Friday, October 4, 2013

Menjawab soalan blogger di ruang komen, untuk mereka lebih mengenali...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
04-10-2013


Saya selalu tersenyum, kadang-kadang tergelak bila baca komen-komen menarik di setiap entri saya. Saya tahu, saya sedar ramai sekali yang sudi mengomen malah ramai yang menjadi pengomen setia di blog saya. Saya hargai.

Saya petik beberapa komen di ruang entri yang kebelakangan ini, yang saya ingin highlight di sini.

Antaranya:


Mama JU, saya bukanlah budak lagi. Heheheh... saya sebenarnya orang Perak. Kampung saya di Tanjong Piandang, Perak. Tapi sejak setahun dua ni, MyBonda sudah bermastautin di Jinjang, tinggal bersama adik bongsu yang sudah balik menetap di Malaysia.

Next:


Ini pasal makan Chicken Chop tu la. Sebenarnya, memang tak pandai buat pun, sebab tak pernah cuba pun nak buat sendiri. Tapi kalu gigih nak buat sendiri, belajar haruslah jadi pandai ye tak? Hahahaha... Dak T.A.T.A ni antara pengomen setia saya. Sayang awak ketat-ketat...!

Seterusnya, Diana orang Kedah ni:


Siap mimpi-mimpi kita ni, apahal eh? Semalam mimpi lagi dak? Kalu cukup 3 malam berturut dok mimpi saja, haruslah Kak Azie kena bawak kain batik dengan telur rebuih nih. Hahahahah!

*****

Tayang-tayang:


Dah banyak hari, ini lah air minuman saya. Batuk saya memang selalunya lambatttttt baik. Paling biasa, 2–3 minggu. Seksa rasanya.






 ~...memang sudah agak lama mereka menjadi pemastautin tetap di Kampung Separuh Desa, tetapi tidak ramai yang sangat mengenali dan memahami HISYAM sebagaimana SERI BULAN yang sentiasa faham bila lelaki itu murung macam ayam kena kurung, muram macam budak kepala dijeram, sugul macam kaki tersepak tunggul malah dia sangat mengerti bila suatu pagi HISYAM bangun termenung bersama surat terbentang di depan mata kerana tidak tahu hendak membaca atau mengulas...~




27 comments:

  1. lemon tea..mmg feberet sy..pagi ptg siang mlm..hari2 tnpa miss..bt sndiri atau order..:)

    ReplyDelete
  2. mug tu comel.. lemon tu malu shin nengok huhu #otakuneng

    ReplyDelete
  3. lemon + madu = boleh cuba nanti.

    tekak kakcik dah mula perit ni...

    ReplyDelete
  4. beli strepsil kat 7 eleven yg khas utk batuk.. bukan yg sebungkus kecik2 tu tau, dia dalam kotak, tak silap hrganya dlm RM10++. InsyaAllah.. baik. (Kotak warna kesukaan Kak Azie)

    ReplyDelete
  5. tengok gambar las tu baru teringat kat rumah ada madu..pun tengah batuk2 la ni~~

    ReplyDelete
  6. Bila orang komen kat blog, saya reply kat blog orang tu balik.. ;)

    psstt: tak pernah cuba lagi lemon + madu..
    moga k.Azie cepat sembuh hendakNYA.. ;)

    ReplyDelete
  7. agaknya dah macam suara Ella,serak2 basah hehe...
    dah cuba makan nangka?nangka masak yg isinya kuning mengharum tu...yg fresh..yg masih ada getah..

    ReplyDelete
  8. Baca kat blog manatah (biasalah penyakit org semakin nak tua asik lupa ja) Virgin Coconut Oil+limau+madu nisbah sama banyak kemudian terus minum dari sudu je tak payah bancuh tambah air. Buat untuk ubat batuk ye kak azie...:)

    ReplyDelete
  9. Satu lagi kicap + limau nipis.untuk ubatkan batuk..

    Mimpi 3 malam berturut2 tu dah tahap angau dah tu..hehheh

    ReplyDelete
  10. Kak...saya pun kalau batuk payah nk hilang. Sampai sebulan pun pernah. Tapi sejak saya guna ubat batuk Prospan, alhamdulillah..bila kena batuk tak seksa mcm dulu. Nak tido pun susah. Harganya sekitar rm15 sebotol. Kat Guardian ada jual. Rasa ubat batuk tu mcm air Teh o. hehe

    ReplyDelete
  11. alaaa kak.. terharu nya saya. air bergenang di tubir mata saya. sayang akak ketat-ketat jugak.

    terima kasih sudi terima perangai saya yang tiba-tiba aje menjadi 'admin tambahan'. saya sangat hargainya.

    *nak tisu!

    ReplyDelete
  12. Madu giant tu, berkesan ke kak? Huhuhu...

    ReplyDelete
  13. hehehe.. igt sy je ada prob tu.....

    kwn sy penah larang sy batuk depan dia sebab dia takut dengar.. cam nk pecah dada katanya

    ReplyDelete
  14. Wow..siap ada org termimpi mimpi lagi! Mcm penah jumpa la pulak ya.. :D

    ReplyDelete
  15. Lemon + madu...boleh cuba jgk nanti..
    Semog cepat sembuh...

    ReplyDelete
  16. lemon dengan madu tu boleh legakan batuk ye kak...air tu air suam ke kak? atau boleh buat air teh letak madu dengan lemon sekali?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak azie....kesian akak batuk tak baik2. . Suami saya pun mcm tu jugak..klu batuk sampai susut badan.
    Cuba akak try minum madu dari Yaman, dlm 1 sudu besar campur ngan air sket.

    ReplyDelete
  18. sy suka baca komen wpun ada ketika sy x jawab komen sbb x tahu nak jawab ape
    hihi

    ReplyDelete
  19. azie.cuba ubat batuk ibu n anak..setengah cawan air panas suam + satu sudu besar ubat batuk. selalu knah buat macam ni..bukan sudu terus ubat kemulut. in syaa Allah..

    ReplyDelete
  20. saya klu batuk teruk , telan jer asam jawa kat peket tuh . plg lama pun 3 hari dah ok . mungkin azie punya batuk ni bkn batuk biasa ...

    ReplyDelete
  21. moga kembali sihat kak... :-)

    wlpun sy nih tak sempat nak komen sekerap yg boleh tp sy cuba gak repeat bc entry akak yg tertinggal... hehe...

    sy pun xleh blk kg.. anak sekolah syang nak kasi anak ponteng... kerja jew la kita...

    ReplyDelete
  22. honey+lemon memang ubat mujarab waktu batuk, demam dan sakit tekak. favourite saya ni. minum suam2..best!

    ReplyDelete
  23. Eh , baru tau rupanya org perak!
    Blog ni memang menenangkan kdg buat mama senyum2...

    ReplyDelete
  24. dah lama tak minum lemon nie...kawan ckp kalau nak kurus @ turunkan berat badan minum lemon nie...

    ReplyDelete
  25. kak azie perasan tak,tajuk entry kak azie selalunya panjang panjang macam essay....bahahahahahahhahahahhaha...larikkkkkks

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails