Tuesday, October 15, 2013

Daging tu musuh, tapi sedap....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha, Hari Raya Aidil Adha
15-10-2013


Kami dapat kira-kira 2kg daging korban tahun ini. Lebih kurang sama jer tiap tahun. Alhamdulillah, surau taman saya tahun ini mengorbankan 12 ekor lembu.

MyToklaki juga dapat sedikit tulang lembu yang kompom la kena dibuat sup. Dia memang peminat sup tulang, sup ekor, sup kambing dan segala adik beradik tulang lah. Kita sedia faham, memang kaum lelaki sangat minat sup, kan? Tu sebab restoren yang jual sup boleh berniaga dan maju terutama kalu ada sup Gear Box tuh.

Sebenarnya, daging adalah musuh bagi kita jika diambil berlebihan. Pesakit kanser langsung tak boleh sentuh. 2 orang rakan sekerja saya bekas pesakit kanser (yang sudah dibedah dan sembuh), langsung tidak dibenarkan sentuh daging. Kerana daging dikatakan boleh merangsang pertumbuhan sel kanser.

Saya tak gemar daging, begitu juga anak-anak. Jarang saya beli daging dalam setahun. Tapi kami tidak menolak daging. Sekali sekala terutama musim kenduri or raya, makan tetap makan.

Daging korban hari ni dah siap di-rendang-minang-kan petang tadi. Saya segan nak amik gambar, sebab tak cantik pun. Tapi rasa dia, ‘sedap habaq hang!’

Tulang tu saya tak leh nak agak berapa banyak, almost 5kg kot. Seperiuk sup untuk kami meratah malam ni. Masa taip ni, sup dah siap tapi belum boleh dihirup sebab bos besar blem balik dari surau.

Sebagai blogger ketegaq, amik gambaq tu dah kira kemestian:


Hmmmm... Pulut Kuning sedang dikukus. Esok pagi akan ‘diarun’ dengan santan. Untuk sarapan dan juga memenuhi hasrat beberapa orang kawan di tempat kerja yang kepingin Pulut Kuning saya.




 ~...walaupun belum bertahun menetap di Kampung Separuh Desa dan menjadi penghuni paling disayangi di Teratak Nyatuh, SERI BULAN sudah memahami waktu mana harus dia menanti HISYAM melintas di laman, ketika mana dia hanya perlu berlindung di balik kain tutup tingkap menjeling pandang, tapi dalam banyak keadaan dia sangat berharap HISYAM akan singgah walau hanya dengan alasan ketagih kopi...~




10 comments:

  1. Selamat hari raya aidiladha kak....
    Sedapnya sup tulang...fresh lg tu yg sdap tu...:-)
    Sy mmg suka daging...dan pminat setia...seminggu sekali msti mkn daging....hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daging yang segar baru, memang manis dan lembut jer bila dimasak.

      Delete
  2. Kakcik dah pesan Abg Mus jangan ambil tulang, tapi berkilo2 juga dia bawa balik!

    ReplyDelete
  3. semalam rumah saya dah dapat sebungkus daging korban. hari ini dan esok belum dapat lagi. ada yang belum setel korban.

    biasa benda yang sedap tu kalau dimakan berlebihan pun akan jadi tak sedap dan mudarat.

    ReplyDelete
  4. daging masak black pepper + mushroom butang + fried potatoes.

    ReplyDelete
  5. sedapnya...
    mlm td mak buat sup kambing, yang daging lembu belum dimasak lagi.

    ReplyDelete
  6. org yang ada penyakit darah tinggi pun sama kak Azie. Makan daging 2 3 kali setahun aje boleh, makan lebih memang boleh jadi sakit kepala yg amat. Daging kambing, memang kami sekeluarga xmakan seumur hidup dan tak pernah rasa mcm mana kambing. Boleh nk langgar pantang, alamatnya warded @ strok... Risikonya nk makan daging kambing, sangat tinggi. Ayam, lembu,ikan tu saja yang kami boleh makan

    ReplyDelete
  7. Daging korban hiris nipis, tumis bawang merah, bawang putih, halia boh daging dan goreng tambah kunyit dan ayaq asam...sedap Kak Azie...

    ReplyDelete
  8. tak pernah beli daging tunggu raya korban baru nak makan puas-puas...harga pun mahal....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails