السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
25-07-2014
Ini mungkin menjadi entri terakhir di bulan Ramadan tahun ini. Juga menjadi hari terakhir saya bekerja sebelum bercuti Hari Raya.
Sedikit tension semalam.
Minggu lepas, tailor (yang saya dah jadi customer setia dia dah lebih 2 tahun) hantar baju Raya anak-anak dara saya. Happy la saya dan bebudak tu sebab kain tu saya hantar agak lewat, dah menjelang Ramadan hari tu, tapi boleh siap cepat.
Apapun, kemudian Kakak Tailor whatsapp minta sori sebab baju Raya saya tak siap lagi. Minta tempoh sampai Jumaat ini (which is, hari ini). Ok lah kan?
Semalam saya buat follow-up. Dan... dia boleh kata, ‘jangan la marah Zie. Baju U tak sempat siap lah.’
Ko rasa? Ko rasa?
Nak meroyan tak? Tension sekejap. Sebab saya hantar lebih awal, dengan jangkaan dan harapan boleh la siap. Masa saya baru balik dari Vietnam ritu. Kain dari sana.
Bukanlah saya kata tanpa baju Raya tu saya tak boleh Raya. Tanpa baju baru saya tak balik kampung pulak. Atau bukanlah tanpa baju Raya saya akan nangis sembam muka kat tilam dan mengongoi macam orang mati laki. Tidak.
Tapi peringkat awal dulu, saya dijanjikan. Malah pernah di‘minta tolong’ hebahkan lah tentang Kakak Tailor ni boleh terima tempahan. (Dia baru habis belajar menjahit secara mahir, dulu buat sambilan sekarang tailor sepenuh masa). Kerana saya anak-beranak memang pelanggan setia sejak 2,3 tahun, saya tidak jangka langsung yang saya ‘sampai hati dijadikan sebegini’.
Frust? Tentulah. Saya ada perasaan, kan?
Bengang? Tentu. Sebab kemudian, bila saya menyatakan kekecewaan saya, Kakak Tailor terus nak potong kain saya serta-merta dan ketepikan kain mak mertua dia dan anak-anak dia. Ko rasa? Rasa bersalah laaaahhh!
Sesungguhnya bukan sifat saya nak membebankan dan menyusahkan orang. Tidak sama sekali. Jika 3 pasang baju kurung saya itu (baju kurung jer pun, bukan soh bubuh labuci renda segala) itu menjadi susah, menjadi beban sehingga terpaksa mengenepikan baju raya anak-anak si tukang jahit, saya rela tak hantar. Takpa la saya cari tailor lain. Ramai ada. Even kat tempat kerja saya ni pun ada 5,6 orang tukang jahit yang mahir. Tapi... ya lah. Kita ni kunun nak tolong bisnes orang. Kesetiaan sebagai pelanggan setia. Dah biasa dan sedap pakai.
Dah nasib ko la Zie...
Tayangan sempena nak sambut Raya:
Duit Raya (not baru) yang Dak AMOI saya tukarkan.
Pengakhiran:
SAYA, mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri dan mohon ampun maaf Zahir dan Batin, sepanjang kita saling mengenali sebagai blogger dan teman maya.
~....Hari Raya bakal menjadi satu lagi hari yang indah buat SERI BULAN dan HISYAM kerana itu menandakan tempoh mereka menjadi sejati sejiwa sudah melepasi satu lagi tahun lebaran dan SERI BULAN akan mengulangi kisah gelak tawa tergolek-terguling bila HISYAM dipaksa-manja oleh Pak Utih menangkap ayam di pokok ciku..~
selamat hari raya...harap baju raya tu siap la sebelum esok kan..
ReplyDeleteTahun ni saya tak hantar pada tukang jahit yang biasa terima tempahan saya.. cuba pulak ditempat lain.. yang akhirnya tak seperti yang saya harapkan.. Sangat tak selesa dipakai sebab kain yang dia buat besar sangat.. dahlah kain tu pemberian orang.. uwaaaa..
ReplyDeleteTengah tunggu baju raya anak-anak.. harap2 hari ni siaplah hendakNYA.. cuma baju anak-anak je saya hantar kat tukang jahit biasa..
Apa-apapun selamat menyambut Aidilfitri.
Moga raya kali ni lebih bermakna dari sebelum ni..
Sham pakai baju kurung tahun2 lepas shj.
ReplyDeleteEid mubarak Azie,
Terkasar.. kerkurang.. terlebih.. dan semua yang TER.. harap sudi dimaafkan.
tebalnya duit raya tuh...hihii..
ReplyDeleteSaya juga mengucapkan Selamat Hari Raya utk Kak Azie, maaf zahir dan batin..
Didoakan jua agar ceria2 selalu..
Kakcik beli baju sedia pakai dan sudah pun dipakai sebelum raya.... ;)
ReplyDeleteselamat hari raya azie....moga dah hilang sedih baju tak siap
ReplyDeleteSenasib la kak, nak paksa2 adik kesian tengok dia dah demam dan anak dia pulak tak sihat. Semalam Aina cakap tak yah le sesungguh nak buat baju Aina siapkan le baju org tempah dan baju mak. Semalam lepas buka puasa start kereta pi Bandar Baru Bangi, jem orang ramai tetapi Allah s.w.t permudah dapat baju cantik dan murah pulak tu. Alhamdulillah...
ReplyDeletecuba teka..baju raya saya sempena nama penyanyi.Anak beli...rasa mcm anak dara tgh naik pun ada nak pakai baju tu....dok terbayang kalaulah badan ni langsing...haha.
ReplyDeleteharuslah rasa marah kat tailor tu kan.. ishkk kalau kite lah siap tailor tuh!
ReplyDeleteAzie
ReplyDeleteTumpang simpati akak ni.
Bukan nak mengapi2kan u...
Jika akak mmg panas hati.
Terpaksalaa u pi jln TAR cari baju raya
Saya pernah rasa macam tu. Memang hilangggg mood raya saya kak. Tahun ni pula, rezeki saya. Masa beli anak tudung kat sebuah kedai di pekan kecik Port Dickson ni, saya terrtanya ada baju kurung saiz saya tak? Maklumlaaaaaahhhh. Saya lebiiihhhhhh 'comelll' dari akak. Tetibaaaa dia kata ada. ADA...??!!! Wah...terus rembat. Memang tak banyak stok dia...ada 3-4 pasang jer. Saya tak kira. Saya beli juga 2.... Selamat dah tahunn ni tak payah pening kepala cari tailor.
ReplyDeletePsst kak : Nak saya tanyakan tak ada lagi tak baju saiz kita? Tapi jauh la pula akak nak merantau beli... Port Dickson tuuu (sejam juga la..)
Terimakasih atas ingatan. Jauh la pulak kan. Takpa. Kak Azie cari kat Jusco rasanya.
Deletekalau saya tu dah confirm bengang jugak kak, dah mengalir ayak mata rasanya :)
ReplyDeleteselamat hari raya kak azie
maaf zahir dan batin
selamat hari raya kak.. maaf zahir batin yer.. 0-0 tau.. :)
ReplyDeleteSelamat hari raya kak
Deletesepsg je baju raya..siap sblm puasa lagi..hehe..hrp sempatla siap baju akak tu
ReplyDeletecarilah readymade . nak buat camna . kena redha dlm terpaksa . selamat menyambut hari raya mohon maaf zahir dan batin . semoga berbahagia di syawal yg mulia .
ReplyDeleteerk.. rasa x sanggup.. x meriah raya kalo x siap baju.. selamat ari raya kak
ReplyDeleteberdengung kepala..huhuhu
ReplyDeletedugaan ye kak azie
selamat hari raya kak
Hi Aziezah, just drop by to wish you and family a Selamat hari raya, and every good wishes.
ReplyDeleteBest regards, you simpan satu lagu dalam hati.
Lee.