السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
30-07-2012
Sabtu lalu, aku akhirnya memenuhi jemputan untuk iftar di rumah sebuah keluarga warga asing. (Mereka merupakan pekerja kepada sorang partner aku, dan undangan ini adalah sebagai menghargai usaha kami dalam beberapa urusan berkaitan kerja dan projek. Tak penting pun nak hurai).
Undangan ini aku penuhi setelah plan undangan kali pertama terpaksa aku tolak dan mereka mengubah ke hari tidak bekerja. Aku angkut semua anak-anak dara aku. Kami langsung tidak boleh menjangka sambutan iftar di kalangan mereka ini. Tentulah terasa asing sekali, maklum mereka merupakan warga asing (Bangladesh).
Layan gambar ya, and Sori Berlori sebab gambar memang ada banyak. Aku boh semua gambar sebagai kenangan.
Kerana teruja nak lihat kelainan budaya dan menu orang depa, so aku berlagak peramah (macam tak biasa?) sampai sanggup terjah ke dapur orang.
Nasi Beriani.
Ini dinamakan “sola”. Kacang tanah dimasak bersama daging + daun sup macam masak rendang. Pedas rempah.
Ini Kuah Dhal yang akan dimakan dengan capati. Memang kami sudah dijanjikan capati, sebab tentulah mereka pandai buat capati.
Dari jauh mula-mula kami sangka yang itu Ayam Goreng, tetapi sebenarnya sejenis cucur yang dibuat dari tepung kacang kuda. Pedas sebab ada rempah. Yang macam maruku kasar tu sebenarnya manisan. Memang manis sangat.
Yang ini maruku campur dan beras goreng. Mulanya aku tak faham cemana nak makan benda ni. Snack kah?
Lihat capati di depan aku tu. Kami sebenarnya makan sorang setengah keping saja. Sebab capati tu cepat kenyang. Apapun memang sedap. Mangkuk putih depan aku tu adalah Bubur. Dibuat daripada mihun, tapi manis ya amat. Ada rasa lemak, mungkin dimasak dengan santan. Makan sesudu dah rasa kembang mulut. Yang berdiri itu adalah tuan rumah. Dia dan suaminya yang menjadi penganjur majlis.
Kami berbuka di meja manakala ahli rumah yang lain ternyata memang selesa berbuka di lantai. Bersila ramai-ramai.
Segala benda yang tadi rupanya digaul bersama di dalam sebuah besen – jika di negara mereka, menggunakan talam yang besar. Saiz talam bergantung berapa ramai orang yang akan makan berkeliling nanti.
Menurut mereka, memang hanya pada bulan puasa sahaja ada acara makan dalam talam/besen besar ini. Hanya pada bulan puasa sahaja menu sebegini muncul. Biasanya di masjid-masjid di negara mereka, memang beginilah cara mereka berbuka. Sekali tengok macam orang Jawa makan Nasi Ambeng yang berkongsi 3,4 orang setalam.
Mungkin sama dengan perlambangan itu, iaitu sikap bertolak-ansur dan bersatu-padu bila makan berkongsi seperti itu. Yang best pula, cara mereka makan dengan tangan tetapi cara menyuap adalah seperti melambung kacang putih ke mulut. Bayangkan segala macam bahan dicampur aduk sebegitu (macam uncang Musang Berjanggut saja...) dimakan dengan cara ‘melempar’ ke dalam mulut. Langsung tak bersepah tau, sebutir pun tak bertabur. Aku pun try, tapi bersepah...!
Rasanya masin, manis, pedas rempah dan lemak. Sedap juga. Makanan tradisional ini dianggap seperti starter kerana mereka tidak berbuka dengan makanan berat.
Kami menanti selepas maghrib dan berbual beberapa ketika sebelum menu Nasi Beriani pula dibawa keluar.
Adehhh... mana perut nak isi, tapi sebab teruja nak mencuba (sambil mengambil hati si tuan rumah), tentulah rugi jika melepaskan peluang merasa. Ohh ternyata memang sedap, tak banyak beza dengan Nasi Beriani di restoren Arab.
Nasi beriani yang dihidang bersama Acar. Acar mereka tidak menggunakan cuka tetapi diperah limau nipis. Sedap!
Sebenarnya, mereka tinggal kira-kira 5,6 orang dalam sebuah rumah kedai (3 bilik). Rata-rata mereka sudah berada di Malaysia lebih dari 7 tahun, malah ada yang sudah 20 tahun, 12 tahun... Semua mereka fasih berbahasa Melayu dan nampak selesa bergaul dengan orang kita. Apa yang harus dipuji mereka ni sangat menghormati kita, dan dari segi kerja memang boleh dipuji. Selagi tiada kejadian/peristiwa yang mengecewakan, selagi itu mereka wajar dilayan adil dan baik oleh kita, walaupun kita bergelar majikan.
Sesungguhnya kami pun tak menduga, cara hidup mereka tidaklah seteruk yang seperti disangka orang (termasuk kami). Rumah kemas, bersih dan lengkap. Susun atur ringkas dan teratur walaupun tidak banyak barang mewah (kecuali sofa kulit, peti sejuk dan tv plasma skrin besar). Bilik air bersih berkilat, malah barangan yang mereka gunakan pun boleh tahan juga jenamanya.
Tiada gambaran baju bersangkut sana sini, atau pakaian ‘kecik’ bersepah tanpa malu, atau kain pelikat berbau dilonggok sana sini. Pendekata, kita tak menduga pun rumah itu dihuni oleh warga asing. Mungkin kerana sudah lama berada di sini, cara hidup mereka juga terikut cara orang Malaysia. Itu pendapat aku.
Yang pasti, kami selesa sepanjang berada di situ dan bersembang dengan mereka. Anak-anak pun puji makanan sedap dan makan puas.
Terimakasih kepada semua yang terlibat dalam ini cerita...
> senyummmm
Yang best lagi, time balik siap tapau macam-macam untuk dibawa balik.
Hmmm... baru pagi tadi bersahur dengan capati tu dan manisan tu belum ada yang berani nak makan, kecuali aku rasa secubit. Manis ya amattt...!
~...terkedu seketika Mak Utih dan Pak Utih bilamana HISYAM menyatakan hasrat untuk membawa SERI BULAN pergi ke luar dari Kampung Separuh Desa buat seketika sehingga diberitahu kelak sedang SERI BULAN sendiri hendak melompat bintang kerana sudah lama dia ingin berada jauh dari Teratak Nyatuh asal sahaja HISYAM sedia menjaganya untuk tidak jatuh...~