14-06-2011
...ada janji di tengahari...
Selalu kita baca tentang cinta pandang pertama. Love at first sight... dan seumpamanya.
Pernah tak anda bayangkan bagaiamana ianya terjadi? Pengalaman sendiri bagaimana?
Yang pasti, tentulah ianya bermula dengan pandangan mata. Jarang orang lihat jer gambar terus jatuh chenta. Taktau lah pulak kot terjatuh chenta masa tengok profile pic di FB!
Yang pasti, bila pandangan kali pertama, mata tidak pernah berbohong. Hati juga tidak pandai menipu. Tetap ada sesuatu. Kuch Kuch Ho Tai...
Masa tu, lepas jer menoleh ke arah lain ada kata-kata di sebalik daun-daun bunga yang mula berkembang di taman hati, “cantiknya dia...” > dialog memuji fizikal rupa paras.
Dari mata turun ke hati, kan? Macam zaman 80-an dulu, pilih pakwe/makwe melalui gambar di Ruangan Kembang Setaman majalah URTV!
Kemudian, “kalulah dia jadi awek aku.” > anganan nakal.
Pastu, “aku ingin dia jadi jodoh aku.” > impian murni dan lebih rasional. Kemudian mengambil langkah bijak berdoa agar Tuhan temukan lagi di saat lain. Atau dijodohkan dengan cara yang tidak terduga. Oh sweet...
Jelas, pandangan mata itu peranan pertama. Lalu, jika tidak mahu terjadi sesuatu yang sebegitu, jangan biarkan pandangan mata bertaut! Walaupun hanya 2 saat....
e.g., dalam LRT, dalam bas, dalam keta masa tunggu lampu hijau... bila terpandang seseorang lelaki (yang mungkin sehensem SETH atau ADI Putra), pandang bila dia tidak pandang kita. Itu berbeza bila lelaki pula tiba-tiba ternampak gadis secantik Tiz Zaqyah (taktau nak bagi contoh sapa lagi dah...), mereka akan terus pandang sehingga si gadis yang sedar, jadi kesipuan. Pun sweetttttt.... (pastu Tweet!)
Cuma, aku tidak pernah yakin pandangan pertama terus jatuh chenta itu sesuatu yang berkekalan indah.
Kerana pandangan mata kali pertama tidak mewakili keseluruhan keindahan sebuah peribadi seseorang atau keindahan seluruh perhubungan itu sendiri.

Kesimpulan, rupa paras bukan penjamin kebahagiaan mutlak, tetapi rupa paras yang baik lagi menyenangkan mata memandang menyumbang ke arah kebahagiaan dan ketenangan jiwa pasangan yang memiliki. Terima seadanya...
*Aku baca kisah wanita di Sabah yang disimbah asid oleh penjenayah haprak gila bodoh mana ntah, sehingga dia menjadi buta. Tetapi suami dan 2 orang anaknya menerima dia seadanya, sehingga dia terus menjadi isteri dan ibu yang bersemangat meneruskan hidup.

~...kerana rupa paras dan fizikal yang sempurna di mata para gadis Kampung Separuh Desa, HISYAM terus menjadi pujaan mereka siang malam subuh senja, tetapi hanya SERI BULAN yang tahu kelemahan HISYAM adalah dia seorang lelaki yang kuat berangan dan bila dicucuk pinggang melatah macam Bidan Piah...!~
Kakak dulu masa zaman sekolahlah kalau ada penyanyi lelaki yg kacak mulalah angan-angan tinggi kalaulah dia jadi pakwe. Bila dah tua nie baru berkata nasib tak kahwin dgn selebriti kan (dia pun tak kenal dan tak nak sudi tengok muka kita) Hehehe....
ReplyDeletesalam azie,
ReplyDeletemanusia jatuh cinta dengan cara yang berbeza. Jatuh cinta hanya dengan melihat gambar? Tak boleh nafikan ia berlaku.
semasa di tingkatan 5 kpah kenal dgn seseorang dari bording school. Setelah beberapa lama kami betukar gambar dan kpah jatuh cinta pandang pertama pada gambar itu walaupun tidak pernah bersua muka. Jauh di sudut hati mengatakan orang inilah yang ingin aku jadikan bapa kepada anak2 aku.
Sekarang, dialah datuk kepada dua orang cucu comel kami...
Kadang2 bila tengok diri sendiri dan banding dgn org2 cantik yang kita nampak dalam majalah, mulahlah angan² main kat awan mengebu²
ReplyDeleteKemudian selami kehidupan duka lara disebalik senyum manis mereka............ kembali pijak dibumi nyata. Aku nak jadi diriku seperti yang sekarang...kan kan...
saya pernah alami 'kes' cinta pandang pertama ni kak. tapi tak seindah yg disangka.
ReplyDeletelepas tu saya serik. no more pandang2 pertama. heheh~
tak pernah lg alami...
ReplyDeletetp btl ker ek cinta pdg pertama nih....?
saya tak pernah rasa pengalaman cinta pandang pertama~~he~
ReplyDeleteHari ini kakcik baca kisah jatuh cinta di tanah perkuburan... :)
ReplyDeletelove at the first sight?
ReplyDeleteperrghhh x tau nk kata... mmg hebat penangannyer!
Yang best tentang Julai 2011
saya kawin ngan hubby saya atas dasar cinta pandang pertama dan dialah org pertama saya suka dan cinta..hehe
ReplyDeleteAyat pertama yang keluar daripada mulut EE masa tgk acu dulu..."comel nya dia"...hehehehe
ReplyDeletecinta pandang pertama.... ohhhhhhhhhh indahnya....
ReplyDeletesuka main2 mata..tp takdelah sampai nak bertweet2..eh tapi itu kisah lama..skrg jalan pun kena tundok jer :P
ReplyDeleteuncle dah jatuh tapi tak ada orng nak cinta pun...kena gelak ada la
ReplyDeleteAzie...apa nih citer main jatuh cinta pulak dah heeeeeeeeee..........
ReplyDeleteJatuh Chenta Pandang Pertama..belum pernah rasa. Jatuh suka Pandang Pertama adalah..tapi Chenta dan Syuka kan dua perkara yang hampir sama tapi tak serupa.
ReplyDeleteOhh tertinggal..suka kasut pengantin tu..nak beli lah, pakai ngan jubah Mekah warna hitam yg banyak batu ngerlip ngerlip..;).
ReplyDeleteSmti
ReplyDeletekak azie, jatuh cinta pandang pertama, saya tak pernah rasa.. tapi jatuh gila bayang pandang pertama, saya dah banyak kali rasa.. dulu gila bayang kat shahrukh khan..lepas tu kat hrithik roshan lak.. keh keh..
ReplyDeleteSalam AA, Pernah temankan makcik dating kt kaki lima kedai di bandar Klang. Dia kenal lelaki tu dr kembang setaman urtv. pas tu dapat upah 10sen.. suka!! tapi tak larat tunggu lama-lama.. boring.. masa tu umur 8-9 tahun kut..
ReplyDeletep/s ; hari2 AA update blog.. alahai.. tak terkejar CM..
Percaya tak kalau saya kata saya tak pernah jatuh cinta?
ReplyDeleteKAK ZAKIE:
ReplyDeleteNama pun angan-angan kan? Kata orang jika tak sealiran pun, susah nak bertemu apalagi nak berjodoh.
KAK PAH:
Alhamdulillah. Seronoknya saya baca, KAK. Cara orang dulu-dulu menyemai cinta sejati. Semoga terus berbahagia selamanya...
KAK KUJIE:
ReplyDeleteKita selalu mahukan yang lebih baik dari hari ini, lebih cantik dari sekarang, lebih kaya dari yg ada... Tapi hakikatnya, bila kita terima dan redha, kita akan rasa lebih bahagia, kan?
GADISBUNGA:
Alaa.. pandang beribu kali pun, kalu hati tidak terpaut cinta itu tidak akan datang juga. Tunggu, suatu saat, jodohmu pasti sampai.
NOOR:
Entah betul ntah tidak. Hanya orang yang alami sahaja yang tahu...
BUJAL X:
ReplyDeleteSebab ko pandang dia tu berkali-kali, kan? kan? hehehe
KAKCIK:
Menariknyaaaa... Jangan jatuh cinta dengan hantu, dah la.
ANIES:
Memang tak tidor malam dibuatnya, kan?
MEK SARAH:
ReplyDeleteOhhh bestnya. Bila dikenang kembali, pasti senyum senyum, kan?
ACU:
Ohhh... EE memang pandai menilai seorang wanita.
ALIMAZ:
Memang indah. Sungguh indah. Taknak cerita kerrrr..
MAKDARA TERDIVA:
ReplyDeleteOhooo.. sekarang dah jumpa idaman hati yerrrrr... Ahaks!
MAMAI:
Uncle jatuh kalu, bangun sendiri laaarrr...
QUEENIE:
Saya teringat sorang kawan saya, (baru bercerai), bertemu jodoh pandang pertama dgn seorang lelaki bujang di depan Kaabah.
hehehehe....yg ikhlas je akan berfikiran murni dan berusaha utk cinta pndg pertama..
ReplyDeleteKAK ATE:
ReplyDeleteCinta dan suka, dua perasaan berbeza. Ramai kita suka pada ramai orang, tapi cinta hanya pada insan terpilih.
Kasut pengantin tu, saya pun berkenan. Tu pengantin anak buah saya.
RED RAMBUTAN:
Terimakasih BRO!
AANAS:
ReplyDeleteAmboiiii... hendostan jer sumer eh? Kat SETH tu tak minat kerrrr.. Jom lawan tarik rambut. hahahahaha
CHE MID:
Depa tu kahwin tak? Cer citer.. cer citer.
*Saya memang cuba konsisten update sehari 1 entri. Tak perlu la kejar CHE MID. Update ikut keselesaan.
KAK HANI:
ReplyDeleteSuatu hari nanti, sapa tahu? hehehehe
ZIE:
Macam kat drama-drama, filem atau dalam novel, kan?
SALAM,
ReplyDeleteBILA BACA N3, TERINGAT ...... DAN MASIH BERKEKALAN ... SEJAK TH 1971
Azie...
ReplyDeletecinta itu luas...
terkena salah satu daripadanya pun dah nikmat....
sy ada kenangan sbgtu..alhamdulillah msh kekal..
ReplyDeletetak pernah alami cinta pandang pertama & dah tua2 begini, rasa takkan mengalaminya. sekadar tengok sedap pada pandangan mata, belum tentu dapat bahagia selamanya, hehehe
ReplyDeleteitu pendapat saya saja, lain org lain pengalamannya :)
LF:
ReplyDeleteAmboiii... amboiii. Terkenang semasa dulu? Tahniahhhh...
AKAK:
Betullah KAK. Samada pandang pertama atau ke berapa sekalipun, tetap terasa indahnya, kan?
HAMIZAH:
ReplyDeleteAmboiii.. Tahniah. Tentu seronok bila mengenang kembali, kan?
DINAS:
Tu la, kan Cikgu. Bagi yang muda2 memang rasa terbuai bila baca. Tapi peringkat macam kita ni, sekadar sengih saja lah.
ahhhh...cinta pandang pertama akak tak kesampaian... dah dilupakan dah
ReplyDeletesy tak percaya sgt dengan cinta pandang pertama ni..hehe. kalau setakat crush yg suka tgk tu..mungkin lah kn. tp kalau nk buat yg istimewa kene lah kenal hati budi kn..hehe :)
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteHmmm. Tak perasan pasal cinta pandang pertama la ... masa sekolah meningkat remaja, selalu ikutan angau teruja pada cikgu hensem muda! :)
Rasa cinta kali pertama ada la ... tapi terkubur dengan pemergiannya. Tetapi kenangan cintanya tetap ada di satu sudut hati sampai kini.
IBU INTAN:
ReplyDeleteEloklah melupakan saja kenangan yang tidak lagi menjadi milik kita, kan?
MUNIRAH:
Benar. Itulah yang disebut, pandangan mata saja tidak cukup. Pasti ada yang lebih lagi dari itu untuk melengkapkan sebuah perhubungan.
DRFAUZIAH:
Wahhh KAK G. Nampak menarik cerita lama tu. Bila2 senang, tulislah. Seronok juga kalu dapat baca. :)
masa remaja dulu kerap juga jatuh cinta pandangan pertama...selalu tak dapat balasan pun... hehehe
ReplyDeleteTak percaya dengan cinta pandang pertama....
ReplyDeleteCinta pandangan pertama itu selalunya lebih kepada perspektif fizikal.
ReplyDeletewah....cinta pandang pertama gitu. agak2 nya saya cinta berputik pada pandangan ke-3. huhuhuhuhu
ReplyDeleteCIKGU NORMAH:
ReplyDeleteHehehe.. mesti pandang tak berkelip-kelip tu, kan? hehehe
ZEZEBEL:
Kerana dari mata, tak semestinya turun ke hati. Banyaknya hanya turun ke poket saja. hehehe
DADDY ZIYYAD:
ReplyDeleteYa. Mata lihat mata. Kemudian raut wajah, bentuk tubuh dan sebagainya. Itupun belum tentu boleh jatuh cinta lagi, kalu poket tak cukup lawa.
EELOBOR:
Kelip-kelip mata 3 kali la ya? hehehe
wewittttt....glamer gambor pengantin I kena tepek kat sini..tq tq tq :)
ReplyDeletejatuh cinta pandang pertama? hurm,haruslah pernah rasa dan alhamdulillah skrg dah berumahtangga :) tu pun masa darjah 6 tuh... *gatai*
harapnya ini jatuh cinta pandang pertama yg terakhir la utk keduanya...klu dak, punggah! HAHHAHAH
SHIKIN:
ReplyDeleteBercuti sakan nampak? Dak abih2 lagi dok honeymoon eh?
Hmmm Darjah 6? Nanti cheq nak tanya kat Dato’ Din. hahahahaha