Tuesday, January 15, 2013

Laksa Kedah orang Sarawak belacan Sabah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
15-01-2013


Ahad hari tu, air masuk dengan jayanya dan tiada lagi gangguan setakat ini. Kita harap ini dipanggil krisis air selesai!

Jadi kerana air dah normal, mood masak mula mencanak. Ewahhhh... mentang-mentang ada banyak masa, so macam-macam la plan. Demam pun dah kebah lalu saya pun pergi pasar Pudu semalam pagi.

Kebetulan ikan kembung (kecil) boleh dapat RM4 sahaja per kilo. Saya beli sekilo dan buat laksa. Macam biasa, laksa Kedah, menu dari orang Sarawak. Yang best lagi, kali ini saya gunakan belacan Sabah yang MyKakLong kasi. Kompom la sedap...!

Belacan Sabah. Saya dah malas nak snap gambar laksa, sebab dah selalu sangat.

Resipi dari orang Sarawak. Dah pernah dah saya tulis sebelum ini, tapi saya sendiri malas nak pi cari entri tu. Mungkin ramai jugak malas nak klik ‘sini’ or ‘sini’, lalu saya tulis serba ringkas.

Blend bawang merah, putih, cili kering, cili padi, halia sikit + belacan. Tumis bahan ni sampai pecah minyak. Lagi lama lagi baik. Then masuk la bahan asas lain yang semua orang tahu. Kantan, daun kesum dan asam keping yang wajib tu jangan lupa plak.

Heh heh heh... saya ada banyak masa untuk blogging sekarang ni.



~...ketika Pak Utih ke baruh dengan jala dan pulang dengan raga, Mak Utih segera memesan agar HISYAM dijemput datang kerana ikan baung enak digulai dengan belanga tanah dan SERI BULAN mula rasa tersisih seperti hendak meraung...~








34 comments:

  1. Inilah yg dinamakan Laksa 1Malaysia .... hehehe


    Hidup Rosmah! oopss maksud saya Hidup Azie Azah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit sikit 1Malaysia.
      Nanti agama pun jadi 1Malaysia??

      Delete
    2. Sekarang kenalah panggil laksa 1Malaysia. Kalau sebelum ni mungkin dipanggil Laksa Wawasan atau Laksa Hadari ..... huhu

      Delete
  2. Wah first time dapat first kat sini

    kembang kempis hidung kejap

    (nampak sangat takde kerja huhu)

    ReplyDelete
  3. Kakcik dah pandai makan laksa Sarawak sejak ada adik ipar dari Kuching... :)

    ReplyDelete
  4. kalau ada bunga kantan dlm kuah laksa...memang sy serander !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serander kenapa? Tak tahan nak makan atau memang tak boleh makan?

      Delete
  5. sedapnya laksa kak.. aduhaiiii~
    my feberet tuh...

    ReplyDelete
  6. nak gambar laksa, takmo gambar belacan... huhu


    Kak Azie orang Sarawak ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila Google. hehehe. Jarang orang boh gambar belacan dalam blog, so saya boh.

      Delete
  7. belacan dan laksa memang x dpt dipisahkan kak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga orang buat kuah laksa tak guna belacan, Ieda. Mungkin sebab alahan.

      Delete
  8. kak rumah munna pun banyak belacan Sabah... adik munna bawa balik dari Sabah bulan lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat Air Asam atau Sambal Belacan cicah ikan bakar memang sedap tuh!

      Delete
  9. 2 hari lepas saya buat laksa lemak ... ooohhhh heaven

    ReplyDelete
  10. ala tak aci lah kak, mana gambar laksanya..makan petang2 mesti sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aci tak aci. Tengok gambar belacan saja la ya. hehehe

      Delete
  11. mak mertua saya orang kedah..dia masak laksa tak buh bawang putih..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang bubuh, ada orang tak boh. Bawang merah besar tu lagi banyak lagi bagus. Bawang besar tu manis.

      Delete
  12. ikan kembung sekilo RM4, murah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan kembong yang kecil. Setengah orang kata, ikan makanan kucing. Yang besar tu, sekilo RM8.

      Delete
  13. saya pun nak nengok gambarnya...saya rasa tak pernah makan lagi laksa kedah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa Kedah lebihkurang saja dengan Laksa Penang. Kuah asam.

      Delete
  14. Malam tadi orang putrajaya pulak dapat SMS empangan semenyih ada problem.. tengah hari tadi ayaq dah mula slow..

    Makchaq pagii tadi sarapan laksa penang.. kawan yang masak tu orang Jawa Sijangkang.. orang penang setahun sekali pun tak buat laksa.. tapi setahun banyak kali beli laksa he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa depa kacau ayaq belah sana pulak? Alahai nasib orang Selangor!

      Delete
  15. Camtu rupa belacan Sarawak naa. Ni baru pestaim cek tengok belacan depa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dia buat dah soklan luruih bendoi dia tuh?

      Delete
  16. Belacan tu nampak halus & lembut teksturnya...mungkin belacan dari Papar, baunya tak begitu menyengat ye Azie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Amie. Halus teksturnya. Gebu jer. Bau pun tak busuk, dan betul tak menyengat. Tak pasti la pula dari daerah mana.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails