Thursday, January 16, 2014

Saya tahu, buku yang banyak saja bukan jaminan untuk lulus...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
16-01-2014


Takda ibubapa yang mahu anak depa gagal. Kalu bleh semua nak anak depa jadi orang pandai. Bila pandai, dapat kerja baguih... cerah masa depan. Jika ada peluang boleh balas jasa orang tua. Dan orang tua pun tak la rasa penat sangat bila dah tua nanti.

Btw, lebih dari itu sebenarnya adalah menjadi tanggungjawab kita. Anak-anak berhak mendapat pelajaran, pendidikan sebanyak yang boleh, hak untuk bersekolah, hak untuk diberi peluang mendapat pendidikan setinggi yang mampu...

Lalu lately banyak la kita dengar, parents berabis beratus-ratus walaupun baru setakat pra-sekolah. Bagi yang mampu takda masalah untuk hantar anak ke tadika swasta bagi jaminan pendidikan awal. Apapun, bagi yang mampu  hantar ke pra-sekolah kerajaan pun dah kira baguih.

Yang anak setakat sorang dua, masih boleh mengawal bajet. Tapi kalu anak sampai 5,6 yang belajar serentak.... hmmm saya faham. Itu belum lagi dikira dengan sekolah agama.. or dicampur dengan kelas lain mengikut minat anak. Kelas komputer, or mungkin kelas piano?

Usaha dan gigih depa pun antara yang menyumbang jaminan untuk berjaya. Faktor lain pun banyak lagi, tapi saya rasa semua orang faham. Semua orang mengerti.


Sebahagian buku rujukan yang saya sediakan untuk Chak dan Alia. Tahun ini tinggal depa berdua saja yang masih bersekolah.


Ada terlalu banyak pilihan buku rujukan di pasaran. Yang mahal yang murah. Yang cantik yang biasa. Paling penting adalah isi dalam. Tentulah pula kita mahu bebudak ni selalu selak buku ni untuk rujukan dan latih tubi. Buku ni kalu cantik sampai hujung tahun... sendiri faham lah!



Ya.. Alia dapat aliran Sains tahun ini, Tingkatan 4, masih sekelas dengan anak blogger tersohor, ‘Pakcik’ tu.

Sekarang ni, saya selalu sound direct jer kat bebudak ni. Bila depa selalu puji, samada kereta cantik mewah or rumah banglo besar bagak bertingkek-tingkek (dalam tv), saya akan kata, “Orang tu rajin belajar. Kerja bagus, gaji besar. Sebab tu dia dapat keta besar rumah besar.”

Saya harap motivasi sebegitu akan memberikan kesan.

Tiap orang ada caranya tersendiri.

Syabas kepada ibubapa di luar sana yang mana anak-anak mereka menjadi anak yang pandai, cemerlang dalam pelajaran dan kemudian bekerja hebat. Jangan lupa asal usul sudah la ya...





 ~...walau ramai tidak pernah tahu HISYAM adalah pemegang dua ijazah dan saat di kampus kali pertama bertemu dengan SERI BULAN dalam acara malam Jamboree, tidak juga sekali pun HISYAM ingin orang lain tahu tentang kebolehannya dalam silat bangsa bermata sepet, kerana bersikap ayam jantan bukan sifatnya namun apabila dia pernah terlatah melompat Pak Utih sudah tahu pencak rentaknya bukan sembarangan...~




31 comments:

  1. Betul kak. Budak Gundut sekolah PASTI tu pun yuran nya sahaja RM200++. Belum yuran bulanannya nanti. Makan minum semua sediakan sendiri. Buku-buku dan alat tulis pun ada yang kena beli sendiri.

    Agaknya kan dengan yuran setinggi ini, kalau lah bersekolah itu tidak wajib, saya rasa ada yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm200++ tu kira murah le... Anak saudara akak sekolah Tadika Perpaduan (di swastakan sebelah petang) yuran pendaftaran Rm570 termasuk beg, 2 helai uniform, alat tulis dan yuran bulan Jan.

      Delete
    2. Yuran pendaftaran cuma sekali, memang biasanya mahal. Sebab mengambil kira gaji cikgu pada bulan Disember yg cuti panjang tu. Juga pelbagai yuran lain.

      Yuran bulanan kalu sebulan = RM200++ memang tinggi tu. Tapi selalunya berbaloi dengan pendidikan yang diberi, juga keselamatan. Cuma kalu makan minum sendiri, saya melihat itu suatu perniagaan yang sangat mahal. Bagi yang mampu ok la...

      Delete
    3. PASTI semahal itu? selama ni igt kan tak la semahal tu

      Delete
  2. Anak saya hanya seorang. Itupun, saya tak mampu nak berikan luxury kepada dia. Apa yang saya mampu hanyalah tunaikan permintaan dia untuk menghadiri tuisyen yang dia nak. Dia sendiri cari, dia sendiri minta dan dia sendiri pergi. Kalau dia cemerlang, kami hadiahkan apa yang mampu saja...

    Eh, Chak darjah 6 yer kak? Sama dengan si Adam anak bujang saya tu la yer... Hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tahun ini CHAK Tahun 6 kena exam UPSR. Budak manja tu bukan tak pandai, tapi malassssss....!

      Delete
  3. Anak Aina dua sekolah menengah seorang masih sekolah rendah, bagi apa yg termampu ja kak. Ni mak tok depa dok suruh hantar gi kelas silat bukan nak berlawan tapi sekurang2nya ada asas pertahan diri katanya. Abah pula dok sibuk suruh hantar swimming kelas...pening mak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang, banyak sungguh godaan utk xtra kegiatan ni kan? Pandai sungguh depa buat bisnes. Bebudak pun minat pulak. Bagi yang ada extra bajet bolehlah ikutkan kehendak anak. Zaman anak-anak Kak Azie dulu, memang tak peluang laaa

      Delete
  4. setuju dengan entry ni sebab teringat diri sendiri...hehe
    dulu awal 2000 saya SPM
    abah banyak juga belikan buku sebab kan tengok anka sulung
    dia ni sukses

    tapi saya rasa akui saya agak lemah dalam pelajaran
    camne saya belajar pun saya tetap tak pernah dapat A
    tapi saya tak pernah rasa kesal sebab saya tahu saya
    dah berusaha =)

    kalau abah saya tak kata pasal kereta besar or rumah besar tu
    tanda dia belajar pandai
    tapi dia kata, saya kena belajar pandai-pandai
    supaya orang tak tipu kita dan kita mampu
    hadapi dunia dengan ilmu yang kita ada

    p/s - tetiba saya membebel panjang pula =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iu lah beza cara nelajar dulu. Juga beza cara ibubapa mendidik. Malahan pendidikan negara kita juga banyak berubah. Seiring itu juga kos semakin tinggi. Hanya kita nak kena pandai adjust sana adjust sini. Zaman Kak Azie dulu harapkan buku rujukan di library saja. Tu pun sangatlah terhad....

      Delete
    2. Iu lah beza cara nelajar dulu. Juga beza cara ibubapa mendidik. Malahan pendidikan negara kita juga banyak berubah. Seiring itu juga kos semakin tinggi. Hanya kita nak kena pandai adjust sana adjust sini. Zaman Kak Azie dulu harapkan buku rujukan di library saja. Tu pun sangatlah terhad....

      Delete
  5. Moga anak2 kita semua berjaya dengan cemerlang hendakNYA..

    ReplyDelete
  6. Tahun ini Bangcik akan menduduki SPM. Ayahnya melabur sejumlah wang untuk tuisyen di rumah.

    Mak bapa manalah yang tak mahu anaknya berjaya, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah baca entri Kakcik tentang isu berjaya. Sangat subjektif, kan? Jadi melabur utk tuition itu bagi saya adalah suatu usaha. Berjaya mereka tak semestinya dapat banyak A, kan?

      Delete
  7. " Bila pandai, dapat kerja bagus, cerah masa depan" -- statement ni dah tak berapa nak relevan sekarang ni kak azie. Yang patut kita galakkan " Belajar pandai2 utk ilmu, berbisnes, jadi boss, jihad bisnes...jadi tak akan terkekang dgn ekonomi. kerja makan gaji , tak dak masa utk family, sangkut dlm jem keluar gelap balik gelap" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Tapi budaya bisnes belum sepenuhnya menjadi budaya kami (dan ramai lagi orang kita di luar sana). Tapi kalu depa minat apa salahnya. Kak Azie pun tak mahu depa warisi kerja mcm Kak azie yg "pegi bulan balik bulan" ni...

      Delete
  8. Salam AA,
    selagi kita sebagai penaungnya keatas anak-anak semua selagi itulah kita akan berusaha demi masa depan mereka, apa jua caranya untuk meningkat kan lagi prestasi pembelajaran sebagai tambahan dan rujukan, itu semua terpulanglah kepada cara memasing...

    Disini kak Ratna mengajar (selepas balik dari sekolah) mengulangkaji segala mata pelajaran anak-anak semua sedari sekolah tadika sehingga tamat sekolah rendah sahaja selepas itu Papanya mengambil alih karena ianya diluar kemampuan akademik kak Ratna, dan buku-buku rujukan hanya dikaji semasa cuti musim panas sahaja dan selainnya anak-anak berlajar sendirian kecuali pabila tergugat kefahamannya baru diminta bantu oleh Papanya. Seperkara lagi anak-anak kak Ratna tidak berhasrat punyai cita-cita yang tinggi... aduh, gusar jadinya.. !
    Gimanapun, panduan dan pedoman yang seharusnya didahulukan, soal punyai harta yang menimbun dan gadang tidak lansong diambil kira karena nasib dan untung kita semua sudah ditentukan sedari azali lagi, dan peranan kita hanya memperbaiki dimana punca salah dan silapnya... tidakkah begitu AA?

    Harapan kita sebagai penaung terhadap anak-anak semua adalah yang "terbagus untuk meraih kecemerlangan" sesungguhnya, namun fitrah memasing terimalah dengan seadanya.

    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung anak-anak yg ada parents boleh mengajar dan sentiasa tahu tentang akademik mereka. Kita tentu saja mahu generasi kita akan menjadi lebih berjaya dari kita.

      Apapun tentulah kejayaan itu dilihat berbeza-beza di mata orang lain.
      Salam Maulidur Rasul, Kak Ratna...

      Delete
  9. dl sy ada beberapa buku latihan yang sy memang ala-wakafkan pada kawan sy untuk guna sebab sy kurang minat dengan subjek itu.. mungkin tahap lulus sy dlm exam adalah berkat dari perkongsian. Alhamdulillah.... Sebab sy mmg x study pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi buku yg diberi/sedekahkan itu digunapakai orang, saya yakin ada balasannya..

      Delete
  10. Anak makcik sorang saja lagi.....bulan 7 ni insyallah grad...sama lah jugak, yuran semester, books, sewa rumah (dh x dpt asrama), duit minyak, tol...makan...hmmm elaun bulanan dia lebih dari my first gaji dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham sangat akan kos seorang pelajar IPT ni. Kadang2 elaun PT atau scholar MARA pun tak cukup. Kenalah bagi biasiwwa FAMA (father mother) pulak...

      Apapun semoga anak Makcik sukses dan cemerlang..

      Delete
  11. dua anak tengah tunggu result spm

    untung orang yang Allah berikan anak anak yang bijak pandai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yg kurang cemerlang dlm akademik peluang kemahiran juga banyak sekarang ni. Tiada istilah gagal lagi dah zaman sekarang ni...

      Delete
  12. Saya pun sama dgn akak, slalu beri contoh maujud pd mereka...bila tgk org kerja berpanas sy tnya mrk kenapa mereka begitu ( bukan tujuan menghina ttp sbgai pengajaran utk ank2) n bila tgk org berada, sy akn tnya mrk kenapa mrk jadi sebegitu....Ank2 faham dan mrklah yg akn menentukan masa depan mrk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang lain cara dan pendekatan utk memotivasikan anak-anak. Kita harap mereka akan mengambil masa utk berfikir dan kemudian tahu setiap perkara itu pasti ada sebab dan kejayaan bukanlah semudah cerita semata...

      Delete
  13. assalam AA.. lama tak singgha sini.. siapa yang tak nak anak2 depa pandai dan cemerlang.. kalau awal tahun memang macam2 lah buku yang mintak dibeli.. tapi sejak 2 org tu masuk tahfiz tu, tak de lah bebnayak yang dimintak. sebab depa style paperless. i just mengharapkan depa ni cemerlang. tapi cemerlang dalam category depa sendiri sebab depa ni bukan lah macam anak2 orang lain yang cemerlang terbilang dan sentiasa dapat A memanjang. . cuma harapan i depa cemerlang dengan dapat menghafaz dalam tahun ni jugak. itu je impian i.semoga terlaksana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yan. Rindu awak!

      Benar. Kejayaan anak memang lain ukuran skalanya di mata setiap ibubapa. Tidak kira sekolah di mana atau berapa mahal pun... usaha dan tanggungjawab kita akan diring dgn harapan yg baik-baik pula. Kita tidak boleh terlalu bergantung kpd material semata-mata.

      Aaaminn semoga anak-anak U berjaya.

      Delete
  14. harap anak2 berjaya dunia dan yang lebih utama kejayaan di akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnnn... jika boleh biarlah lebih berjaya dari kita.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails