08-06-2011
pagi Rabu yang mendung...
*sebuah entri berjadual, akan muncul ketika aku sedang bekerja.
Selalunya kita akan fikir, siapa yang akan buka dan baca blog kita? Ramai orang menulis juga tentang golongan sasaran yang mereka inginkan untuk menjadi pembaca tetap, seterusnya follower forever!
Masing-masing ada alasan tersendiri. Malah ada yang sanggup buat ayat copy & paste seperti berkempen supaya blogger lain masuk blog dia, follow dan komen selalu.
Semua itu perkara biasa yang tidak mengganggu. Alirannya memang begitu.
Tapi siapa pula yang anda TIDAK mahu dia masuk baca, atau paling utama TIDAK mahu dia tahu anda ada blog, or TIDAK mahu orang-orang tertentu tahu blog itu kepunyaan anda?
Seperti;
1. seorang isteri/wanita yang ada blog, tidak mahu suaminya/kekasihnya tahu dia ada blog kerana nanti tidak privacy untuk dia menulis tentang perasaan — ramai juga yang sebaliknya, sengaja hint bila ndakkan sesuatu. Sekadar mengusik pasangan.
2. seorang guru yang berahsia tentang blognya, tiada gambar wajah di profile, tiada cerita tentang kerja or sekolah kerana tidak mahu anak-anak murid membuat tanggapan or bercerita or menjadi bahan gossip di tempat cari makan. Seksa juga tu... — tapi ramai guru menulis perkara positif dengan niat mendidik dan berharap anak-anak murid memahami perasaannya pula di luar sekolah.
Masing-masing ada alasan tersendiri. Malah ada yang sanggup buat ayat copy & paste seperti berkempen supaya blogger lain masuk blog dia, follow dan komen selalu.
Semua itu perkara biasa yang tidak mengganggu. Alirannya memang begitu.
Tapi siapa pula yang anda TIDAK mahu dia masuk baca, atau paling utama TIDAK mahu dia tahu anda ada blog, or TIDAK mahu orang-orang tertentu tahu blog itu kepunyaan anda?
Seperti;
1. seorang isteri/wanita yang ada blog, tidak mahu suaminya/kekasihnya tahu dia ada blog kerana nanti tidak privacy untuk dia menulis tentang perasaan — ramai juga yang sebaliknya, sengaja hint bila ndakkan sesuatu. Sekadar mengusik pasangan.
2. seorang guru yang berahsia tentang blognya, tiada gambar wajah di profile, tiada cerita tentang kerja or sekolah kerana tidak mahu anak-anak murid membuat tanggapan or bercerita or menjadi bahan gossip di tempat cari makan. Seksa juga tu... — tapi ramai guru menulis perkara positif dengan niat mendidik dan berharap anak-anak murid memahami perasaannya pula di luar sekolah.
3. seorang blogger biasa, yang sangat biasa, merendah diri dan tidak mahu dikenali. Low profile. Tidak suka rakan-rakan sekerja mengetahui apa juga penulisannya di luar. Menjadi orang lain dalam blog dan berbeza dengan apa yang dilihat orang semasa bersama dalam pejabat. Membina jaringan persahabatan lebih dengan orang luar secara santai dan menjaga profesional sahaja di tempat kerja — AA lebih kurang kategori ini, tapi bukanlah merendah diri pun, sebab dia memang dah rendah!.
4. musuh anda! Anda ada musuh? Musuh perniagaan kerrr... musuh kerana pernah “ter”rampas boipren/girlfren orang ker? Atau pernah bermasam muka dengan sesiapa dalam keluarga? So bila anda ada blog, tentulah anda tak suka orang-orang tertentu masuk baca kerana BIMBANG akan dijadikan bahan untuk dijaja keluar dan merebakkan fitnah — ini banyaaaaaaaak sekali berlaku. Istilah paling tepat: benci tapi rindu. hahahahahaha!
4. musuh anda! Anda ada musuh? Musuh perniagaan kerrr... musuh kerana pernah “ter”rampas boipren/girlfren orang ker? Atau pernah bermasam muka dengan sesiapa dalam keluarga? So bila anda ada blog, tentulah anda tak suka orang-orang tertentu masuk baca kerana BIMBANG akan dijadikan bahan untuk dijaja keluar dan merebakkan fitnah — ini banyaaaaaaaak sekali berlaku. Istilah paling tepat: benci tapi rindu. hahahahahaha!
5. STALKER..!
Aku tak tahu nak huraikan jenis pengendap maya ni. Apa tujuan depa? Peminat rahsia @ secret admirer? Atau diupah oleh seseorang? (macam selebriti plak). Atau dia mengumpul maklumat tentang seseorang, kemudian disampaikan kepada orang lain dgn niat nak menfitnah atau membawa cerita. Saja nak buat bahan gossip. Alaaa... macam cerita ABCD—XYZ tu berpusing balik macam boomering, sehinggakan masuk ke sms, “aku disuruh baca blog AA hari ini kerana dia menulis pasal aku..!” Satu entri penghargaan yang ditulis diharap akan dibaca, kan?
Kesimpulan, lebih ramai orang bimbang golongan yang tidak ingin menjadi pembaca blognya berbanding dengan siapa yang nak baca. Tapi semua itu boleh saja kita elak, bila kita menulis perkara-perkara yang tidak menyentuh perasaan sesiapa pun, terutama jangan sebut nama sesiapa. Kalu nak lepas geram, buat blog private!
*jika ada yang hendak ditambah dalam senarai, silakan....
~...seorang blogger AA hanya berani mengulang-ulang nama SERI BULAN dan HISYAM sahaja kerana dia begitu pasti pasangan itu tidak pernah curiga atau meragui, sebab begitu asyik menjaga sawah yang menguning, kambing nan sekandang dan lalang yang meninggi...~
Kakak rasa brooch tu mesti kakcik yg bagi. Cantik... seindah bahasa blog AA tapi lama ketinggalan sebab kakak baca masa siang hari je.... Malam kena belajar sama dgn anak-anak....
ReplyDeletep/s: banyak N3 teman yg publish malam kakak tidak dapat ikuti.
saya ni telus aje..
ReplyDeletesuami,anak2,murid2,teman2, sedara semua saya welcome untuk singgah..bukan ada apa pun, merapu jer lebih.
paling takut yg 4 dan 5 tu..huhu
ReplyDeleteAA saya kat no.3 kut.
ReplyDeletePaling tak suka kalau blog dijadikan platform untuk maki hamun, mengata, mengumpat dll yang sengakatan dengannya.
Paling suka blog perkongsian ilmu.
Psstttt suka kat blog ni kerana dot..dot..dot..
Jawab dulu komen kakzakie:
ReplyDeleteBROOCH ITU BUKAN KAKCIK YANG BAGI SEBAB KAKCIK BUKAN SELALU KE KOTA KINABALU!
Kalau ada pun, kakcik hanya mampu beri FM sahaja. :(
Kakcik mungkin masuk dalam kategori no : 3. Agak2nya adake ofismet kakcik yang baca blog kakcik, ek?
tidak pernah menjadi orang lain, tidak pernah jugak cuba menukar identiti kerana aku tetap aku...sentiasa menjadi Junaina tak ubah pun jadi Junainah M Amin walaupun nama memang diilhamkan dari nama beliau...hihihiii...
ReplyDeletekonon2 saya nak jadi blogger misteri. tapi makin lama makin tak misteri. hehehe~
ReplyDeletesaya ni blogger hapa??
ReplyDeletehe~~saya blogger stalker~~ble??
No 4 dan juga tak mahu kwn2 opis baca..pengalaman lalu(blog idalara) memberi banyak pengajaran supaya rahsiakan blog baru ini dr mereka...jika baca saja tkpe tp lepas baca dok mengutuk di belakang..tu yg tak sanggup tu..
ReplyDeletebagus entry ni. suke! :)
ReplyDeletesy rasa sy no.4 sbb tu takde satu pun gmbr muka sy dlm blog. hehe. tak mau dikenali memadailah kawan2 yg rapat saja. itupun asalnya blog tu sape pun tak tau tpi tulah pusing2 kat situ jgk..stalker pun ada tapi lantaklah, biar dia sakit jiwa sorang2..haha. jumpa org yg pelik2 pun ada tp itulah manusia, mcm2 pesen dok ada. layan~
Assalamualaikum,
ReplyDeleteOpsssss! Saya sangat teringin gila-gila nak jumpa blogger ramai2, namun...saya tak mampu nak kawal blogger lain dari letak muka saya yang tak berapa nak comel ni kat blog mereka.
Blog saya boleh dibaca sesiapa sahaja, namun...tak berapa nak berkenan muka kena tampal merata. Tak suka glamer sebenarnya ...risau kot ramai yang berkenan ;)
salam.......tumpang lalu.... ada brooch cantik nampak........Orang rumah saya asal aja ternampak benda tu pasti dia singgah... kekadang macam badge sekolah pulak, tepek kiri kanan dan bawah dagu
ReplyDeleteSetakat hari ini blog kak Zai tak ada halangan bagi sesiapa yang nak baca cuma kadang2 bila jumpa kawan2 diorang ceritakan pada yang belum baca,malu pulak rasanya hehe....
ReplyDeleteDulu saya fikir 1000 kali samada nak dedahkan identiti tak(termasuk gambar) masa ber blog..
ReplyDeleteAkhirnya, saya berpendapat, saya mahu jujur menulis, dan harapnya dapat berkenalan dgn kawan2 blog yang juga jujur..
haiyaaa apa pasat wa punya komen sume tarak kuar... haishhh nak sambung tido laaa
ReplyDeletekak, kita serupa..hehe
ReplyDeletePada mulanya memang nak rahsiakan kewujudan blog..akan tetapi telah dapat dihidu bos..adoyaaii..so,sekarang apa2 pun kena tapis..malu lah..!
ReplyDeleteharapnya tiada rakan sekerja yg baca lebih2 lagi boss
ReplyDeletebanyak kategori rupanya.... saya main bantai jer. tak kisah sapa nak baca, sape nak komen pun tak kisah. tapi kalau komen keterlaluan saya takkan siar.
ReplyDeleteKAK ZAKIE:
ReplyDeleteSaya waktu siang memang sendat masa untuk blogging. Biasa online petang lepas kerja dan malam. Itupun ikut mood.
KAK HANI:
Merapu pun syiok gak. Saya suka merapu.
KALAMHATI:
Takpa. Menulis jujur tiada apa yang nak kita takutkan.
KAK SAM:
ReplyDeleteYang dot dot dot tu nanti bisik yerrrrrr....
KAKCIK:
Kak Cik bagi saya FM pun banyak ritu. Terimakasih KAKCIK. Ingatan itu penting buat saya. Harga lain cerita.
JUNAINA:
Ahaaa... penyanyi Junaina M Amin tu dulu top tauuu.
GADISBUNGA:
ReplyDeletePasni turn balik jadi misteri. hehehe nanti terus diselubungi misteri.
BUJAL X:
Stalker gatai?
NYANYISUNYI:
Belajar dari pengalaman. Sekali sekala ok la sabar, lama-lama seksa gak, kan?
FATT:
ReplyDeleteStalker ni jenis orang yang suka perhatian jer. Lagi dilayan, lagi dia suka.
Jika selesa tidak dikenali di luar, teruskan. Hak kita, kan?
ANYSS:
Salam.
Jadi blogger low profile pun best. Bebas jer nak jalan mana suka. Takda orang nak bergambar macam selebriti, kan? hehehe
PANGLIMA MUDA:
Amboiii komen pasal brooch pulak.. hehehehehe
macam badge sekolah? Lawak ler abang nih
KAK ZAITUN:
ReplyDeleteKalu setakat usik mengusik, takpa ler. Kita malu bila ada yang tergamak perli-perli tu.
DADDY ZIYYAD:
Jika 10 orang tidak jujur dengan kita, ada lagi beribu orang yang jujur. Don’t worry!
ICE:
Belum mandi ler tuh? Mandi dulu baru komen.
Tido la sampai esok pagi.
SI PARA-PARA:
ReplyDeleteSerupa tang mana tuh? Tang kerendahan tu kah? hehehehe
SITI MURNI:
Pasni tak bleh la nak kutuk-kutuk bos lagi, kan? hehehehe
IBU INTAN:
Kalu terkantoi, mesti bos senyummmmm jer, kan?
EELOBOR:
Elok juga ada verification tu. Bleh tapis komen yang tidak dikehendaki.
Semalam Kak Azie tengok video budak yang nyanyi dalam Korea competition tuh. Nangis youuuuuuu!
tak pernah berahsia ada blog sendiri, kecuali kalau orang tak tanya, tak delah ngada nak beritahu.. :)
ReplyDeletesedaya mungkin saya menulis dari sisi positif, tetapi kekadang bertempik juga, cuma tidak disebuat nama sajalah...
suka dengan seadanya..
ReplyDeletesuka dengan diri dan sahabat yang selalu berkunjung ke blog ayu..
dan.. nak gak mencelah antara tahap yg kak AA senaraikan...
tapi tak tau nak pilih y mana......
PS; hanya hisyam dan seri bulan dihati ini...
kak AA. cantik brooch tu.. :)
ReplyDeletesaya ni macam always in between.
kadang nak org tu baca, kadang tak nak org tu baca. lebih kurang mcm tu la... at the same time, saya tak nak dikenali sangat, tapi saya tidak mahu berselindung sangat. transparent la kiranya. tp to be in between is not easy.... and almost IMPOSSIBLE.
best entry ni... saya masuk kategori mana eq..?? ermm.. hihi.. saya anggap blog ni sebagai diari.. tapi diari yang xprivacy.. huhu.. seronok berkenalan dengan blogger lain..:)
ReplyDeleteBoleh buka fakulti baru kat universiti ni...
ReplyDeleteentah ya! Tapi saya tiada rahsia. Sesiapa pun dipersilakan untuk membaca blog saya. Suami, anak2, emak, ayah, sedara mara, kawan2 yang kenal alam nyata, rasanya tiada rahsia. Sebab itu bila menulis saya berjaga2 juga, tidak mahu mengguris mana2 pihak yang membaca...
ReplyDeleteTak bagi baca, saya tetap baca.
ReplyDeletehahaha~
saya penyinggah yg jarang2 berkunjung..hehe
ReplyDeleteCIKGU NORMAH:
ReplyDeleteBila menulis, kita juga carry identiti sejati kita. Tentulah nak jaga, kan?
AYU:
Elok juga berada dalam keadaan neutral. Tidak cenderung mana-mana.
*uikkk?
EFFA SAHAT:
Transparent itu pun antara yang terbaik. Between tu bergantung pada keadaan tertentu juga, rasanya. Kan?
CIKGU MIZI:
ReplyDeleteBlogger lelaki jarang menulis tentang perasaan. Kebanyakan blogger lelaki lebih banyak menulis fakta.
KHAYALKHAYAL:
Sapa agaknya pensyarahnya?
YUS:
Bila tiada rahsia, semakin banyak hati yang perlu dijaga.
LORD ZARA:
ReplyDeleteSila. Baca boleh, usik jangan. hehehe
HAMIZAH:
Jarang-jarang pun, tapi kehadirannya tetap dinanti. :) Terimakasih.
salam kenal,
ReplyDeletesaya baru belajar2 tulis blog, umur dah meningkat baru nak ikut perkembangan....punsama, saya rahsiakan nama dan takmahu kawan2 sekerja tahu kecuali yg rapat sahaja...takmahulah , takut nanti ditertawa....yg penting suami & anak2 tahu dn bagi sokongan...mailah ke blog saya, belum ada kawan ramai lagi...
TIRAIHATI:
ReplyDeleteSalam kak. Terimakasih. Sila masuk.
Untuk dapat ramai kawan, kita sama-sama belajar menjadi blogger yang baik yerrr..
Nanti saya listkan blog Akak.