Friday, April 1, 2011

Terimakasih – Sori Berlori – Maaf dan Masak Nasik...

Salam.
31-03-2011.
Petang.


Terimakasih lagi sekali atas segala ucapan lewat entri terdahulu. Juga terimakasih kerana ada yang masih menyebut tentang rindukan Kak Azie.

Memang kebelakangan ini, agak sibuk menguruskan beberapa tugasan termasuk kerja-kerja luar pejabat. Maklum selagi tenaga ada dan masih kuat, kenalah kerja lebih untuk anak-anak. Hidup bukan untuk diri kita sendiri saja, kan?

SORI BERLORI, banyak betul entri teman blogger yang tidak dapat dijengah buat masa ini. Alahaiii... maaf la. Nanti bila ada peluang, Kak Azie pasti membalas kunjungan.


Program percutian (trip) ke luar KL masih berlangsung seperti dulu. Terkini, trip ke Langkawi 3 hari 2 malam pada 29 April—2 Mei sudah penuh ditempah orang. Terimakasihhh! Memang ramai sungguh yang berminat nak join sebab dengan harga RM250 masih dikira jauh lebih murah berbanding pergi dengan memandu sendiri. Kerana harga itu sudah termasuk bas pergi-balik KL—Kuala Perlis, tiket feri ke Langkawi, bas dari jeti ke penginapan, dan juga kos penginapan 2 hari 2 malam. Kalu memandu sendiri, kira berapa kos?

Padang Matsirat, tahun lalu.

Next trip Langkawi untuk Jun juga sudah penuh. Dah tak leh nak buka utk tempahan lagi dah. Kena tunggu trip bulan November.

Next trip ke Kelantan-Terengganu pada 20–22 April akan datang. Cuma RM150 termasuk bas dan penginapan. Bershopping sakan lah nanti, sampai tak cukup tangan nak kendong. Ada lagi 20 tempat lagi kalu ada yang nak ikut. Jommmm!

Beberapa urusan rasmi lain juga sudah cukup memeningkan kepala. Hujung minggu ini juga penuh dengan beberapa appointment. Minggu lepas terlibat menguruskan beberapa ahli KOSIM menghadiri Kursus Membuat Sos di Melawati. Ada beberapa lagi kursus menyusul.

Terdekat Kursus Membuat Mee Kuning bersama tenaga pengajar yang pakar dari Akademi TeMan. Bertempat di Pusat Latihan TeMan, No 27 Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Ulu Kelang.

Ini adalah salah satu inisiatif Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia Berhad (KOSIM) bagi menggerakkan peluang-peluang Kerja Dari Rumah (KDR). Dengan menyertai kursus ini para peserta akan didedahkan kepada proses-proses pengeluaran produk yang boleh dihasilkan dari rumah. Dengan permulaan yang baik dengan prosedur yang disusun rapi melalui kursus ini akan membolehkan para peserta untuk terus memajukan perusahaan mereka untuk mencapai status IKS.

AA dah pergi sekali, rasa tak puas. Wpun bukan berniat nak jadi usahawan buat masa ini, tapi pelajaran yang diberi berserta motivasi yang hebat, seronok betul menjadi peserta. Tak rugi bayar duit utk mendapat ilmu sebegini.

Dah ler salah sorang penceramah tu orang utara, sakan AA bergelak dengaq dia bagi motivasi dalam bahasa Utara. Syiokkk! Banyak pengalaman dia menjadi mentor kepada ramai usahawan kecil sehingga ada yang dah punya 2 kilang mee dan sos!


Ehhhh... nak masak nasi dulu!

Jumpa lagi...


~...seperti biasa, bila dihidang Nasi Beras Baru, HISYAM tidak segan makan bertambah, kali ini dia sekali lagi terlupa mengangkat muka melihat jelingan manja anak dara Pak Imam, sehingga SERI BULAN melihat merasa heran...~







21 comments:

  1. waa murahnya..nak ikut jugak.hehe
    datang terengganu jangan lupa beli kerepok lekor.hehe

    ReplyDelete
  2. tak apalah kak azie...
    dahulu memang daku selalu merinduimu entrymu..namun ku tahu..dikau sibuk dgn tugasan


    dah sattle...jangan lupakan daku...ku rindu.....

    ayu 20sen, datang merayu sambil bawa piring kosong....nak nasi kosong

    ReplyDelete
  3. SI PARA-PARA:
    Yang menganjur ni pun dah lama tak pi Kelantan Tganu. Tapi makan kepok lekor tiap bulan. hehehehe



    ANA:
    Dah abih pun seperiuk.



    AYU:
    Nasi Kosong free jer. Tapi lauk AYU kena masak yg best sekali tauuu. Nak tumpang makan gak.

    ReplyDelete
  4. Amvoi2 kawan kita nih bizi sokmor ek? Nak ucap timakasih sbb sudi jemput kita menyertai kursus buat mee etc. Kalau venue tu sebelah rumah, nak gak kita nyibukkan diri.

    ReplyDelete
  5. kak zie busy ye...

    nak gi kelantan n trengganu best tu kak azie..

    ReplyDelete
  6. SALAM AA,
    KITA NI SAME JE! LF SENDIRI BARU SAJE KELUARKAN N3 BARU SELEPAS LEBIH 2 BULAN MENYEPI. KEADAAN KESIHATAN DAN KOMITMEN YG ADA TAK BERAPA MENGIZINKAN. TAPI SEKARANG, CUBA2 CARI MASA DAN MENULIS N3 YG PENDEK2.

    BUSY LADY NAMPAKNYA AA INI. LF UCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA.

    ReplyDelete
  7. salam azie, datang menjenguk ni ha..
    bizi nampak e tu.

    ReplyDelete
  8. murah tak henggat2!!!
    lamanya tak pi langkawi uhukk...

    ReplyDelete
  9. Bila menjadi wanita yg telah dipunyai dan mempunyai memang akan menanggung banyak tanggungan. Kenalah kita mengatur dan ada kalanya hingga masak nasi pun kena tunggu giliran tugasan lain....

    ReplyDelete
  10. pegi sabah/sarawak takde ke?? ecewah!

    ReplyDelete
  11. salam kak azie,
    wah, banyak nya aktiviti.. tak menang tangan ye kak.. apa pun, take care, kesihatan musti mau jaga ok..

    jangan lupa nasi atas dapur, sat lagi hangit pulak.. oh lupa, akak pakai piuk karan ..

    ReplyDelete
  12. rombongan apa ni kak azie
    murahlah..150 je ke kelantan
    mcm berminta saje...heeeee

    ReplyDelete
  13. pakej jalan2 yg kak azie urus yer..
    saya mmg teringin tapi anak4 lasak2 lah..penat mengurus..huhu

    alang blik kg pun letih dlm kete..

    ReplyDelete
  14. memang murah gile.. macam best je.. ni jeles nie

    ReplyDelete
  15. teringin nak ikut ke terengganu tapi sejak dua menjak ni terlalu sibuk. krusus buat mee macam best aje, bukan apa mesin mee kat rumah tu pun dah berabuk tak bersentuh...tapi yg kecil tu jelah...

    ReplyDelete
  16. SOM:
    Sihat ker kawan? Rindu nak “bergaduh” dengan U... hehehehe



    AIN NORAINI:
    Memang dah lama Kak Azie pun tak pegi Kelantan Tganu.


    LUAHFIKIRAN:
    Hidup kita ni memang tak menentu. Sekejap lapang sekejap sesak sibuk dsb.
    Tapi kengkawan cuba juga dijengah ditanya khabar.

    ReplyDelete
  17. KAK PAH:
    Salam Kak.
    Sibuk sekejap jer kot. Harap2 pasni leh lapang skit, nak berblogging.



    ZAKIYAH:
    Memang murah giler nih...!

    ReplyDelete
  18. KAK ZAKIE:
    Betul tu. Biasanya kita letak nasi dulu, guna rice cooker. Pastu boleh masak lauk pula. kan?



    MAKDARA:
    Ehh Kak Azie memang teringin nak pegi Sabah Sarawak..



    AANAS:
    Ayooo adikk.. Kalu hangus kalu, gerenti kena makan kerak nasik nanti. hahahaha

    ReplyDelete
  19. ATI:
    Nak join tak?
    Jom laaarrr... Ada kira-kira 20 tempat kosong.



    MEK SARAH:
    Biasanya yang ada anak lasak lebih selesa pegi dgn kenderaan sendiri. Tapi kalu nak join rombongan pun apa salahnya.



    CIK SU:
    Jom la join kitaorang...!

    ReplyDelete
  20. JUN:
    Hadir kursus tak semestinya nak buka kedai atau kilang. Untuk buat usaha keluarga pun apa salahnya.

    Jom ke Terengganu!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails