunan yang dilihat sakan oleh SERI BULAN dan HISYAM rupanya bagi warga Kampung Separuh Desa sudah diibarat tidak hairan, lalu bila mereka begitu teruja hendak melihat acara menepung tawar sudah ada yang tertawa gelihati kerana apa yang ditepung apa yang ditawar rupanya tidaklah berselepung juga tidak berair mawar...~




Tuesday, October 1, 2013

“Bodoh! bodoh!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
01-10-2013


Dah Oktober. Rekod cuti semua staf dah kuar. Ada yang berbaki puluhan hari. Ada yang berbaki 100± hari lebih tidak diambil. Rekod paling banyak, 256 hari baki cuti sorang designer.

Hai... kalu saya ada baki cuti camtu banyak, kompom merata alam saya berjalan. Depa tu bukan taknak cuti, tetapi position depa tu penting dan selalu tak boleh cuti.


*****


Balik kija malam tadi, Me & MyToklaki bertembung dengan sekumpulan (5,6 orang) bebudak lelaki remaja. Mungkin masih Form 2 or Form 3 berkumpul bersama motor masing-masing. Yang tak sedap didengar tu, bahasa depa. Mak aiii... kembang telinga.

Woiii tunggu la aku, bodoh!”

“Hey bodoh! Cepat aarr!”

MyToklaki geleng kepala. “Kenapa budak-budak sekarang ni tak lepas nak sebut ‘bodoh’? Dia tu pandai sangat ker?”

Kerana saya diam malas nak tokok tambah dia bebel lagi, “Zaman aku muda dulu, mana ada nak sebut benda-benda camtu.”

Isu tu senyap camtu saja sebab saya malas nak bertekak or berbalah walaupun saya setuju sepenuhnya akan bebelan si suami tu. Kan saya batuk kuat? Malas la nak cakap banyak-banyak!




 ~...malam semalam bulan kelihatan menyabit serong dan cahayanya begitu tajam dan seperti biasa mengekori ke mana sahaja sehinggakan terleka SERI BULAN dek sabitnya bulan purnama itu lalu nyaris tersungkur disadung akar meranti yang menjalar tidak disedar, HISYAM terpaksa menutup mulut menahan tawa yang hampir terhambur kerana bimbang nanti kena sembur...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails