السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
03-02-2013
Saya salah tido agaknya, semalam. Leher sengal tak boleh nak toleh sangat. Adehhh...
Hari ini saya masak sakan sebab semua orang ada di rumah. Menu yang diplan semalam. Kunun perasan hebat. Hahahaha...!
Sotong Paprik (banyak sayur) ~ Bawal Sweet Sour ~ Tempe Goreng ~ Ikan Sepat Kering.
Tapi saya & Toklaki pegi kenduri kahwin. Jemputan dari kawan setaman.
Yang best tema warna Purple, berkebetulan saya pun berbaju kurung Purple, bawa purse kecik pun warna Purple. Cewahhh...!
Biasanya bila ada kenduri di taman saya or sekitar dekat sini, saya akan nampak memang syarikat katering yang inilah yang menjadi pilihan. Sampaikan saya dah boleh hafal, jika katering ini lauknya apa, airnya apa, acarnya apa. Betul... saya boleh tahu.
Sebab? Setiap kali itulah saya tahu, Ayam Masak Merahnya mesti keras! Belum pernah saya jumpa katering ni, ayam dia lembut (macam katering lain). Okeh.. ini entri komplen. Sori Berlori.
Saya makan penuh syukur juga, sebab saya memang tak breakfast tak lunch. Nasinya ok, sedap. Dalca bukan paberet saya, so oklah. Dagingnya boleh tahan. Yang selalu spoil, Ayam Masak Merah!
Jiran saya pun tadi komplen. Saya diam sengih.
Saya berpendapat, syarikat ni selalu menjadi pilihan adalah kerana tidak banyak saingan di area sini, dan saya dengar harga yang ditawarkan memang murah. Harga mampu la bagi golongan sederhana. Nak buat gotong-royong masak sendiri, macam mustahil jer sekarang ni.
Sekalipun sentiasa mendapat permintaan, harga murah sekepala, tapi kalu selalu sangat ayam keras, saya sukar nak terima.
Tahun lepas, kawan saya nak buat kerja kahwin anak dia, survey harga lalu terpikat dengan syarikat ini sebab murah giler katanya, tapi bila dia tanya pendapat saya. Saya reject.
Satu lagi ialah, airnya tak berapa sedap. Oren yang pucat, tawar sesangat dan pinggan yang disusun tepi tong nasi, ada yang masih kotor dan basah. Saya terpaksa pilih pinggan tadi.
Pemanis mulut hasil tuan rumah sendiri. Bubur Sagu. Gula merahnya enak. Sedap juga. Toklaki ambik 2 mangkuk, saya semangkuk dah cukup.
~...jangan mengulang silap menghidang kopi pekat melekat tapi piring sedikit sumbing sehingga senyum Pak Utih yang tersungging sukar diteka antara marah atau tersinggung...~
Hmm... ni mesti masak ayam pencen! hehe..
ReplyDeleteTak mungkin la dear, sebab ayam pencen lagi mahal tauuu. Lagi leceh nak masak. Saya rasa masih ayam daging, tapi teknik masak tu tak betul kot. Saya rasa depa goreng terlalu lama.
DeleteDigoreng garing (tidak mengkal), mungkin digoreng sehari sebelum or malam sebelum. Jika mengkal basah, ayam mudah rosak busuk. Jika goreng garing, ayam tahan lama, tapi buat masak merah ayam garing memang jadi keras.
*Andaian saya.
Assalam AA..nanti akalu dia tahu..kena la dia tukar cara masaknya tu..kalau tak nanti murah2 pun orang tak nak ambik dah
ReplyDeleteMungkin lain orang lain pendapat. Saya masih mengambil kira keenakan itu menjadi keutamaan sebab banding dgn katering lain, bahan utk Ayam Masak Merah masih sama, which is harga mesti tak beza. Jadi jika syarikat katering lain boleh buat ok, kenapa mereka tidak.
DeleteKena komplen betul2 tu....klau x...x de pdoduktiviti ler....lama2 bole bungkus gak....
ReplyDeleteSALAM.
ReplyDeleteTANPA TEGURAN KITA TIDAK TAHU KESILAPAN KITA. JADIKAN TEGURAN ITU SATU CABARAN... > > >http://jmbelog.blogspot.com/p/assalamualaikum-dan-salam-sejahtera.html
Moga ada perubahan lepas ni..
ReplyDeletesalam AA
ReplyDeleteSaya marah kalau di pinggan nasi tu ada pengelap pinggan!
heem kena bgtau tu. tapi diaorang tak ambek tau kot!takkan tak rasa?
Saya pun pantang kalau makan ayam masak merahnya keras. Saya pun sependapat ngan akak mungkin ayamnya digoreng lama sangat...
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSemalam pun saya g kenduri tahlil dirumah pakcik, dia ambik katering kawan ler kunun, tp lauk semua out.. adoii...ayam goreng berempahnya macam boleh dibaling ke dinding..keras membatu..
tp kalo bab masak merah ni, selalunya kalau sebelah perak, diorang kukus ayam tu, barulah ayamnya lembut dan sedap dimakan.
salam kak...rasa nye kena bagi petua nk lembutkan ayam goreng nealopah kat tauke katering tu kan? heehehehe.
ReplyDeleteHi Azieazah, I sure would love try those dishes. I have not eaten that bubur sagu more than 27 years!
ReplyDeleteCan see you having fun.
Have a great week, and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
memang tak syok makan macam tu, kena dapatkn jugak pesaing..baru depa tau !
ReplyDeleteHaha. ... tp fav sy sagu gula melaka hehe
ReplyDeleteHaha. ... tp fav sy sagu gula melaka hehe
ReplyDeleteMakchaq pun pernah makan maskan cateret ni, memang ayam dia keras, dia saja buat lagu tu tak mau bagi hancuq kot....
ReplyDeleteKomplen anak2 makchaq pulak.. sambal sotong dia bijik cili tak hancuq punya banyak sampai tak berani nak ambik..
hihi. biasa lah tu. mungkin cita rasa lain
ReplyDeletekoy dia. eh? :p
Betul juga ye, kalau murah kualiti tak jaga tak selesa juga.
ReplyDeleteHendak murah itulah Azie... air tawar dan pucat, ayam pun keras, pinggan tak ada yg membersih sempurna - murah katakan. Kalau kakak biarlah mahal sikit - jgn jemput ramai org janji yg dtg makan selesa dan berselera.
ReplyDeletePencuci mulut itu sgt mengiurkan tekak saya...hmm..
ReplyDeleteayam dah digoreng awal le tu...
ReplyDeleteAyam kalau di goreng then masak merah, mmg akan jd keras. Kena pula terdedah lama. Bagusnya ayam di goreng setengah masak.
ReplyDeleteTengok sagu biji tu, terlior pulak tekak ni......zasss kedapor!!
Mak saya hari tu, kateringnya bagus, lauk sedap dan teratur. Memang mahal sikit, tapi kami masak juga beberapa jenis lauk sendiri. So, dapat jimat juga and dapat serve food yang sedap.
ReplyDeleterase macam pernah tgk katering ni.. tak ingat pergi kenduri sape.. tapi memang ayam keras.. mungkin terlebih garing.. potong kecil2 kan?
ReplyDeletebaru sekali je guna khidmat katering ... masa adik ipar kahwin thn lepas... nasib baik lauk pauk dia ok semuanya....
ReplyDeletetulah yang tak bestnya kalau ambik katering ni, kadang makanannya kureng tapi presentationnya bagus, kadang presentationnya kureng tapi makanannya sedap...tapi kes akak ni dua2 kureng kot
ReplyDeleteCuba tengok katering ni, gi rasa food tasting dia ngan majlis kahwin mmg sama. Ayam masak merah dia dasyad! Sekali rasa pasti nak nak lg, eimancaterings.com
ReplyDeleteCaterer ni memang dah ada nama dan boleh dikatakan famous gak..tapi oleh kerana dah setiap minggu terlalu banyak katering mungkin terlepas pandang beberapa perkara sampai jadi mcm ni..apakata saya cadangkan lepas ni cuba pula AZR Catering. Nama yg sedang meningkat naik..insyaallah..berbaloi dengan kesegaran makanannya dan mutunya tetap terjaga..laman web http://azrmajucatering.blogspot.com
ReplyDelete