Friday, January 18, 2013

Konsert Budi Istana Budaya: pas percuma...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
18-01-2013


Saya tahu pasal konsert ni setelah diberitahu oleh teman blogger AKUZLE Ayu. Lalu berkomplot lah kami nak merebut pas masuk percuma itu.

So pagi tadi, selepas beberapa urusan selesai, saya ajak MyToklaki pergi ambil pas percuma ini di Istana Budaya. Masam sikit muka dia sebab dia tak minat seni, tapi sebab dah biasa camtu, saya buat derk saja. Time balik tu muka dia dah ok balik.



Walaupun disebut terhad seorang boleh tuntut 2 pas sahaja, tetapi mamat kat kaunter tu siap tanya, “Puan nak berapa tiket, maksima 4 tiket.” Macam tahu-tahu saja saya memang nak bodek minta lebih. Ok la dapat 4 pas. Untuk Ayu suami isteri. Saya simpan 2 pas.



Tidak banyak maklumat yang saya dapat cari tentang konsert ini. Sebelum ini ada kontroversi isu poster Anuar Zain tetapi sudah selesai. Ntah apa, tapi melihat pada poster asal ada gambar Anuar Zain, Shila Amzah, Dayang Nurfaizah tetapi di poster yang baru ini artisnya sudah bertukar. Mungkin pertukaran artis. Perkara biasa ni.

Sudah agak lama saya tidak ‘reward’ diri sendiri dengan melayan minat terhadap benda segini. Kali akhir masa Festival Gamelan di UKM Bangi tahun lalu. Saya minat banyak bentuk seni terutama yang tradisional. Mesti best konsert ni nanti.

Jommm... peminat orkestra tradisonal Malaysia, mari kita tonton. Boleh ambil pas masuk percuma di kaunter IB pada waktu pejabat. Kami pilih konsert pada 29hb... Yang pada 31hb tu rasanya ada menteri yang akan hadir. Tak pasti.

Saya tak sabar nak tengok irama tradisional dimainkan secara orkestra, Jamal Abdillah & Hafiz...!



~...musim menuai yang dikait rapat musim kering bukan kemarau lalu agenda wayang pacak di tengah bendang bakal berulang dan HISYAM pasti tidak akan menukar ahli pasukan menontonnya selain dari SERI BULAN sendiri dengan diiring Mak Utih sebagai penjaga bahasa tubuh dan Pak Utih sebagai penjaga gerak laku...~









8 comments:

  1. Selamat bergembira... Makchaq pun minat seni2 ni...

    ReplyDelete
  2. seronok skali skali dpt reward diri kan kak azie. :)

    ReplyDelete
  3. Seronok orang kay-ell...ada IB..huhu..sini takdak..dah la orang sini pun minat seni2 segala...

    ReplyDelete
  4. semuga terhibur...
    Live performance memang best...

    ReplyDelete
  5. Selamat berhibur ;)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails