12-06-2011
...lepak kat rumah setelah lebih sebulan takdapat peluang.
Mengembangkan citer semalam. Berkonvoi beramai-ramai ke Kg Ulu Cuchoh, Sg Pelek, Sepang. Bagi menghadiri walimatulurus seorang kawan, kakak sahabat yang menerima menantu. The only one. Sebab anaknya cuma seorang ini.
Bermula dengan pakatan beramai-ramai menanti di Tol Nilai, jam 11 pagi.
Bermula dengan pakatan beramai-ramai menanti di Tol Nilai, jam 11 pagi.
Bergerak serentak 7 buah kereta. Lagi 3,4 buah kereta menanti di tempat-tempat lain.
Tiba pada waktu yang tepat. Time makan.
Lauk pauk memang best. Yang tidak diduga, ada Itik Masak Rendang! Best sangat! Lama tak makan daging itik.
Tiba pada waktu yang tepat. Time makan.
Lauk pauk memang best. Yang tidak diduga, ada Itik Masak Rendang! Best sangat! Lama tak makan daging itik.
Makan sambil sembang dengan ramai para sahabat yang lama tidak bertemu. Kenal bertahun dalam komuniti Sahabat KgMMS KLfm, sejak 2005, tapi masing-masing hanya berharap pada majlis sebegini untuk bersua kembali.
Selain dari menu daging masak hitam, acar buah dan daging, tetamu juga dijamu Air Limau Asam Boi. Memang best!
Mempelai tidak bersanding (rasanya tidak sebab aku tak jengah pun dalam rumah ada pelamin ke tidak). Selepas pengantin lelaki tiba, terus sahaja duduk di meja makan beradap.
Kalut bergambar dan kami pun nak balik cepat, KAK JAM terlupa AA tak dapat “berkat”. Anak-anak pun tak dapat. Balik semua lenggang kangkung. (Mujur Kak Izan bagi goodie bag dia, cenderahati gelas yang klasik).
Majlis yang best (wpun sempat sekejap cuma), tetap best sebab dapat bertemu mesra dengan lebih 20 orang sahabat.
Majlis yang best (wpun sempat sekejap cuma), tetap best sebab dapat bertemu mesra dengan lebih 20 orang sahabat.
~...mencuba nasib menjadi penanggah bukan pelangah di majlis kahwin duda bertemu janda sebelah baruh Kampung Separuh Desa, bagai mahu tertanggal telinga HISYAM mendengar jolok-buah-mulut orang supaya dia segera bernikah pula dan kemudian menjadi pencuci periuk kawah...~
Semalam saya pun menghadiri kenduri seorg sahabat lama ms sekolah...tapi cuma dapat berjuma 2 org saja....best tenguk AA dapat jumpa ramai teman2 dn sempat berposing tak mcm sy hanya dapat abadikan satu gambar sj sebab mak pengantin sibuk sgt2.
ReplyDeleteOh AA sahabat kgMMSKLFM ek? Tentu ramai kawan. Saya pernah mendaftar menjadi sahabat KLFM dulu tapi lepas tu tak aktif sbb dengar saluran radio lain hehehe
ReplyDeleteSiapa yg suka itik mesti suka.
ReplyDeleteTapi saya tak lalu nak makan itik ni sebab tak biasa huhuhu
saya dah lama tertanya dalam hati. tapi jangan kak azie salah faham & anggap sensitif lak soalan nie. sebab kekadang saya perasan (dalam keluarga saya), apabila menghadiri majlis kenduri kahwin & x mendapat "door gift", boleh jadi suatu isu yang menjadi perbualan (tidak hangat cuma menjadi topik)
ReplyDeletekak
ReplyDeletesya suka jugak rendang itik,
kebanyakan kenduri di k.langata ni memang tak tinggal menu acar buah tu.
rugi juga tak dapat 'berkat'...tapi dah tak ada rezeki, nak buat camana.
ReplyDelete2 hari ayu pi majlis kawin.. mmg tak ada rezeki..
ReplyDeletetak apalah.. memahami tuan rumah mungkin susah kot
janji kita dapat jumpa kawan2 dan saudara mara..
kak... bab daging itik tu.. teringin nak rasa... hehehe
cam sedap je itik tapi bila teringat itik gantung kat kedai cina terus kegelian... huhu...
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSeronoknya berkonvoi, menuju destinasi yang mengerat silaturrahim.
Bukan sahaja dapat menatap wajah pengantin, makan-makan, bahkan juga menghubungkan kita dengan sahabat dan taulan yang lama terpisah...
TQ
seronok bertemu kawan-kawan tulah yg menambah sedap makan-makan kan Azie?....
ReplyDeleterendang itik... wah, best tu
ReplyDeletejumpa pulak kawan2 lama lagilah berselera makan
mak aiii..rendang itik tu yang mebeles laa:)
ReplyDeleteNYANYI SUNYI:
ReplyDeleteBiasanya time gathering di majlis kenduri ler masa paling sesuai nak berjumpa teman2 lama.
YUNUS BADAWI:
Saya memang antara orang2 lama. Yang dlm gambar tu semua orang2 lama juga. No keahlian kami semua hanya 4 digit sahaja. Yang 3 digit pun ada tu. Sekarang ni ahli dah lebih 100 ribu.
YUNUS BADAWI:
ReplyDeleteSaya makan itik masa kecik dulu. Kami ada bela banyak itik. Dan arwah AYAH masakkan Itik Masak Kicap! Perhhhh!
EELOBOR:
Pada Kak Azie, goodie bag tu menjadi kenangan antara kita dengan tuan rumah. Kalu ada makanan, itu berkat. Sedekah tuan rumah.
SYA:
ReplyDeleteKak Azie suka Acar Buah tu rasa macam nak ratah semua. hehehehe
CIKGU NORMAH:
Lain majlis, lain giftnya. Kalu dapat makanan, pun seronok juga.
AYU:
Antara yang best pegi kenduri, tentulah dapat jumpa saudaramara yang lama tidak bertemu, kan?
CIKGU MIZI:
ReplyDeleteKalu ingat yang itu, memang jadi lain. Kak Azie memang biasa makan itik masa kecik2 dulu. Kami bela banyak itik di kampung dulu.
ADMIN @ CIKGU:
Selamat kembali ke sekolah hari ini.
Betul. Selain makan-makan. Borak2 dengan kengkawan lama.
QUEENIE:
ReplyDeleteBetul KAK. Bukan senang nak dapat peluang macam ni.
IBU INTAN:
Saya pun biasa makan Itik Masak Kicap atau Kari Itik jer. Rendang memang tak pernah lagi. Bestttt!
KAK ES:
Marbeles!
SALAM,
ReplyDeleteSEPANG TU TAK JAUH DARI BANDAR BARU BANGI ! LF SUKA MASAKAN ITIK
Kakak nak bagi tahu dulu di tempat kakak ada nama Ulu Choh...
ReplyDeleteMelihat paparan kakak dah dapat bayangkan keseronokan dan cerita yg panjang berjumpa teman.
Tak pernah dengar lagi kenduri kawin makan Itik mesti Tuan rumah penggemar sejati Itik tak pun tokeh ternak Itik ;). Ate pun suka sangat mkn Itik. Pantang ke restoren Chinese Muslim. Mesti order Itik. Di kebanyakan rumah makan di Indonesia pun banyak resepi 'bebek' (itik).
ReplyDeleteselalu pose lentok je..kali nie menonggek lak ek...heheheee
ReplyDeletemeriahnya makan~~
ReplyDeleteLF:
ReplyDeleteKalu dari Bangi memang tak jauh bang...
KAK ZAKIE:
Saya pun pernah dengar nama tempat Ulu Choh. Hampir sama dgn Ulu Cuchoh. :)
KAK ATE:
Saya rasa kampung tu banyak itik dibela. Tuan rumah ni tokey lembu dan kambing. Dia memang penguasaha ternakan besar-besaran.
ACU:
ReplyDeleteTak sengaja tuuu.. hehehehehe
BUJAL:
Dah namanya pun kenduri. Tak meriah makan, tak tahu laaah.
sedih sbb tak dapat joint, mesti kakak aku tu kecik hati, tapi nak buat mcm mana udah dpt arahan dr kampung supaya pergi majlis yg satu lagi tu utk menjadi wakil..dan siap kena jadi kereta pengantin lagi...kalau setakat pegi makan udah tentu sempat lari kesana lagi....
ReplyDelete