Monday, April 25, 2011

Komen Yang Buat Aku Sambung Meraung...!

Salam.
25-04-2011.
Masa: Petang, balik kerja awal sebab tak jadi nak OT. Kepala sakit.


Hari yang sibuk, dibuat-buat dan terpaksa buat, dan semulajadi sibuk.

Ingatkan hati boleh lega, tapi sebenarnya tangisan malam tadi tidak cukup sebab tersekat. Tak kuar habis, selagi tak luah pada seseorang.

Asal kisah bukan pasal diri sendiri, tapi pasal karenah orang lain yang buat aku tersepit di tengah antara masalah peribadi dan profesional sebagai orang terkenal.

Yang pasti, stress dan tekanan terlalu banyak. Kiri kanan, atas bawah, depan belakang, Utara Selatan, Tenggara–BaratDaya.

Tapi aku berlagak sendiri, konon macam bleh jer handle internal dan emosi. Sebenarnya boleh jer, tapi bila tiba-tiba ada insiden berlaku di booth tempat duty hari tu, memang buat aku tersentap. Aduhai...

Kembali bertugas rutin hari ini, kerja memang banyak tapi terkawal. Cuma emosi macam tak “filter” habis. Ada benda tersekat kat dada.

Hajat hati konon, kalu aku luah pada seseorang, I’ll feel better. I’d tried. Kesimpulannya, aku berjaya menangis puas tadi, cuma luahan itu menjadi sesuatu yang aku sebut di sms sebagai, “Nyesal aku citer.” Dah agak pun dia tak akan faham, dan tak akan kisah pun.

Lupakan. Aku dah lega.

Tapi,

bila baca komen di entri sebelum ini:

nampak ini:

wuaaaaaaaa!

nak meraung semula.

Rakan maya yang seorang itu memang sejak dulu lagi, tidak pernah jemu mencuba-mencuba dan mencuba untuk menjentik hati aku, mencabar kekebalan jiwa dan menduga keKENTALan perasaan aku. Takpa, aku sentiasa maafkan dia. Mungkin benar kata dia, aku sudah tua untuk kemaruk buat kerja orang muda. Tapi perlukah aku sebut setiap alasan aku pada orang lain? Apapun terimakasih kawan, kerana sudi juga masuk dan baca.

Komen yang ke-dua itu... sayu hati.

Minggu ni depa start exam. AMOI akan exam sampai 10 Mei, pastu bercuti sekejap, then start Internship. Yes! Duduk semula dengan MAK eh, nanti kita leh borak-borak gebang-gebang depan tv. Share a lot of stories and feelings! Lagipun dah hampir 5 tahun AMOI tak pernah duduk rumah lama-lama, sekejap-sekejap jerrrr... MAK ingat nak cari tarikh baik, kita pegi jalan-jalan kat Penang tengok ATUK, nak tak?

Do your best in your exam, ok? Kalu dapat 4-Flat lagi, MAK beli hadiah!

Itu saja, takleh sambung dah. Nanti nangis!


~...SERI BULAN bukan pendendam, sentiasa memaafkan sentiasa merela sentiasa ikhlas terhadap apa saja hasutan dan khianat dari HISYAM kerana rasa kasih yang bercambah lama dulu sukar sekali ditarik akarnya dari tanah jiwa...~










20 comments:

  1. alahai
    bila anak luahkan perasan mcm tu
    sebak betul hati seorang ibu kan?

    ReplyDelete
  2. kak azie..........
    tabah yer kak....
    ayu tau kak mmg seorang yang penyabar.

    ReplyDelete
  3. sabar banyak2 ya kak. kadang2 masalah memang perlu diluahkan dan tangis itu amat melegakan..

    ReplyDelete
  4. Zeq Zeq mmg tak habis2... dari dulu smpi skang... dia yg dh tua cepat lelah... disuruhnya kita ikut cara dia... dok umah je.. mana boleh... org macam kita ni sungguhpun 'gebu' tapi aktif dan ligat.

    ReplyDelete
  5. agaknya kalu anak saya da besar
    dan saya ada n3 yg terluah perasaan..agaknya gtu jugak kot komen anak saya nati..huhu

    mmg meruntun jiwa seorg ibu..sabar yer kak azie..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Harapnya bukan sebab kena skodeng di pesta buku buat hati jadi sebu

    ReplyDelete
  8. ala bucuk bucuk...nape aunty kite ni nanges....

    ha, nak cari date tu jgn lupakan saya yer...mana tau boleh balik ramai-ramai & sama-sama...lagi meriah :)

    ReplyDelete
  9. be strong. anak2 perlukan kekuatan akak untuk belajar menjadi manusia yang tabah.

    ReplyDelete
  10. Kalau kakak baca N3 selama ini macam AA ini seorg yg kental tapi itulah jiwa seorg insan bernama wanita tetap ada lembutnya...

    Ada waktu airmata tetap gugur apatah lagi bila anak berbicara begitu. Mesti sayu. Kakak pun rasa terjentik di hati dgn komen AMOI....

    ReplyDelete
  11. best dapat borak²/baring²/kepit² dengan anak/mak kan...

    ReplyDelete
  12. makcik kena rilek2~~jom saya blanja sarapan~~

    ReplyDelete
  13. akak mmg rapat dgn amoi ye? agaknya cemtu jugak la mak saya rasa masa asyik call2 time belajar n time dok umah bujang dulu.. :(

    ReplyDelete
  14. kalau tak boleh bagi ubat, sekurang2nya janganlah disimbah luka dengan cuka

    ReplyDelete
  15. kalau saja Amoi ..
    saya mintak ipad2!!


    heh ehe hehhhh

    ReplyDelete
  16. amoi dah ada motivasi terbaik utk dia study smart and score!!

    sabarlah akak..

    ReplyDelete
  17. Kadang2 kak Zai juga berjiwa sensitive.Take a break pergi makan angin dan luahkan segala2nya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails