Tuesday, January 7, 2014

SY: anak masuk tadika pun boleh lintas langsung, ko ader?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
07-01-2014


Salih Yaacob, suatu nama yang sudah lama bertapak dalam industri hiburan. Sejak 70-an lagi. Naik turun, tenggelam timbul. Tapi seingat saya, belum pernah saya membaca sebarang kisah buruk or rekod peribadi beliau yang tak enak. Walaupun kenal nama dia sejak zaman sekolah, tidak berapa banyak tapi setidak-tidaknya dia tidak pernah membawa imej yang negatif.

Selaku pelakun, penyanyi (ada 6 album kalu tak silap), tidak pernah pula menang apa anugerah besar pun (ada ker takda, saya tak pasti bab ni), pelawak yang sedang-sedang saja di peringkat awal dulu... then menghilang kerana dikhabarkan sakit... then kemunculan beliau dengan suatu bakat yang semakin cemerlang.

Lalu nama Salih Yaacob memuncak sedikit demi sedikit seolah-olah beliau menggilap bakat yang terpendam. Belum lagi masuk kisah dia bernikah lebih dari satu... sehingga kemuncaknya beliau melengkapkan kuota seorang lelaki dalam perkahwinan. Dalam hal ini, saya harus tabik dan kagum. Saya yakin beliau menghadapi cabaran tersendiri tetapi beliau ternyata seorang yang sangat bertanggungjawab. Tabik!

Semalam saya dah dengar tentang depa dok (depa tu merujuk DJ Sinar.fm) yang dok ulang-alik buat lintas langsung tentang anak Salih Yaacob masuk tadika. Lawak la pulak, bila Dato Dr Fadzillah Kamsah boleh tanya, “tu betul ke accident?”

Then Salih yang memang cekap menjawab spontan, “Tu konfiden!”

Hahahaha... itu la selalu saya tergelak macam orang gila kat tempat kerja sebab tetiba jer boleh gelak padahal dengar radio kat earphone sendiri jer. Orang sebelah dah tak heran dah.

See.... anak dia masuk tadika (dan nangis-nangis) pun boleh menjadi satu segmen khas di Sinar Pagi, dan 3,4 kali depa dok lintas langsung, sampai boleh interbiu cikgu sekolah tadika tuh.

Selebriti, kan?

Ko ader?


*Sebenarnya saya melekat dengan Sinar.fm ni sebab Abang Salih ni lah...! I followww!!




 ~...sejak menjadi sebahagian warga Kampung Separuh Desa, SERI BULAN sudah lama tahu dan mengerti dia tidak akan ada ramai kawan lagi selain dari HISYAM dan ahli Teratak Nyatuh tetapi selagi si teruna itu berada di sana dan menjadi pendorong paling menyokong dia terasa dia sudah cukup lengkap erti persahabatan walau berselang hari mereka akan sering berbalah tanpa pernah mahu kalah...~




36 comments:

  1. SY..dia serius pun nampak mcm kelakar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah. Kadang tu sebut satu perkataan jer boleh buat orang gelak berminit-minit.

      Delete
  2. Hahah, tulah kelass nya SY...:) Anak masuk tadika boleh buat lintas langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung diri dia. Dah rezeki. Apa saja sentiasa menjadi perhatian. Tapi benda yang baik elok jadi teladan.

      Delete
  3. Dah lama x follow sinar ni mnjk ada baby.sy slalu buka kut tv...nak bukak pepagi....baby tdo..lama x tau cerita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie ni dengar radio jika kat luar jer. Kat rumah memang tak pernah on radio pun.

      Delete
  4. Saya pun layan gak sinar ni sblm pi sekolah.. gelak sorang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat pelega tekanan. Elok gak la bergelak pepagi tu, kan?

      Delete
  5. lama dh x dgr sinar
    sbb member yg sy tumpang suka dgr hotfm
    sbg penumpang, kita takleh lah rekues nak channel kta suka
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah. Kita sama. Kak Azie pegi keja pun tumpang orang. Dia hanya tune Ikim.fm jer!

      Delete
  6. Saya dengar radio masa dalam kereta aje. Tapi Sinar FM tak clear suara nya. Tenggelam timbul. End up dengar channel lain aje.

    Low profile kan SY ni. Bini 4 tapi tak pernah pulak dengar gaduh sana sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh tu mesti lalu kawasan yang ada penunggu tuuu... hahahaha

      Kalu rajin search kisah gossip ada ler gamaknya. Kak Azie pun tak rajin, kecuali untuk tujuan tertentu baru pegi Google.

      Delete
  7. haah.... kita pun dengar smlm. sampai nak ajar anak buat air sendiri kan. hahaha.... kiut je SY anto anak masuk tadika, kompem pemes anak dia. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ajar anak buat air kotak. Then ikut anak kat kantin sekolah. Boleh jadi citer lucu pulak, padahal perkara biasa jer tu kan?

      Delete
  8. bukan ker dia ckp nk berundur.. x jadi ek.. btw.. suara dia sedappp kalo nyanyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu tak silap dia sebut dia taknak berlakun lagi. Tapi jadi DJ jemputan Sinar tu sangat baik untuk dia. Income tu pun dah lebat sangat. Belum masuk iklan iklan duta yang dia dapat tuh.

      Delete
  9. Bila la dia nak dpt Datukship...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sultan mana agaknya nak anugerahkan dia nanti, kan?

      Delete
  10. Btw...saya mostly meluat dgr pekikan..jeritan kak engku tu...kalau takde khairil yg kawal keadaan, mmg serupa pasar la rancangan pagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Kita sama. Rasa annoying. Tapi buat tak dengar jer lah, sebab Khrell dan SY sentiasa seimbangkan keadaan.

      Delete
  11. Radio internet kat opis ni dah kena block jadinya tak leh dengar lagi dah...sedih...

    Aina selalu berebut dgn anak2 mak nak Sinar anak nak Hot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar jer dari hp, boh earfon kat telinga. Kat tempat keja sini, radio not allowed!

      Delete
  12. kak rose pun lekat melekat dengan sinar fm dipagi hari sambil briskwalk... 2 minggu derang tak de pagi ari tu baru dengar era...kini sinar fm balik dah....the best trio. i followwwww.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah. Hujung tahun haritu, depa cuti 2 minggu serentak. Vacation sakan sampai ke Vietnam. Sunyi jer rasa.

      Delete
  13. Dia memang ada kekuatan yang tersendiri. Dia matang walau orang nampak dia macam main2. Dia adil, dia pandai jaga maruah keluarganya dan dia sangat low profile. Saya rasa, gandingan mereka bertiga dah ngam. Ada balance di situ. GM dia memang bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Sinar.fm bijak dan gandingan itu sangat tepat. Menceriakan hari-hari kita yang selalu sangkut jem pepagi.

      Delete
  14. I follow...memang nangis dengar lawak 3 serangkai nie....aduahai...memang gelak sorang-sorang...radio volume bagi besau sikit suaranya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... Kak Azie dengar depa sejak awal pagi sampai habis time depa setiap kul 10am. Then sambung dengar Kak Bed @ Hajjah Habsah. DJ lain tak berapa nak layan sangat...

      Delete
  15. saya pun suka dengan SY ni
    saya teringat satu lagu yang dia pernah nyanyi dalam filem
    filem apa tak ingat, tapi lagu dia lebih kurang gini
    1 and 2, 2 and 3, 3 and 1, i love you

    hehe...dia humble, saya suka
    sinar pun radio yang saya biasa dengar walau encik suami
    selalu kata itu radio orang tua
    ada saya kisah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem apa eh? Lupa gak. Filem Jejaka Perasan kot...

      Kalu tak silap, orang dok sebut radio orang tu siaran RTM kot... macam KLfm tu. Ntah la...

      Delete
  16. kelassss kau...sy pun suka sinar.fm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbakat. Sekejap jadi Mak Ning, sekejap Abg Jem... uish kadang geram dengan dia. Tapi tanpa dia, sunyi la pagii kita.

      Delete
  17. gituhh.... huntong lah anaknya sebab apaknya deejay radio.. merasa dapat liputan live walaupun kat radio sajor.. huhuhuhuh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi anak dia masih kecik, 5 tahun. Masuk sekolah pun nak kena tunggu dan umpan dengan mainan. Belum faham apa pun lagi. Tapi lucu jer dengar ragam anak SY tuh.

      Delete
  18. Dulu rajin gak SY tu dtg rumah lepak2 ngan abg saya,,la ni dah terlalu sibuk, jarang jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh dia sibuk sebab semakin tua semakin laku pulak. Kata orang, makin tua makin bernilai. Rezeki anak-anak dan isteri-isteri dia la tu.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails