Thursday, October 10, 2013

Iklan bombastic? Nampak benor pembohongnya...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jumaat
10-10-2013


Kita semua tahu, iklan sangat penting. Sangat-sangat penting. Saya pernah tulis esei berkenaan kepentingan iklan dan kesannya.

Iklan dengan kita hari ini sudah sebati. Tanpa iklan, tak akan kita faham sesuatu info dengan sekadar baca jenama. Nama brand gah, tapi kalu tak faham fungsi dan bendanya, tak mungkin produk dapat dijual. Iklan menjadi suatu industri mahal hari ini. Pengeluar produk sanggup kuarkan bajet berjuta untuk iklan. Dan ramai yang terlibat dalam dunia iklan — dari model kepada pengarah juga hingga ke orang yang sedia prop — boleh kaya raya dengan melibatkan diri dengan iklan. Kan?

Iklan menjadi penaja hampir sebahagian program di tv. Itu belum masuk menaja konsert lagi. Di tv, iklan mengambil hampir separuh masa sesuatu rancangan. Itu biasa. Malah iklan turut memberikan impak yang besar — baik buruk bergantung kita menggunakannya — dan ramai golongan kanak-kanak yang suka sangat iklan. Ada budak yang bila tiba time iklan, menganga depan tv.

Tapi pernah tak tengok iklan yang tak munasabah? Yang melampau-lampau? Yang saya suka sebut sebagai iklan ‘bombastic’? Bukan iklan bom, tapi iklan mencantikkan diri.

Semalam saya tengok satu iklan krim pencerah wajah (kenapa wajah saja?)

Dua gadis remaja yang ‘soooooo vain’ posing amik gambar sendiri dengan hp kamera. Then gambar tu di‘forward’ kepada boyfriend sorang pompuan tuh. So, lelaki tu ajak dating dan sebut ‘Ajak la kawan awak yang putih-putih melati tuh!’

Hahahahaha tergolak aku. What? Putih-putih melati? Sebab dalam gambar tu, depa touch-up dulu gambar tu kasi cantik. Elehhh... macam ramai orang buat kalu upload pic ke FB tuh!

Hakikatnya, pompuan tu tak putih sangat. Maklum kulit orang Melayu kita kan ke sawo matang? Lalu si kawan perkenalkan krim ‘ajaib’ yang boleh mencerahkan kulit dengan sekelip mata. Aku tergelak sebab ada perkataan sekelip mata tuh... Wahhh hebat dan bombastic betul iklan tuh. Ada ker krim yang boleh cerahkan wajah dengan sekelip mata camtuh? Itu namanya bedak putih kot..

Tak pa, apa pun slogan yang depa nak guna kita harap sebagai pengguna kita bijak menggunakan produk. Yang penting sesuai dengan kita, bukan beli semata-mata kerana iklan yang bombastic camtuh, or semata-mata nak nampak hebat di mata orang. 

Tayang-tayang:


Bekal saya hari ini. Ikan tenggiri dikari bersama bendi. Sedap habaq hang!






 ~...setiap kali tiba hari istimewa HISYAM akan terpinga mencari habuan kerana tahu SERI BULAN sentiasa kepingin rusa tanduk bercabang yang hanya muncul datang bila bersiul dengan buluh halus warisan Pak Utih tetapi bila kali ini hari istimewa tiba di musim tengkujuh dia hanya mampu menjinjing sebakul udang galah yang diangannya tengahari kelak udang akan digulai lemak, belacan akan dibakar hangus dan pucuk beragas akan diulam-raja dan sirap selasih sebagai tanda dia memang sentiasa kasih.....~




17 comments:

  1. still.... perhatian st pd keyboard n mouse tu

    ReplyDelete
  2. Nak lakukan produk memacam idea mai Kak Azie ooiii...hahahaa...

    Aina kalau iklan lebih2 ni pusing pandang laki pas tu banati gelak sakan2 dengan dia.

    ReplyDelete
  3. Biasala kak...nak laku kan produk...
    Dapnya kari ikan...!

    ReplyDelete
  4. tengok boleh percaya jangan.. tak semua produk sesuai dengan kulit kita.. ;)

    psstt: kalau masak kari mesti berebut bendi dengan anak2.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. tak habaq pun dah tau sedap azie he he

    ReplyDelete
  6. mmm.... bagi saya, kalu betul nak tunjuk berkesannya product tu, cer pilih retis terkenal yang mulanya kulit mendung, akhirnya bila pakai product tu, kulitnya cerah berkilau. hehehe

    ReplyDelete
  7. iklan kat fb yg saya paling kelakar..ada krim sapu sapu jadi kurus.. sapu sebelah kaki, tengok2 sebelah kaki yg disapu tu kurus.. berbanding sebelah kaki yg tak disapu.. mcm cacat pun ada.. tapi berduyun2 orang nak beli..ciss.

    ReplyDelete
  8. tetiba terus rasa lapo tengok kari ikan ngan bendi tu.... x yah habaq mmg kompem sedap.

    orang kampung cam kak rose susah nak tergoda dengan iklan yg cenggitu....nampak sangat nipunya kan?

    ReplyDelete
  9. sama juga macam iklan pencuci muka dengan syampu. pakai pencuci atau syampu tu, haa sampai ke petang la muka korang bersih, tanpa berminyak sikit pun. sampai ke petang la rambut korang beralun lembut dan tak kusut. 25jam pulak tu. terror tak depa?

    ReplyDelete
  10. sekali baca akak punya tajuk tu macam ikan bombastic. ikan? oo ikan kena bom kot. hahaha. salah baca la.

    ReplyDelete
  11. Byk iklan penipu,tak lojik tapi kenapa tak ada arahan melarang buat begitu begini...
    Mama tak pandai masak kari ikan, asik2 kari ayam.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Azie

    kari pun boleh memutehkan kulit juga???

    ReplyDelete
  13. semua iklan mmg indah khabar dari rupa...bahasa kasarnya-mengarut..!!
    mcm terlajak laris-Dato Rahim Razali tu..
    lagi satu,iklan kat akhbar hari ahad(pancaindera)..rasa mcm beli akhbar iklan ja..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Bila Nampak kari tu...hilang terus fokusku kepada iklan pemutih muka tuh huh huhuhu

    ReplyDelete
  15. Salam AA,

    hairan sesungguhnya mengenai para hawa semua yang tringin wajahnya di-"clorox bleach" menjadi putih melepak bagai dinding dihospital... namun iya yang benar bak katanya AA kok wajahnya sahaja yang putih akan tetapi kalu ditelek tangannya masih berkulit sawo matang gitu... bagi kak Ratna tidak seragam lansong karena pada keseluruhan pelusuk badannya pula berbelang-belang ombre gitu...
    Yang sebenar cantik kulit seseorang rupawan itu ialah punyai kulit yang cerah merah kemerahan pinky yang boleh jelas tampak ditumit kaki juga ditelapak tangannya yang menandakan empunya bertuah itu punyai kecantikan semulajadi...
    oleh itu pabila sudah dilahirkan dengan kulit tidak secerah mana usah diusahakan sebegitu rupa karena nanti tembelang pecah juga yaitu hanya putih diatas sahaja dan selainnya kok...?

    Fitrah kita sebagai wanita ialah cantik terhadap Ilahi, ibu & bapa juga kepada suami semata... sedemikian kita tidak mendustakan diri sendiri yang bertopeng dengan "artificial beauty" untuk memenuhi nafsu lahiriah semoga diri diangkat cantik setakat dengan warna kulit wajahnya yang sudah putih... jika itulah penilaian kita terhadap kecantikan yang tiada tandingannya, bermakna dunia kini sudah mengereng senget paksinya.. !

    Adore kari bersama bendi... salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
  16. nak cantik tp malas senam.. malas jaga muka.. malas jaga pemakanan.. malas protect muka.. dah tu mudah bebeno percaya leh cantik sekelip mata.. ish ish

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails