Sunday, January 5, 2014

Banyaknya keteringinan....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
05-01-2014


Makin tua makin mengada. Tekak. Selera. Nafsu. Semua jadi mengada. Ahhh memang mengada...!

Teringin nak ada baju kurung sepasang kaler hijau. Sejak bertahun saya cuma ada sepasang kurung hijau. Teringin nak yang kaler hijau pucuk pisang.

Teringin nak minum cendol semalam petang, tapi kija. Lalu singgah tapau cendol dan mee rebus depan bank di taman rumah.

Teringin nak jalan ronda pantai, tapi mana leh cuti lagi sekarang. Kena tunggu.

Itu keteringinan yang biasa.

Keteringinan yang lebih besar ialah, saya nak buat sesuatu dengan rumah kecik saya. Hmmmm....


Tayang-tayang:


Daging Goreng. Ini MyToklaki punya teringin. Saya jarang beli daging (2,3 bulan sekali) sebab MyToklaki tu ada gout dan sedikit darah tinggi.

Pasni dia teringin apa pulak? Alahaiiii...




 ~...HISYAM pernah kata dia sudah lama teringin hendak makan sesuatu yang berwarna coklat tapi bukan coklat, sesuatu yang berlapis tetapi bukan rumah bertingkat sehingga SERI BULAN naik bosan melayan sehinggalah Mak Utih sahaja yang mengerti lalu petang itu dia tersenyum lebar melihat HISYAM berebut Kuih Talam Pulut bersama SERI BULAN yang tetiba jadi jakun sama...~




9 comments:

  1. salam kak azie..sedapnya daging goreng tu nampaknya..

    ReplyDelete
  2. oh dan dan rasa teringin nak makan daging goreng juga....

    ReplyDelete
  3. time raya jer makan daging......hihi

    ReplyDelete
  4. saya jumpa daging time raya aje...hehe
    pernah masak sekali aje daging dekat rumah sendiri
    lepas tu tak pernah dah

    comel MyToklaki punya permintaan, teingat dekat abah saya pula

    ReplyDelete
  5. teringat satu lagu tu...

    sesekali ku rasa teringin....

    ReplyDelete
  6. Kak, itu asam buluh atau bendi atau daun sup?

    ReplyDelete
  7. Saya pun jaranggggg beli daging sebab anak tak suka. Tapi kalau saya boleh masak daging macam akak nie, agaknya laki saya mesti soh beli daging selalu.

    ReplyDelete
  8. Kak Azie teringin yg biasa2 tak apa jgn dok teringin yg luaq biasa no...haru...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails