Thursday, October 17, 2013

Katerer promote syarikat di blog saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
17-10-2013


Semalam, sempat saya semak beberapa entri lalu ternampak komen berikut di satu entri lama saya. Berkaitan katering kenduri kahwin. Entri bertajuk “Kenduri katering tu murah, tapi...”, berkaitan saya menulis tentang menu sebuah katerer.

Saya tak berniat pun nak komplen hingga menjatuhkan mana-mana katerer, tapi sekadar kritikan seorang pengguna.

Kemudian saya jumpa 2 komen berikut:


Bagi saya perniagaan adalah persaingan. Walaupun kita berniaga dalam line yang sama, atau kita berada di atas sekali dalam bidangnya, itu bukan bermakna kita boleh menafikan kebolehan syarikat lain, atau menyebut sesuatu yang buruk tentang mana-mana saingan kita. Saya anggap itu tidak sihat.

Seorang dealer jenama direct selling pernah sebut pada saya (puluhan tahun dulu), “Untuk jual produk kita, jangan sekali-kali hentam produk lain. Cukup menyebut, produk itu bagus tapi produk kita LEBIH bagus”. Saya setuju.

Apapun, saya mengalukan mana-mana orang, or syarikat sekalipun nak perkenalkan produk masing-masing di komen entri saya. Media sosial sangat berpengaruh dan besar kesannya hari ini. Baik buruk, kita yang kawal.

Again, saya suka nak sebut saya tidak pernah berniat untuk menjatuhkan mana-mana produk or syarikat. Tapi saya berpendapat, kritikan itu perlu. Sentiasa perlu.

Cuma jangan mudah sentap jika kena kritik. Kali setakat jual produk baru 2,3 ratus pun dah mudah sentap bila kena kritik, cemana nak berniaga ribu riban. Alahai....




 ~...beberapa kali disindir-perli tentang betapa masamnya Laksa Asam, betapa pedasnya Asam Pedas, sungguh garing si ikan goreng juga amat panjang si kacang panjang tetapi tidak pernah sekalipun SERI BULAN merasa serik untuk terus memikat hati dan perut si HISYAM yang cerewet itu sehingga Mak Utih pula yang merasa serik...~




28 comments:

  1. Tak sanggup terima kritikan, maknanya tak sanggup bersaing, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah la berniaga camtu. Tak terima kritikan, cemana nak improve.

      Delete
  2. dua komen tu menarik.. ;)
    takde sikitpun ayat nak jatuhkan orang lain.. ;)

    ReplyDelete
  3. Tapi betul kata akak, kita jangan kata produk lain..Ada orang pernah nak jual barang dia dengan saya tapi kutuk produk A & B kat saya sedangkan dua produk tu pun terkenal jugak..Saya tak suka macam tu..Kalau nak lariskan produk kau pun jangan kutuk produk lain..End up saya tak beli pun produk dia..Biarlah bersaing cara sihat..

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan Kak Azie. Kritikan membina perlu dalam perniagaan supaya kita dapat memperbetulkan kelemahan2 yang kita ada.

    ReplyDelete
  5. biasa org yak berniaga ni lelebih lagik direct selling mmg tebal telinga.. tebal muka.. kebal hati dan perasaan.. kalis cercaan #ngee

    ReplyDelete
  6. suka promote/share kalau ia mmg bagus
    jd bg saya.. blog juga boleh jd tempat iklan ;)

    ReplyDelete
  7. huhuhu.....susah gak kalau x bole terima kritikan ni...

    ReplyDelete
  8. saya akan simpan nama2 caterer ni utk majlis raya tahun depan opis saya kak..hahaha..

    ReplyDelete
  9. Jangan kata berniaga jer kena kritik.... masak dan bagi makan free kat org pun kena kritik jugak. Tapi terima kritikan dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  10. sesiapa pun memang akan tersentap jika dikritik. berapa ramai yang betul² ikhlas terima kritikan orang lain tentang diri kita? masa mula² kita terima kritikan itu, memang akan tersentap. tapi bagi masa untuk orang itu digest kritikan tersebut. jangan terus harap yang orang itu akan terus guna pakai kritikan itu, walaupun memang untuk membina.

    cakap, tulis memang senang. tapi bila diri sendiri dikritik, kita akan terus tersentap. elleh, nak kritik orang konon, diri sendiri betul pun tak tahu lagi. memang biasa orang akan cakap macam tu. itu namanya ayat orang kecewa.

    ReplyDelete
  11. yang sedap selalu kita ingatkan kak...

    ReplyDelete
  12. Catering tu masing2 puji diri sendiri ke?

    ReplyDelete
  13. Sesiapa nak beli tilam atau katil bolehlah hubungi saya ......


    hahaha tumpang iklan mcmlah itu bisnes utama saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kepada tolong kawan2.

      Bisnes saya supply katil dan tilam kpd projek. Sekali order banyak set. Contohnya semasa kami buat projek di Gemas kami order 700 set bilik tidur. Itu sebab dapat diskaun baeek punya dari kingkoil

      Delete
    2. Wah! itu memang baeek sangat tu YB.

      Delete
  14. itu la risiko bila kita berniaga..bukan setakan untung rugi je kita kena ambik peduli.kritikan pun kita kena ambik jugak..jangan sesekali fikir orang yang kritik buruk tu nak menjatuh kan..tapi cuba fikir macam mna boleh ada nya kritikan yang buruk tu dan kita atasi benda tu sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  15. promosi percuma...tak payah bayar hehe

    ReplyDelete
  16. saya nak iklankan diri saya.

    'Seorang bunga mencari calon suami. Target nikah 20/12/2013. Serius.'

    Hahaha! amacam iklan saya? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa.. kalau gue ni bin kan gB, memang gue apply.

      eh, sempat ke berapa bulan aje nak kenal?

      Delete
  17. kritikan tu sentiasa ada dlm hidup kita ... terima dgn ahti terbuka . kritikan tu blh jadikan kita lbh baik ...

    ReplyDelete
  18. kita kritik sebab hendakkan service yang bagus dan baik bersama kualiti produknya......

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails