السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
11-07-2014
Sudah Ramadan ke-13. Alhamdulillah, tiada masalah besar lain. Kesihatan memuaskan walaupun beberapa hari sebelum puasa hari tu saya menerima berita kurang baik tentang keadaan darah saya. InsyaAllah lepas raya kena buat follow-up. Sepertimana hidup kena diteruskan.
Mungkin pola rutin saya memberikan kesan. Terutama bulan puasa, waktu makan yang lebih banyak lewat dari mengikut jadual. Sepanjang hari bekerja berbuka dalam kereta dengan kurma dan air (tu pun sebenarnya dah syukur dah tuuu) kemudian baru cover dengan makan berat, sebenarnya bukan pola pemakanan saya (cewahhh... ayat). Tapi apa nak buat.
Ramai juga saya baca tentang ketidakpuasan hati ramai warga kota tentang makanan juadah PARAM. Sehinggakan artis kontroversi Azwan Ali pun menyumpah dan menyebut ‘makanan sampah’ apabila dia beli murtabak di pasar Ramadan yang telah basi.
Amatlah sedih dan malang sekali bila kita terkena sebegitu, kan? Memang ramai lagi yang berniaga sangat jujur, sangat ikhlas, enak dan bersih. Dek kerana segelintir (kita harap segelintir lah) yang berniaga bermusim nak untung saja, nak cepat laku, tidak ikhlas... bla bla... lalu habis semua kena kutuk. Di taman saya, ada sorang peniaga air — banyak jenis air — tetapi sangat enak dan MySon pernah kerja dengan dia di bazar sendiri cerita, air yang digunakan adalah air masak. Setiap malam lepas berniaga, MySon akan tolong masak air dalam periuk besar. Itu satu contoh orang yang berniaga ikhlas, bersih dan jujur. Sebab tu pelanggan mesti cari dia tiap kali bulan puasa.
Memang kita akan sarankan, semua orang masak sendiri. Tetapi dengan keadaan masa bekerja dan laluan trafik yang sedia kita maklumi, bukan semua orang ada cukup masa untuk memasak. Lagipun, menu juadah bulan puasa selalunya sangat berbeza dan istimewa.
Tayang-tayang:
Kuey Teow Kungfu menu paberet saya. Makan di kedai selepas maghrib. Medan selera Kedai 501 (antara kedai paling lama di sini). Alhamdulillah rezeki yang disyukuri. But, not recommended. Tak sama dah macam zaman dulu-dulu. Tukang masak dah bertukar ganti, begitulah. Tembikai Laici sebagai pelengkap menu.
Order sate dari Ros Satay, gerai sebelah. Hangus lebih banyak dari yang tak hangus. Kuah kacang pun macam hangus. Hmmm... not recommended as well! Apapun dah rezeki, makan la sampai habis. Mujur cuma 10 cucuk saja. Harus kena cover balik dengan Satay Station suatu hari nanti.
Oh ya.... cerita asal. 14hb depan, adalah hari Final Piala Dunia. German vs Argentina. Silalah ambil cuti beramai-ramai yer. Sebab 15hb (the next day) adalah cuti umum (bermula tahun ini Wilayah pun dah dapat cuti umum tu) Nuzul Quran. Kalu korang cuti ramai-ramai (dek kerana berjaga tengok final pagi tu), saya ucapkan SYABAS! heheheehe so tidak lah jem jalan pagi Senin tu. Sebab saya nak lalu. hahahaha! Terimakasih.
Order sate dari Ros Satay, gerai sebelah. Hangus lebih banyak dari yang tak hangus. Kuah kacang pun macam hangus. Hmmm... not recommended as well! Apapun dah rezeki, makan la sampai habis. Mujur cuma 10 cucuk saja. Harus kena cover balik dengan Satay Station suatu hari nanti.
Oh ya.... cerita asal. 14hb depan, adalah hari Final Piala Dunia. German vs Argentina. Silalah ambil cuti beramai-ramai yer. Sebab 15hb (the next day) adalah cuti umum (bermula tahun ini Wilayah pun dah dapat cuti umum tu) Nuzul Quran. Kalu korang cuti ramai-ramai (dek kerana berjaga tengok final pagi tu), saya ucapkan SYABAS! heheheehe so tidak lah jem jalan pagi Senin tu. Sebab saya nak lalu. hahahaha! Terimakasih.
~...merawat hati yang basah tidak akan pernah sama menatap surat lembab hampir basah di bawah tempurung di hujung ampaian dek kerana hujan gerimis semalam, tetapi setidak-tidaknya SERI BULAN mengerti kebasahan itu sementara sahaja kerana HISYAM pasti akan menjemur diri di atas buaian tepi Sungai Menghijau Lumut walaupun arus mengalir tidak lesu, angin membuai hati yang semakin tepu dan semangat setiakawan itu tidak akan pernah menjadi debu...~
Amboi..rentung semacam sate..huhu.
ReplyDeleteKalau dah balik kerja badan penat idakla nak masak..cari mkn kedai je..
Tapi sedihnya bila dpt masakan yg. ...mmm...kadang bole jadi tacing...
Tapi rezeki kita...yg ada org lain mgkin.. Lagi xnasib baik...syukur dah kita apa adanya.
Semoga kesihatan kak azie baik-baik aje..
Alhamdulillah. Walaupun ada rasa tak puas hati (manusia ni gitu lah), tapi makan la juga sampai habis. Tapi cukuplah sekali tu kot makan di kedai tu.
Deletejarang dah pergi param... selalu terkena jugak... kalau nak beli saya beli yg baru masak kat kedai
ReplyDeleteterpaksa pergi pasar ramadhan sebab tak sempat nak masak....lagi pun menunya berbeza di pasar ramadhan
ReplyDeleteKak Azie, saya rasa zaman sekarang nie, hanya segelintir sahaja yang berniaga jujur, bersih dan ikhlas. Contohnya di Melaka nie lah.... Separuh negeri Melaka punya param saya dah round...dan hasil pengamatan saya, macam tu lah...
ReplyDeletekuey teow kungfu saya panggil kuey teow hong kong mmg my favourite jugak tapi bulan puasa nie dah lama tak sentuh...biasa every week mesti beli....
ReplyDeleteamboiii sedakkk nyer satayyyyy
ReplyDeletelaaa..ingatkan pasai pa suruh cuti ramai-ramai, rupanya supaya tak jem yek, mmg bulan pusa ni jem nya lain macam kan k azie.
ReplyDeletewahh sodappnyer sate mak tuu., ehHHee
ReplyDeletesaya pun beli di bazar tak sempat nak masak
ReplyDeletetapi haya beli kuih
lepas tu baru sibuk masak benda berat
saya nak tengok juga bola
tapi tak adalah sampai cuti, saya sokong GERMANY!
Bila tukang masak bertukar ganti tu yang buat kena tukar selera tempat lain pulak walaupun service tiptop tapi menu tak sesedap mana tak syok gak..
ReplyDeleteIsnin ni saya tak cuti.. harap2 jalan tak jem.. hehehe..
ooo dia nak lalu senang lenang rupanyer patutler disuruhnya ambik cuti...
ReplyDeletetapi yerler kalua tak jem memang sangat happykan...
ehm.... betoiler nak kata no to PARAMpun payah jugakkan...
anak3 ni macam2 kerenahnyer tak terbuat dek maknyer semua permintaan...
layan jgk sekali2... cari kedai yang kita dah biasa
501 depan maybank tu eh...?
ReplyDeleteOrang panggi 'Five - O - so' (So = Se, dalam loghat kelantan)
Yup. 501 berdepan Maybank. Dolu-dolu memang tukang.masak Kelate. Budak muda. Sedap sangat. Depa antara generasi awal berniaga di foodcourt. Now dah tak best...
Deleteitulah pasal...pagi isnin pulak final tuh. kalau pagi ahad kan cantik....
ReplyDeleteAkak habis kerja pukul berapa sampai kena berbuka puasa dlm kereta selalu?
ReplyDeleteHari isnin tu,jenuh la saya nak sign MC
Habis kerja jam 7.00 pm setiap hari. Tak berbeza pun dgn hari biasa. Tapi ramai juga yg cabut seawal jam 5pm. Kami pilih 7.00 sebab serik sangkut 2 jam dlm jem jika kuar jam 5.00pm. So kena spare kurma dan buat air dari opis utk berbuka dlm keta.
Delete