السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-01-2014
Setiap kali ke Pasar Pudu, MyToklaki akan bawak satu beg pasar khas untuk ikan, dan saya bawa satu beg runcit (utk bahan kering dan sayur).
Biasanya kami beli barang basah dulu, such as ikan, sotong, daging bla bla.... dan bila beg basah tu dah berat (wpun kadang tak penuh pun) [itulah tujuan soh dia yang bawak beg tu], MyToklaki akan keluar dari area pasar dan tunggu saya di parking. Biasanya kat bawah jambatan tu la. Tengok orang berjual buah or berjual barang lelong RM5 or berjual ubat... dan saya menyambung ronda-ronda dengan senang hatinya mengisi beg yang lagi satu
MyToklaki menunggu saya sambil bersembang dengan beberapa orang yang muka muka itu juga dok selalu jumpa termasuk beberapa orang yang memang setaman dengan kami.
Termasuk sorang tua nama Pakcik Abu ni. Dia peramah. Berkopiah putih. Berjual suratkhabar Harakah. Sejak sekian lama. Saya tak pernah sembang, tapi bila saya selesai saya jumpa MyToklaki di situ dan kadang-kadang senyum jer dengan Pakcik Abu nih...
Sehinggalah, suatu hari MyToklaki sebut, “Lama dah tak nampak Pakcik Harakah tuh.”
Minggu berikutnya, dia tunjukkan saya sticker yang tertampal pada tiang jambatan. 3 minggu lalu. Saya tak sempat snap masa tu.
Minggu lepas saya purposely pegi dekat dan snap.
Semoga Allah merahmati arwah dan dicucuri rahmat ke atas rohnya.
~...dua hari tidak menjengah dapur Teratak Nyatuh, HISYAM sudah terasa bagai berhari-hari rindu itu terkepung antara tiang seri dengan tiang tengah, lalu terasa bagai hendak melompat parit dan memintas bendul untuk segera sampai ke pintu dapur kerana hasrat hendak menyergah Mak Utih terhalang dek SERI BULAN yang tiba-tiba tegak berdiri di jenang pintu dengan mata bergenang...~
Innalillahhiwainnailaihorojiun
ReplyDeleteInnalillahhiwainnailaihorojiun...
ReplyDeleteBagus ada y tahu berita... kadang tu kita tertanya2....
meninggalnya di tanah suci..
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilahirojiun.. rezeki dia meninggal di tanah suci...
ReplyDeleteAlfatihah untuk arwah.
ReplyDeleteSaya pun ada seorang customer yang saya panggil Ustaz Harakah. Kerap datang sini hantar dokumen ke Pejabat Percetakan Harakah. Ustaznya rendah aje. Bongkok. Tapi masih gagah. Dulu berborak dengan dia. Dia tanya saya orang mana semua. Rupanya dia tu ustaz kepada pakcik saya dan kenal pulak tu dengan semua adik beradik arwah abah saya.
Hmm kecil aje dunia ni kan?
saya dok pelik baca title pakcik harakah
ReplyDeleterupanya dia jual paper harakah
apapun semoga dia ditempat dikalangan orang yang beriman
takziah juga buat keluarga allahyarham
Al Fatihah...Assalamualaikum, saya blogwalking kt sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)
ReplyDeleteInnalillahhiwainnailaihorojiun Alfatihah
ReplyDeleteMeninggal diMekah adalah yang terpilih olehNya
Al Fatihah
ReplyDeleteAl Fatihah..
ReplyDeleteAmiin..baik hati sungguh orang yang menulis dan menampal notis tu. melambangkan pakcik harakah pun disenangi ramai orang...err..ada keje kosong kan..jadi makcik harakah ..buleh?
ReplyDeleteAl fatihah buat pakcik harakah.
ReplyDeleteانا لله وانا اليه راجعون
ReplyDeleteAlFatihah..
ReplyDelete