Sunday, January 19, 2014

Tazkirah: rahmat untuk wanita...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
19-01-2014


Ni cerita petang semalam. Walaupun saya bekerja separuh hari dan sampai rumah dah 3:00pm, sedikit penat tapi saya tetap pergi ke majlis ilmu di surau taman saya. Bermula dengan solat Asar berjemaah, kemudian terus berganjak ke ruang dewan untuk ceramah khas untuk kaum wanita.

Lupa saya nak tanya sekali lagi apa nama Ustazah ni. Disebut oleh AJK majlis, tapi saya lupa nak catat. Isi ceramah saya buat nota ringkas dalam hp (lupa bawa buku nota), tapi silap tekan apa ntah, semua notes hilang.


Kedudukan wanita dalam Islam. Sejak zaman Jahiliah dan hingga hari ini, kaum wanita melalui begitu banyak perubahan. Paling ketara kedudukan wanita Islam dalam masyarakat. Ada banyak isu yang dikupas oleh ustazah ini.

Menarik dan rasa sangat berbaloi. Ustazah merupakan seorang tenaga pengajar jadi cara berceramahnya seperti murid dan guru walaupun dia kata, dia masih banyak tidak tahu dan ini adalah suatu perkongsian bukan kerana dia lebih pandai.

Banyak sekali perkongsian tentang rahmat Allah kepada kaum wanita.


Sambutan MaulidurRasul di taman saya bermula sejak pagi sebenarnya, untuk selama 2 hari. Kerana saya kerja, saya tak join pun gotong-royong di surau.

Walaupun saya kurang berpeluang join banyak program di surau, (berbanding mereka yang suri rumah sepenuh masa), tapi saya tak kisah pun hadir walaupun seorang tak perlu ada geng pun. Sejak dulu pun, saya tak pernah rasa terasing kalu hadir wpun saya tak pernah buat janji dengan sesiapa. Sapa yang saya jumpa nanti, depa lah kawan saya.


Berselawat ke atas Nabi s.a.w. ada suatu ibadah. Menunjukkan rasa kecintaan kita kepada baginda, yang membawa cahaya Islam kepada seluruh umat...




 ~...semoga dosa diampun setelah tangan bersalam, tapak bertemu tapak dan selawat diucap lalu terpisahlah segala dosa sesama manusia...~




9 comments:

  1. salam ukhuwah azie..seronoknya dapat ke majlis ilmu sebegini..

    ReplyDelete
  2. setuju. kalau tunggu geng baru nak pi, memang susah la..dah rugi tak dapat ilmu...

    ReplyDelete
  3. Bagusnya. Sy jer belum prnh join aktiviti surau, hatta yg kat office pun x prnh.

    ReplyDelete
  4. samalah saya kak, tak penah kisah bergeng ke tak
    walau ke mana pun
    kalau nak fikir orang lain,
    memang tak p lama gamaknya

    ReplyDelete
  5. eh header dah lain!
    baru perasan
    selama ni dok scroll ke bawah aje
    jarang mendongak! =)

    cantik yang ni
    err, akak memang suka kasut purple ye

    ReplyDelete
  6. kak azie.. sy pun guna prinsip y sama.....
    rupanya ada y memerhati...... ada y berkecil hati.. x kurang y x senang hati.... :(

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails