Monday, June 13, 2011

“Empat Dara Duduk di Tepi Sungai?” Lagu tu tetap best!

Salam
13-06-2011
...selepas masak Nasi Goreng Kampung...



Sabtu lalu punya cerita. Kisah si Emak Tarzan dengan Empat Daranya. (I suka lagu Empat Dara yg pernah popular by Noraniza Idris)

Kisah selepas meronda-ronda Low Yatt cari si DELL. Bila dah selesai, tentulah melaksanakan agenda penting bagi si CHAK yang tiap kalu keluar jerrrr... mesti lapar!

4 dara dengan 4 karenah. Si EMAK ikutkan saja walaupun sebenarnya memang dah penat nak ulang-alik. Dari Low Yatt tu menapak ke PizzaJahat tu, boleh tahan gak jauhnya.


Macam biasa si EMAK Tarzan, tak lepas dengan Cabonara!
CHAK memang minat Mushroom Soup.





IKA balik bercuti. AMOI memang duduk di rumah sekarang sehingga hujung tahun.

Kemudian mencuba nasib mencari tiket KL GANGSTER, tapi seperti yang dijangka, tiket sold out! CHAK yang nak tengok sangat konon sebab ada ZIZAN. Tapi aku lega juga tak jadi tonton, sebab kaki dah tak larat. Lain kali jer lah. Tunggu masa dah reda skit. Kalu ada masa, boleh juga pegi tengok nanti.


Menyebut sedikit tentang filem tersebut, bagi aku tiada masalah langsung tentang sebutan, dialog, panggilan or kod rahsia or whatever words lah!. Filem adalah hiburan yang bermesej. Jika kita nak terlalu sensitif, memaparkan orang Melayu sebagai gangster pun sebenarnya boleh menjadi isu menghina. Tapi kita kena rasional. Fakta is fakta! kan?


Lama sungguh tidak menjengah ke area berhampiran Pavilion. Kali akhir masa Chinese New Year tahun lepas kot... Memang tak minat nak menghayun kaki ke situ tanpa sebab. Kebetulan kami pergi hari Sabtu, maka ramai sungguh para remaja warga kota yang kelihatan menghabiskan malam yang masih muda dengan berlegar-legar di situ.

As IKA said, “Dia orang ni bukan nak masuk dalam pun. Ramai yang bukan nak beli apa pun. Nak lepak jer.”

Yup betul. Rupanya kat tepi tu ada pentas khas, dan kebetulan macam ada show ShowDown kot. Bersorak riuh rendah kat situ. Seksa, kami terpaksa menyelit di celah orang ramai untuk ke kaunter kupon teksi di belakang Pavilion. Dapat jer teksi teruih belah!



~...jika SETH begitu romantis di mata ELENA, tiada siapa dapat menyangkal HISYAM jauh lebih romantis dan prihatin dari itu, setidak-tidak di mata seorang SERI BULAN, kerana dia tidak pernah berniat untuk merogol seperti SETH mencabul ELENA di bawah pokok di siang buta!...~








32 comments:

  1. BACA entry kak dengan anak2 buatkan ayu kembali ke zaman 80an,... hehehe... 4 dara ko...

    *** nak tiak kak AA, ibunda...

    kak......... statment last tu, mmg terbaik.............. i like!!! tak perlu seth tan. en zalie pun dah cukup baik ko....hahhaha

    ReplyDelete
  2. baru jer ptg td layan KL Gangster..heehhee memang best zizan..penyerii dlm citer tuh,,,huahua ;p

    wah wah bestnyer tgk akak bersama 4ank dara berjimba2...siap mkn pizzajahat lg tau...hahaha

    ReplyDelete
  3. Teringatkan CHAK dan ALIA makan sup cendawan di Ice Room. :)

    ReplyDelete
  4. Sallam AA,

    Seronoknya ronda dengan anak-anak
    teringat masa anak2 masih kecil dulu,
    selalu juga ronda2 kotaraya.

    ReplyDelete
  5. saya nak termuntah hijau bila baca Pekida nak saman pengarah KL Gangster..ekekekkee

    ReplyDelete
  6. dah besar anak akak deh..
    bestkan bersantai2 ngan anak gtu..
    rasa cam suka tgk dan rasa..

    tggulah kan..saya pun nati ade 3 hero..akak ada 3 heroin..ehhe

    citer tu mmg laku skrgkan..rasa nk tgk je...tggu astro pes la..hehe

    ReplyDelete
  7. hah!!!! pizzajahat?????..hahahaha...
    Seronoknya dapat makan dan ronda brsama anak2....

    ReplyDelete
  8. Seronoknyer jalan-jalan. Hari Ahad semalam, kita dan askar askar sempat gak jalan jalan cari kain baju raya. Baru pusing satu floor nak cari kain rasa, macam dah jalan berbatu-batu penatnya. Nampak sangat dah tuo ... hukhukhuk

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    lagu 4 Dara tu popular sblm zaman Noraniza Idris lagi...saya lebih suka yg ori berbanding nyanyian Noraniza Idris

    ReplyDelete
  10. saya suka lagu dari 3 bidara. kalau nak dengar boleh tgk kat link bawah nie.... huhuhuhu

    http://www.youtube.com/watch?v=4fQjy8IzNl0

    ReplyDelete
  11. Ramai peminat seth frust yer...tu lah, jangan terpengaruh dengan keromantisan...ekeke...

    apa2 pun saya tetap minat seth...:D hehe...

    Seronok jalan makan2 dengan anak2 dara nooo....pizzajahat lak tu..kelaparan terus saya dibuat kak azie..

    ReplyDelete
  12. Semalam kak Zai order aje dari rumah pizza jahat tu malas nak masak untuk makan malam.

    ReplyDelete
  13. acara makan makan yg paling best hehe

    ReplyDelete
  14. Tak tahu nak komen yang mana satu. Family kah @ kl gangster @ seth tan @ seri bulan

    ReplyDelete
  15. wahhh!!! layan pizza ye.. mmg seronok bila makan ramai2...

    ReplyDelete
  16. cantiknya anak dara awak...sweet macam emaknya...Azie suka carbonara ya? akak pun suka lagu tu...

    Azie, my16 dah tengok citer KL Gangster aritu, dia kata best setanding filem HongKong.... anak-anak akak kononnya tak berapa minat filem Melayu tapi sejak tengok Hantu Mak Limah Balik Rumah,persepsi depa dah berubah sikit...mak dia ni pun tak sempat lg nak tengok citer HKLBR tu, aritu cuma tengok dalam feri yg ditayangkan masa nak ke Langkawi... tak sempat habis lagi tp sempatlah tengok beberapa adegan lawak...

    ReplyDelete
  17. AYU:
    Wow! AYU selalu dapat komen nomot satu!
    Betul AYU. En ZALIE tetap terbaik buat AYU.



    CIK ECAH:
    Alaa jeles la kiter, awak dah tengok filem tu yaaaa...



    KAKCIK:
    Hehehehe... CHAK dan ALIA habiskan Sup Cendawan Abg Mus!

    ReplyDelete
  18. LIPIDSLADY:
    Zaman saya dulu, meronda pasar pagi jer. Itupun jarang-jarang...



    DADDY:
    Cepat lap balik muntah awak!



    MEK SARAH:
    Sekali sekala bersantai memang best. Kalu kerap sangat, kopak.
    Kak Azie ada 4 heroin.

    ReplyDelete
  19. MULUTPAYAU:
    Saya memang mulut jahat!



    ACIK MLMW:
    Ohhh lepas kenduri tu, pegi Nilai yerrr.. ATUK PADIL pun meronda ke sana cari baju raya jugak katanya...



    GADISBUNGA:
    TQ. Yang masih gadis memang biasanya cun cun belaka. :)

    ReplyDelete
  20. ANYSS:
    Salam.
    Kak Azie pun dok ingat lagu lama tu. Tapi lupa nama penyanyinya. Memang klasik lagu tu.



    EELOBOR:
    3 Bidara “I Love You”, kan? Layannnnn...

    ReplyDelete
  21. SITI MURNI:
    Kak Azie pun tetap minat SETH the ori. hehehehe
    PizzaJahhhat boleh diorder terus ke rumah. Sila.. sila...



    KAK ZAITUN:
    Wahhh seronok, kan? Ada tukang masak instant.



    ZINO:
    Sekali sekala best larrrr...

    ReplyDelete
  22. KAK SAM:
    Langsung tak yah komen. Hehehehe..


    YAN:
    Pizza ni memang sedap makan beramai-ramai jerrrr...



    KAK QUEENIE:
    Setakat ini, memang selera saya ok jer dgn Cabonara. Esok2 ntah la tukar apa plak.

    Anak dara saya pun jarang nak layan filem Melayu. Tapi sejak Hantu Kak Limah, depa pun mula beri perhatian kepada filem Melayu gak.

    ReplyDelete
  23. Ate baru aja berkesempatan tengok citer 'ELENA' tu ptg td (ketinggalan keta lembu). Pas tu sibuk nanya adik ipar siapa tu, siapa ni, nape cam tu, nape cam ni..mujur dia tak bosan menjawab.

    ReplyDelete
  24. saya pun sukaa carbonaraaaaaaaa! :)

    ReplyDelete
  25. KAk ATE:
    Saya pun baru layan 2 episod jerrrr.. Yang lain-lain tu tengok sambil lalu layang depan tv jer.



    DINAS ALDI:
    Selera kita sama ler cikgu.

    ReplyDelete
  26. Bilalah dapat jalan2 dengan anak2 yang dah boleh di buat kawan macam akak tu ya?

    Sekarang kalau jalan dengan anak2, mulut saya tak henti pot pet kot, anak2 asyik berlari je..hihi

    Tak paham citer elena dan seth tu, tak tgk drama tu sebenarnya...:)

    ReplyDelete
  27. last week pown ke sana... Marathon kaki dari Sg wang ke Pavi. Dah ler penat q wif lebly son utk bergambo ngan otomen.. Marathon kat Pavi semata2 nak cari Toy's R Us... pusing bagi nak tercabut kai dah... rerupanya level 6 lam parkson.. huhh!! sepatutnya lah kan, kena ada customer service counter utk every floor... dah la almost 90% staff yg keja lam Pavi tu x tau mana diam nya Toys R us tu... hu3.....

    ReplyDelete
  28. kak AA,
    4 dara dan 1 mak dara di pizza hut :D

    lagu 4 dara tu pun lagu kegemaran saya yang lahir hujung 70 an ni hehehehe...jiwa sinar, malat segar :D

    ReplyDelete
  29. YUS:
    Tunggu la anak-anak besar dan macam rakan sebaya nanti.
    Kak Azie sekarang pun potpet potpet jugak. Tapi bercerita dan bersembang macam2 cerita!



    NANI:
    Saya yg pernah keja area Bukit Bintang 9 tahun, pernah jejak ke Pavi baru 2 kali!

    ReplyDelete
  30. ZAKIYAH:
    Itulah 4 dara yang Kak Azie ada. hehehehe jom layan lagu2 malar segarrrrr....

    ReplyDelete
  31. amoi ngan ika dah nmpk dewasa sangat! tetiba rasa tak lama lagi kena tolong bungkus 'telur', jadi penanggah, jadi jurufoto & tetamu yg paling happening..hehehehehhehe :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails