Thursday, July 24, 2014

Nostalgia kampung halaman: terimakasih KHAIRI MALIK...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Day?
00-07-2014


Sudah agak lama saya simpan gambar-gambar berikut. Di-copy dari photo upload, seorang kawan sekampung, kawan sekolah, kawan bergaduh.... zaman dulu.

Kebetulan dia berada di kampung ketika itu, dan merakam beberapa gambar indah ini. Dengan izin, saya menyimpannya untuk koleksi peribadi, lalu saya simpan pula di sini.


Sawah padi menjadi pemandangan di mata kami, sejak lahir sehingga merantau meninggalkan kampung.

Parit taliair (yang membekalkan air ke bendang), pernah juga menjadi tempat berkubang saya. Kerana saya perempuan, peluang berkubang sebegitu cuma sekali dua sahaja. Itupun secara sembunyi-sembunyi.



Di musim air mencetek, pernah juga saya dan kakak-kakak ikut turun ke bendang ‘menangguk’ anak-anak ikan sepat ronggeng.

Pernah juga saya membayangkan air bendang yang tenang jernih (tapi di bawahnya warna coklat), beriak lembut di tiup angin itu seperti air laut yang boleh saya berenang ke tepi ke tengah. Seronoknya berangan-angan. Kemudian berlari-lari di dalam air bendang yang cuma setakat lutut. Lari sana sini tanpa tujuan tapi seronoknya tak terkata...!

Agak sedih sebab hampir semua saya dan adik beradik saya memang tak pandai langsung nak bersawah. Kata orang, ‘tak reti buat bendang’. MyArwah Ayah dan MyBonda lebih suka kami duk rumah belajar, dan pegi sekolah jadi orang pandai.



Walaupun kami bukan nelayan, tetapi sebahagian besar penduduk kampung saya juga adalah nelayan. Sebab kami sangat dekat dengan laut. Ramai juga kawan-kawan sekolah saya merupakan anak nelayan.



Kawan saya Khairi Malik, juga snap beberapa gambar Ban Pecah. Ban bermaksud batas. Menjadi pemisah antara laut dengan kawasan kampung. MyBonda pernah kata, “kalu runtuh ban tu, banjir lah seluruh kampung ni.”

Sejak saya kecil lagi, Ban Pecah ni popular terhad kerana ramai orang kampung yang turun ke sini memancing, cari kerang or siput. Ketika itu Ban Pecah tidak termasuk dalam senarai tempat untuk dilawati. Pendekata tak popular langsung.

Beberapa puluh tahun kemudian barulah Ban Pecah dibaikpulih dan ditambah batubata sebagai penambah untuk mengukuhkan lagi strukturnya. Dan Ban Pecah menjadi unik dan indah dengan sendirinya, walaupun tidak langsung sesuai untuk mandi manda. Kerana lumpur dan selutnya.



Hari ini, Ban Pecah popular meluas kerana ramai kaki pancing dari luar juga turut yang datang memancing, juga ramai orang datang berkunjung sambil makan-minum (banyak sudah kedai-kedai makan di sini sehingga ke pagi hari) sambil berehat, menikmati pemandangan....

Arhhhh... kampungku.

Kenangan lain terus menjadi suatu keindahan di hati dan jiwa saya. Jiwa orang kampung.


Batu 10 1/2, Sg Baru, Tanjong Piandang, Perak.


Ehhh jemput datang ke kampung saya! Saya akan berada di sana bermula Raya Pertama sehingga Rabu. Jemput laaaaa...! Kita makan Laksa, mahu?






 ~...Kampung Separuh Desa sudah menjadi sebahagian dari kehidupan SERI BULAN dan HISYAM sejak hari pertama lagi, dan walaupun ampaian sudah hampir reput tiangnnya, buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut sudah lusuh talinya, tetapi rasa kasih terhadap seluruh warga kampung menjadi mereka berdua sudah ingin ke mana-mana lagi, walaupun HISYAM pernah kata, kita tidak akan selamanya berada di sini...~




19 comments:

  1. Sangat cantik pemandangan yang dipaparkan...

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. cantik pemnadangan di kampung kak azie >_<

    rindu la nak balik jerteh .. thn ni beraya umah belah suami >_<

    ReplyDelete
  3. keindahan dan kecantikan kg yg punya aura tersendiri...walau sehebat mana pun tempat org,kg halaman sendiri juga yg paling indah dipandangan..
    salam lebaran utk Azie..

    ReplyDelete
  4. As Salam Kak, I'm ur silent reader. Dah syok baca ur blog. Sedap sgt Laksa tu....
    Parents saya kat Jln Bahru, Kuala Kurau, tp saya balik Rabu mlm.Turn umah mentua dulu.

    ReplyDelete
  5. Cantik sungguh kampung kak azie..

    ReplyDelete
  6. penah tengok gambar tu sebelum ni
    alahai agak jauhlah kak azie
    kalau idak, mesti dah singgah
    apapun selamat hari raya buat kak azie sekluarga

    ReplyDelete
  7. Laksa? Yer, saya mahu...hehehehe

    ReplyDelete
  8. Cantik dan indah pemandangan kat situ.
    emm.. tak dapat nak singgah beraya di sana sebab laluan saya menuju ke selatan.

    ReplyDelete
  9. Kenangan yang merentap jantung dan jiwa. Tetiba rindu kampung jugakkkk...

    ReplyDelete
  10. p/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA...

    ReplyDelete
  11. mesti sedap laksa perak mak tu kanns.,eHHHee

    ReplyDelete
  12. Seronoknya suasana kampung Azie.. rindu sangat..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Azie. sekeluarga..
    Berhati-hati semasa dijalan raya ye ^__^

    ReplyDelete
  13. Subhan Allah....cantiknyee view sawah tu. Tenang sgt kak.

    Teringin gak rasa laksa org sana.

    ReplyDelete
  14. Laaa... selama ni pakcik ingatkan kamu ni city girl...?

    ReplyDelete
  15. Dok kg memang best kan..
    Lepas suboh turun laman layan sapu sampah.. tengok bunga2 dlm pasu..
    Menjelang asar pulak layan anak2 pi main layang2 kat sawah.. kut tak pun pi cari ikan puyu atau ikan sepat lalu digoreng kunyit (ada lagi ke ikan2 tu)

    P/s;
    Berangan is FREE.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails