Monday, January 19, 2015

Akhirnya saya tidak bercadang menulis panjang tentang percutian itu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Monday
19-01-2015


Setelah menangguh begitu lama, sambil menyimpan niat untuk menulis sesuatu mengenainya, akhirnya saya memilih untuk tidak menulis panjang tentangnya. Sekadar menyentuh sedikit. Biarlah gambar saja yang mengisi ruangan.

Kenapa? Pertama, percutian ini bukan kali pertama ke destinasi ini. Percutian ke Bandung seterusnya Jakarta selama 5 hari itu, merupakan kali ke-3 bagi saya. Kali ini trip lengkap pakej. Bawa badan saja, kata orang.

Walaupun ada beberapa nota yang saya catat dan beberapa tempat lawatan yang baru bagi saya, tapi kekangan masa membuatkan saya rasa tidak sempat untuk menulis lengkap setiap siri lawatan itu.

InsyaAllah jika ada kesempatan saya selitkan juga di lain kali jika teringat.



Ini antara tempat singgahan yang menjadi tarikan utama saya. Safari Park Indonesia yang sangat luas dan menarik kerana sepanjang jalan (kira-kira 2 jam) naik ke atas puncak ini, binatang liar dibiarkan bebas berkeliaran (tetapi terkawal) dan menjadi tontonan pengunjung.



Lihat banyak kereta bergerak perlahan sepanjang jalan, sambil menikmati pemandangan dan kehidupan haiwan yang mampir rapat meminta makan melalui tingkap kereta. Unik sekali cara ini.

Selebihnya, ada ratusan gambar di album FB saya.


Kemuncaknya ialah saya tidak lepas peluang menaiki gajah dan melawat persekitaran kira-kira setengah jam. Yang ini paling best!


Singgah di tempat bernama Puncak (dalam wilayah Bogor) melewati ladang teh. Turun sebentar untuk merasai dingin nyaman suasana lereng bukit dan wangi ladang teh sambil melambai-lambai kepada beberapa orang penerbang para glider (saya tak tahu istilahnya dalam bahasa kita).


Gunung Tangkuban Parahu. Kunjungan saya kali ke-2. Kali ini sedikit berbeza. Nampak lebih cantik teratur, lebih bersih dan indah. Taman ini sudah diiswastakan maka ianya nampak lebih terjaga tetapi bayarannya lebih mahal. Kira-kira RM90 (duit kita) jika tak silap.


Kemudian terus ke Jakarta untuk.menyambung liburan dan shopping. Tiada yang menarik sangat pun tentang Jakarta sebab saya kurang suka dengan sesak dan panasnya. Bagi saya, hanya Kompleks Mangga Dua dan Tugu Monas sahaja menarik tumpuan saya.

Secara keseluruhan, percutian kali ini tetap menarik dan selesa. Hati tidak runsing kerana semuanya telah diatur-urus oleh pihak travel agency. Tetap penuh dengan gelak tawa gumbira. Walaupun pada hari terakhir di Bandung sebelum ke Jakarta semula, saya kemasukan angin yang agak teruk. Muntah-muntah, hilang selera makan dan demam malam. Suatu pengalaman kurang enak tetapi bukan alasan untuk tidak bercuti lagi.




 ~...sehari bagai berminggu rasanya bila SERI BULAN dikatakan harus berada di wilayah asal atas urusan warisan keturunan lalu HISYAM dalam kesalnya kerana tidak dibenar menjadi peneman harus pula menjadi penanti di jeti dengan harapan si buah hati segera kembali tetapi dia sendiri tidak tahu bila waktu bila hari...~




6 comments:

  1. bestnya...dah tiga kali pun...mcm byk tempat menarik je..

    ReplyDelete
  2. bestnya..ayah saya teringin sgt nak ke Safari Park Indonesia tu..bila ler agaknya saya nak bawak emak dan ayah saya jln2 ke sana, diaorg nie dah takut naik kapal terbang..

    ReplyDelete
  3. taman safari tu sgt mengujakan ...

    ReplyDelete
  4. Walaupun berkali2 kita pergi setiap kali pergi mesti pengalaman dan manisnya bercuti tetap ada kelainan tersendiri.

    ReplyDelete
  5. Wow...dah byk kali pergi rupanya....banyak betul kenangan...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails