Saturday, June 25, 2011

Tapai Pulut Lada Hitam: mana nak cari?

Salam JumAAt
24-06-2011



Tadi sembang-sembang kosong dengan rakan sekerja, bercerita tentang Tapai.

Aku suka Tapai Pulut. Sejak kecil, makan Tapai yang My BONDA buat. Dia memang pandai buat Tapai Pulut. Buat nyorok-nyorok dalam bilik, time kami semua dah naik atas nak tidor. Dia buat sensorang. Katanya, buat Tapai Pulut tak leh ditegur, nanti tak jadi. Tak jadi tu, maksudnya tapai jadi masam dan bertukar jadi merah, tidak putih serlah.

MyBONDA dulu buat, bungkus dengan daun keladi, simpan dalam sia’ or Banjar said, ‘rantang’. Mangkuk bertutup aluminium berukir corak. Bukan mangkuk tingkat. Sia’ ni biasanya orang guna masa pi kenduri kahwin, isi gula atau kuih atau beras untuk tuan rumah yang buat kenduri. Zaman dulu jer ada sia’ nih...



Tapai Pulut yang bila disejukkan, perhhhhh nyaman masuk tekak.


Tapai Ubi, pun enak tapi tidak tersenarai sebagai kegemaran.

Kawan AA tadi cerita, seorang jiran dia di kampung dulu, pernah/selalu buat Tapai Pulut campur Lada Hitam. Hmmm? pertama kali AA dengar ada Tapai sebegitu. Katanya, rasanya sangat sedap. Wow! kat mana nak cari Tapai Pulut Lada Hitam nih?

Dia juga cerita, jika buat tapai, bukan sahaja tidak boleh ditegur tetapi jika semasa menjemur ragi pun, jika ada seorang yang “pandai mengubat” lalu di situ, tapai itu pun tidak menjadi jugak.

Kenapa begitu? Dari segi mana kaitan menegur atau melintasi ragi, boleh menjadikan Tapai tidak menjadi? Macam pelik, tetapi itulah yang sering berlaku. Yang dibawa dari mulut ke mulut oleh orang dulu kala.

AA: memang tak pandai langsung buat Tapai. Pandai makan saja!

Hari ini cuaca panas, kan?


Layan ini jommm...! Lai-chi-kang.



~...antara masam manis Tapau Pulut + Cendol Istimewa, ternyata SERI BULAN lebih ketagih Cendol Durian berbanding HISYAM yang tidak hairan selain dari Air Tarik Mamak Kurtha...!~










28 comments:

  1. kalau Tapai Pulut Hitam kat kelantan banyak. Mak pun selalu buat.

    ReplyDelete
  2. akak suka sangat tapai ubi...tambah santan, air gula + ais...wooo....
    kalau makan tapai pulut, perut pedih.

    jiran lama akak org Kelantan, pandai buat tapai pulut...selamba jer dia sambil buat sambil bebel kat anak2...
    tp tapai dia tak pernah meragam. tu yg akak pelik tu.

    ReplyDelete
  3. yes..
    kita masih ada persamaan..
    minat tapai pulut tapi tak minat tapai ubi

    PS; lama tak tegur hisyam..
    bab teh tarik mamak kurtha... kedai mana hisyam masuk?? nak nyorat..

    ReplyDelete
  4. kak AA ni banjar kah?



    saya sangatlah suka kat tapai pulut. kalau raya, macam dah menu wajib - paksu yang pandai buat, kami hentam makan je.


    tapai ubi? samela, bukan kegemaran.. wohoh, tekak kita sama eh...

    ReplyDelete
  5. adeh,terliur nengok laicikang tu..panas kat sini hari ni..

    ReplyDelete
  6. hehe..tak dpt tapai, laichikang pin jadi lah yee :P

    ReplyDelete
  7. tapai pulut juga kegemaran ku tapi bukan tapai ubi

    azie..akak hanya suka tapai yang dibungkus dalam daun keladi saja, yang lambak atau dalam daun getah..rejek

    camna lak tiba2 je muncul lai chi kang ni...

    ReplyDelete
  8. oh, sedap gilaaaa tapai pult! my fav hehe tp tapai ubi xprnh rasa. tapai pulut lada htm pun xprnh rasa

    ReplyDelete
  9. biasa tgk yg balut dgn daun pisang dan daun getah. daun keladi..tak penah langsung..

    ReplyDelete
  10. tapai memang feberet... pantang jumpa hehe

    ReplyDelete
  11. HANI:
    Tapai Pulut Hitam, ya saya pernah tengok gambar tapi tak pernah rasa lagi. Mesti sedap kan?



    Kak QUEENIE:
    Ohh tambah santan, air gula & ais? Wow! terlior nya saya kakkkk.



    AYU:
    Pssssstttt.... nak no tepon Hisyam? Ahaks!

    ReplyDelete
  12. NAJWA:
    Yup, I’m Banjarian. Mak dan ayah cakap Banjar tapi dgn kami tidak. So kurang fasih bersurahan...
    Biasanya memang time raya banyak tapai dibuat orang. Masa tu memang makan sungguh-sungguh!



    ANYMZ:
    Salam. Sila masuk, terimakasih.
    Lai-chi-kang yang enak nyaman dingin masuk tekak!



    MUN:
    Ohh.. kalau dapat Cendul + Tapai? Wow!

    ReplyDelete
  13. IBU INTAN:
    Susah dah nak cari Tapai dalam daun keladi, kak. Kalu kat kampung2 mungkin ada.



    IZZ ZARA:
    Salam kenal. Sila masuk, terimakasih.
    Kak Azie pun tak pernah lagi dengar pasal Tapai Pulut + Lada Hitam. Rasa lagi tak pernah lagi.

    ReplyDelete
  14. YAN:
    Mak I dulu memang buat, bungkus dengan daun keladi. Mungkin itu pun menyumbang kepada rasa yang berbeza, kot.
    Sekarang ni orang buat tapai, simpan dalam bekas microwave tu.



    ZINO:
    Pantang jumpa, rasa nak ngap ya? Sama ler kita...

    ReplyDelete
  15. Jiran ckLah orang Banjar. Tiap pagi raya memang dia hantar tapai begini, tapi tapainya bewarna hijau. Memang tak pernah jumpa di kedai...

    ReplyDelete
  16. saya suka tapai pulut gtu...msuk peti lagi best..

    kalu tapai ubi..lagi best jika digoreng kak..penah mkn tapai ubi goreng?

    tapai pulut lada hitam xpenah dgr..
    pasal xle tegur masa buat tu..xtau la mitos ka hape..mcm xlogik kan kaitannya..satu lagi..masa nk buat tapai xle time period..ikut jd merahlah tapai itu..huhu..
    tu ngikut org ckp la..xtau kebenarannya..

    ReplyDelete
  17. saya pun suka tapai pulut...pulak tu kalau dimasukkan dlm peti sejuk...mmng sedap!!!

    Tapi tak prnah dgr pulak tapai pulut lada hitam...kalau ada, mmng nak cuba jugak...

    ReplyDelete
  18. tapai ubi dalam senarai saya kak...
    kalau ke pasar malam mesti beli !


    pulut hanya makan dengan cendol dan pulut panggang aje.

    ReplyDelete
  19. saya suka tapai pulut. makan saje atau makan dgn eskrem. tapi yg spesis ada lada hitam tu tak penah jumpa pulak...nanti saya reki2.

    tapi ubi - pun faveret. makan saja atau buat goreng atau buat cekodok. walaweh sedapnyerrrr.!!!

    ReplyDelete
  20. azie..
    apasallah akak dok buka entry ini.. sebabnya akak ni puasa... mujurlah jam dah menunjukkan pukul 300ptg.. nak buka dan cari tapai pun dah tak dan lagi....
    azie..azie..

    ReplyDelete
  21. oh, jadi 'kulaan' juga la nih ;)

    mak saya banjar, dan kami pun dibesarkan di Kampung Banjar, Teluk intan. suami pun banjar...

    huhu...

    ReplyDelete
  22. dah macam2 tapai saya makan, ini kali pertama dengar tapai pulut lada hitam.

    ReplyDelete
  23. jangankan tapai pulut lada hitam..yang tak berlada hitam pun susah nak cari. lama jugak tak makan. tapi sekarang musim panas, makan tapai kena banyak minum air ler jawabnya....

    ReplyDelete
  24. CKLAH:
    Tapai yang warna hijau tu mungkin pewarna kot. Kalu bungkus dgn daun keladi pun kadang2 ada skit kaler hijau.



    MEK SARAH:
    Pernah dengar pasai Tapai Ubi goreng, tapi tak pernah lagi rasa. Harus sedap tu, kan?



    MULUTPAYAU:
    Memang, tapai ni kalu time sejuk baru kuar dari petiais, memang nyamannnn....!

    ReplyDelete
  25. AZRINA:
    Makan cendol dgn pulut panggang? Makan serentak ker? Pelik tu.



    GADISBUNGA:
    Yup. Tapai makan dgn eskrim. Pun satu cara yang enak jugak. Aduhaiii...



    AKAK:
    Tajuk dah tapai, memang meliorkan Kak. heheheh sori. Selamat berbuka puasa.

    ReplyDelete
  26. NAJWA:
    Kulaan la kalu gitu. Cuma, Kak Azie tak pandai bercakap Banjar. Sayang sekali, kena banyak belajar lagi.



    EELOBOR:
    Betul. Kak Azie pertama kali dengar. Langsung tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
  27. SITI MURNI:
    Kalu makan Tapai banyak, tekak sakit sebab terlalu manis. Memang kena sulam dengan air kosong.



    PANGLIMA MUDA:
    Kalu simpan dalam petiais, Tapai memang menyelerakan.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails