السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
21-01-2014
Saya dah hampir setahun memegang kerjaya di tempat baru, bangunan baru yang besar lagi 3 tingkat ni. Sepanjang 10 bulan lebih ni, tiada seorang pun orang baru lagi selepas saya. Means, di jabatan saya (jika boleh disebut jabatan, kami biasa sebut ‘department’) setakat ini saya adalah paling baru.
Tapi untuk jawatan lain (graphic dan bahagian art lain) sentiasa ada orang keluar masuk. Setakat ini sudah 3,4 orang.
Yesterday, seorang lagi anak muda memulakan hari pertama. Dan kebetulan dia ditempatkan sementara di hadapan cubicle saya (yang rendah saja). Seperti biasa, walaupun saya seorang yang peramah, tapi saya tak kuasa nak temuramah orang, nak tanya itu ini or nak kepochi ambik tahu hal peribadi orang baru (sebab tu masa hari-hari pertama saya dulu, saya rasa sedikit annoying berhadapan dengan keadaan sebegitu). Saya tak minat nak ambil tahu hal peribadi orang kecuali perlu.
Kerana budak muda ni belum menerima magnetic card, so dia pinjam kad saya. Dan bila time lunch, saya maklumkan yang kita harus makan di ruang makan dan solat Zohor adalah dalam masa lunch.
Rupanya, budak muda lelaki ni berpuasa! Ohhh saya tersipu sekejap. Tapi saya tak pula tanya kenapa dia puasa.Tapi ada sedikit rasa kagum. Mungkin juga dia dah biasa puasa Isnin Khamis.
Tayang-tayang:
Korang pernah tak bersarapan pagi dengan megi perisa kari + sausage perisa blackpepper & mushroom + telor goreng goyang. Sila cuba. Ahhh enak! Tapi tak boleh selalu, muak beb!
~...ketika HISYAM kelihatan begitu berhajat hendak menerjah Mak Utih di lantai dapur, SERI BULAN sudah bersedia hendak menembak peluru kosong bertanya puluhan soalan untuk puluhan jawapan juga dari teman sejati yang menghilang sekian hari tanpa amaran tanpa berita memberikan rasa rindu yang bukan saja terkepung tapi juga rasa marah yang menggunung...~
Kakcik dah hampir setahun di sini. Walaupun tempat ini kecil dan staff padat. Ada yang kakcik belum hafal nana mereka!
ReplyDeleteKadang tu, tiada sebab pun nak ambil tahu hal peribadi orang...
DeleteKakcik sarapan apa pagi ni?
alhamdulillah...berapa ramai anak muda lelaki yg berpuasa sunat...
ReplyDeleteKan? jarang la nak jumpa...
Deleteboleh buat menantu tu...
ReplyDeletePagi ini dah ada yang bagitau saya.... dia dah kahwin ada anak sorang. Heheheh melepas!
Deletehaha...takpa kita cari yg lain..hehe.
Delete1st impression sgt baik
ReplyDeleteYup. Orang sebegini biasanya kita sedap memandang, dan yakin kejujuran hati dia.
Deletekagum!
ReplyDeleteer.... sy x suka megi y letak sosej... wallahualam kenapa...
Ada orang memang tak suka campur dengan bahan yang bercanggah. Tapi ada ketika, yang lain tu jika kena dengan tekak, kita rasa sedap sangat!
DeleteSarapan megi macam tu? Dah biasa dah kak. Biasa sebab jenis malas nak masak benda-benda remeh lain. Hahaha.
ReplyDeleteSaya sama macam akak. Saya kind of peramah tapi saya tak suka nak bertanya hal-hal peribadi seseorang yang baru saya kenal. Cakap aje la pasal benda lain yang berkaitan dengan kerja ke apa ke. Tapi untuk saya bertanya bab macam tu, tak de la kan. Sebab saya tahu bila dah lama kenal nanti tahu la saya hal peribadi dia secara tak langsung. Kan?
Ada orang kadang-kadang tak memahami karakter orang peramah (macam kita). Sebab ada orang dok sangka orang peramah mesra alam ni juga sama seperti minah kepochi. Ada yang sama, ada yang tidak.
DeleteSaya mesra dan peramah. Omputih kata friendly, tapi sepertimana saya tak suka ditanya hal peribadi yang personal, begitu juga saya tak akan buat pada orang. Especially orang yg baru dikenali.
Aina agaknya macam Kak Azie jugak kot setengah tu kenal muka je tak kenal nama walaupun kerja satu bumbung. Mengenali seseorang taklah perlu sehingga mengorek cerita peribadi.
ReplyDeleteSama. Hampir setengah lagi staf kat bangunan ni yang Kak Azie tak tau nama langsung. Kadang tu tak pernah tengok pun, tapi sebenarnya orang tu dah lama kerja situ.
Deletealahai ... bagus nya dia . susah nak cari lelaki yg rajin berpuasa .
ReplyDeleteHmmm... ada. Cuma jarang nak jumpa. Betul.
Deletesalam kak..
ReplyDeleteLyn pun ramah jugak...tp kalau dengan yg kpochi..terus lyn jadi pendiam..hehehe
Kepochi ni kadang-kadang juga seorang pendiam. Tapi kalu ada benda yang dia nak korek, memang dia tak akan tanya tanpa rasa segan pun.
Delete*dia tak akan berenti tanya...
DeleteDah ada anak sorang, tapi rajin lagi berpuasa. Wah, susah betul nak jumpa tu.
ReplyDeleteOh, kerja saya menuntut saya jadi keypochi. Dalam interview lagi saya kena tanya background dah. Hatta ke tahap, dah ada boipren ke belum, atau bila nak kawin, sebab keperluan tuntutan kerja.
Tuntutan kerja ada suatu bidang professional yang dah tak sesuai nak digelar kepochi. hehehe
Deletesaya pun dah 6 tahun ke tempat saya bekerja sekarang
ReplyDeletekiranya paling senior. company saya ni ramai orang "parking"
sebab tu ada aje keluar masuk
cam saya yang dah berkeluarga ni, fikir banyak kali kalau nak bertukar kerja
emm, saya pula bukan peramah sangat
bercakap bila perlu, tapi bila dapat bercakap tak ingat dunia...hehe
saya pun tak minat bertanya hal-hal peribadi
saya tak pernah makan maggi buat sarapan
tapi nampak sedap tu =)
Kami makan meggi sebagai sarapan bila tak sempat nak beli sarapan di luar or tak sempat bekal. Terdesak punya kes la nih.
Deleteperamah dengan kawan baru.. kepochi dengan kawan rapat je..hehehe.. tapi kalau tak kenal saya malu malu..hahaha..
ReplyDeleteYa. Setuju. Itu lumrah. But, spesis kepochi ni tak kira lama ke baru. Ada saja yang dia nak amik tahu.
DeletePergh.. marbeles la sapan pagi camni.. saya selalu kalau hari cuti2 tu.. memang sapan megi sokmo.. hehehe.. :)
ReplyDeleteKalu orang bujang itu perkara biasa. Tapi kalu ada anak-anak sangatlah tak sesuai. Dan bila hari hujan sangat best makan megi panas-panas, kan?
DeleteSaya agak peramah...suka memulakan perbualan. Tapi bkn sbb kepoh, cuma nak mesra je..
ReplyDeleteSaya peranah bila dah kenal. Kalu dgn orang tak kenal or jika berada di tempat awam memang buat tak tahu jer..
DeleteBoleh buat menantu tu kak azie :)
ReplyDeleteDah ada yg buka citer, budak muda ni dah kahwin anak sorang. Hehehe kensel.
DeleteBaik sangka harapnya yang sunat tak menguranggkan yang wajib amanah kerja...ada gak mengularsejammjadi tujuh jam,alasan posa sunat..san
ReplyDeletesaya jenis susah nak memulakan perbualan dengan orang. entah mana silapnya, keseganan saya kekadang tak m.. hihihi
ReplyDeleteTakpa. Asal tidak sombong...
DeleteSorang lagiii.. baca jawapan di komen Dr Ziyyad
ReplyDeleteAlhamdulillah, jika itu jadi amalan mmg dia seorg remaja yg baik akhlaknya......
ReplyDeleteWah mengancam pulak tgk maggie tu..tiba2 lapa.....
Hehehe... kita harap anak2 kita pun akan begitu di mata orang....
Deletekat opis sy paling tk suka ambik tahu hal org..dan selalunya sylah yg paling last tahu org tu beli keta baru, rumah baru, pegi melancong dll..tapi kalau bab keja sy memnag akan tegur kalau ada yg tak betul..
ReplyDeletedah tgh2 mlm ni tenguk megi rasa teringin pulak!!
Buat megi tengah malam la paling best...!
Deletemacam mana saya bole trlepas baca entri ni? haha
ReplyDeletesy bkn kepoci..cuma nk ajak borak je
dan sy jgk bkn seorang peramah.caye tak?
Tentulah percaya. Bukan semua orang peramah tu mudah pula kita tahu semua hal peribadinya. Ada orang memang ramah, tapi tak suka buka cerita tentang diri sendiri.
Delete