السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
10-07-2014
Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, banyak betul dugaan berbanding kebiasaan tahun-tahun terdahulu.
Masalah air yang ‘sekejap ada, lama takda’ adalah dugaan terbesar. Sejak bermula puasa, sudah dua kali air dihentikan di taman saya. (Biasanya berhenti selama lebih 2–3 hari). Simpanan untuk hari ke-3 biasanya memang titisan terakhir. Sungguh mencabar. Dan sejak air dok ‘main kong-kali-kong’ tu tahun ini, belum pernah sekali pun lori tangki SYABAS datang hantar air. Belum pernah.
Lalu berulanglah episod angkut air dari meter di bawah ikut tangga. Yang mana, saya rasa tidak semua orang faham kerana tak melaluinya. Yang mana, saya rasa tak semua orang boleh bayangkan kesakitan badan memunggah air bertong-tong itu. Tidak mengapa. Bukan semua orang boleh hadapi kesukaran sebegitu. Jangan-jangan kalu kena nanti, depa mengamuk lebih teruk dari saya.
Tetapi puasa tetap berlangsung seperti sediakala. Walaupun beberapa kali kami terpaksa keluarkan bajet lebih untuk membeli juadah kerana berjimat air dengan tidak memasak.
Bak lirik lagu:
aku insan yang lemah,
hanya mampu berserah.
(lirik salah satu lagu Rohana Jalil)
Tayang-tayang:
Novel terkini dari novelis @ blogger HANIS AZLA sudah sampai. Berserta cenderahati cantik dari Hong Kong. Terimakasih.
Saya hanya boleh memulakan bacaan selepas Raya nanti. Tempoh sekarang bagaikan masa yang tidak pernah cukup buat saya.
Persiapan Raya (walaupun adalah sangat sederhana bagi kami) masih banyak yang belum diselesaikan. Tak mengapa. Beli mana yang sempat saja. Lagipun kami lebih teruja hendak balik kampung kali ini.
Zakat fitrah yang sudah kami selesaikan di minggu pertama.
*dalam kepala bercadang nak guna tema warna hijau tahun ini. Itupun kalu bebudak mahu ikut, sebab depa memang tak suka bab tema warna sama ni. Takut dipanggil boria!

~...semasa ramai warga Kampung Separuh Desa mula bercakap tentang SERI BULAN yang tidak putus dikunjung-datang oleh HISYAM bagai orang menagih ganja nan sebelanga, bagai kepingin jeruk yang terperuk, seperti mengidam tapai tidak bersepai tetapi sebenarnya hubungan SB mereka bolehlah disamakan seperti FB dengan statusnya, blog dengan followers-nya atau mungkin boleh disamakan dengan Twitter dengan tweetnya...~
Gitulah kak perit hanya org yang melalui rasa sakitnya.
ReplyDeleteRaya? Balik kampung setelah lama tak dapat beraya di rumah itu, pasti banyak nostalgia akan di singkap.
Cantik cover novel tu..
ReplyDeleteDugaan Allah buat insan yang istimewa je (^_^)
bila air takde memang meresahkan..
ReplyDeletenovel tu nampak menarik apatah lagi souvenier tu..
persiapan raya tak fikir lagi..
masya allah k azie..tak settle lagi ke masalah air tu?
ReplyDeletetapi dengarnya memang akan ada catuan air lagi bulan 8 ni, ya Allah..tak taula nak cakap...
Seronoknya orang ada kampung, awal2 sudah merancang.
ReplyDelete8 keping resit fitrah?
ReplyDeletepakcik 5 je...
Banyak novel..."Dia Sayang Aku"...yang terbaru ni...Salam Ramadhan dari bunda..
ReplyDeletepersiapan raya kami tahun nie ala kadar jer.... tp zakat lum bayar lagi. igtkan pagi nie nak bayar la kat amil di masjid di belakang opis nie....
ReplyDeletewak pon blom bayar zakat fitrah lagikk., ihhKKs
ReplyDeletezakat belum byr lagi....tema purple tahun ini itu pun kalau confirm..atas cadangan mat perang sorang nie....my son yg akan balik sini....hihi
ReplyDeleteujian untuk insan terpilih tu kak azie
ReplyDeletesaya dah lama tak baca novel